MFR STUDIO

studio puitis jalanan
 
IndeksFAQPencarianPendaftaranAnggotaGroupLogin

Share | 
 

 DARI FORUM IPIJ: Apa Pemikiran Politik Kita

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Go down 
PengirimMessage
mfr



Jumlah posting : 295
Registration date : 06.05.07

PostSubyek: DARI FORUM IPIJ: Apa Pemikiran Politik Kita   Fri Aug 01, 2008 5:35 pm

http://www.ipij.info/modules/newbb/viewtopic.php?topic_id=163&viewmode=flat&order=ASC&start=0

(hanya ambil petikan yang ada manfaat)

insyaAllah, saya bukan jenis yang suka pandai memandai dalam memberi tafsir sendiri tanpa berguru.

segala pemikiran saya hari ini adalah datang dari didikan guru-guru saya.Namun jika saya ini orang yg salah dan sesat maka tidak lain,semuanya atas diri saya sendiri atas kelemahan memahami didikan para guru saya.(guru di sini bukan sekadar petik ayat buku,tapi mengikuti kuliah yang diajar oleh guru dalam bentuk individu dan asuhan mereka)

jika ada sebarang pendapat atau pemikiran saya yang bercanggah dengan ajaran islam maka tegurlah saya.

satu lagi, saya tidak akan menyelitkan kata-kata ulama atau ayat quran dan hadis dalam berbicara soal politik ini sebagai hujah,kerana saya khuatir jika saya berbuat demikian seolah-olah saya memperalatkan kata2 ulama,ayat quran dan hadis menyokong pemikiran saya.

walaubagaimanapun,saya sesekali akan petik kata-kata ulama,ayat quran dan hadis buat renungan, supaya orang tidak mendakwa saya cuba untuk mentafsir sendiri kata2 ulama,ayat quran,dan hadis kerana saya mengakui saya bukan seorang yang layak mentafsir berikutan ilmu saya tidak setinggi mana.Namun saya adalah orang yang mahu pemikiran saya berdiri atas landasan quran dan sunnah.

-----------------------BAB 1---------------------------
(semua tulisan di bawah adalah pendapat peribadi saya,anda bebas menegur atau mengajar saya andai saya tersalah atau tersesat-kerjasama anda amat dihargai)

ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP

Politik yang digunakan di dalam bahasa melayu berasal dari perkataan politics di dalam bahasa inggeris. Jika kita menyemak erti perkataan politik ini sedalam-dalamnya maka kita akan menemui perkataan yang hampir sama bunyi dan maksudnya dalam bahasa latin politicus,Perancis lama politique dan bahasa greek polites ,polis dan lain-lain.

terkandung dalam maksudnya itu ialah berkenaan dengan KUASA atau AUTORITI, hak mengawal,membuat keputusan,hubungan manusia dan kehidupan mereka,tidak terhad kepada persoalan pemerintahan saja tetapi juga boleh berlaku dalam bidang korporat,akademik,dan institusi beragama(agama di sini ialah agama umum bukan ad din).

namun menurut kamus dewan politik adalah apa sahaja berkenaan dengan pemerintahan,kenegaraan,hubungan antara negara dan sebagainya. maksud politik juga adalah kelicikan,muslihat,tipu muslihat.(kita boleh abaikan maksud yang ini kerana berada di luar konteks--atas persetujuan saudara syahid zul bahawa politik itu wajar berteras wahyu)

beberapa definisi individu tentang politik:

1) harold lasswell mendefinisikan politik ialah "who gets what,when,where and how"

2)Mao Zedong si pemimpin komunis mendefinisikan politik ialah peperangan tanpa pertumpahan darah,manakala peperangan ialah politik dengan pertumpahan darah.

Atas sebab respon pertama saudara syahid zul adalah berkisar tentang pemerintahan dan bernegara,maka untuk sesi kali ini saya akan berbicara sudut itu dahulu.

saya berpendapat bahawa POLITIK tidak dapat mendirikan AD DIN tetapi POLITIK boleh dibawa kepada AD DIN.

Rasulullah s.a.w pernah ditawarkan kuasa,harta dan wanita tetapi Rasulullah menolak dan memilih untuk berdakwah semasa di Mekah.

Apabila dijemput oleh orang-orang Yatsrib untuk memimpin mereka,Rasulullah menerima,maka jadilah Rasulullah pemimpin di madinah dan PIAGAM MADINAH menjadi teras undang-undang di sana.baca piagam madinah

dua situasi berkenaanlah menjadi dasar pemikiran saya bahawa POLITIK tidak dapat mendirikan AD DIN,tetapi POLITIK boleh dibawa kepada AD DIN.

AD DIN itu ialah ISLAM.

ISLAM sebagai cara hidup.

renung sebentar:

".....Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu ni`mat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu....."(al maidah:3)

"Sesungguhnya agama (yang diridhai) disisi Allah hanyalah Islam...."(ali imran:19)

sekiranya kita menjadikan islam sebagai cara hidup maka segala selok belok kehidupan kita mestilah berteraskan kepada ajaran islam.

Politik adalah unsur dalam kehidupan manusia sebagaimana ekonomi,pendidikan,sosio-ekonomi,kemasyarakatan,bernegara semuanya adalah unsur dalam kehidupan. Maka adalah perlu kehidupan ini dibawa kepada petunjuk wahyu iaitu al quran dan juga sunnah Rasulullah supaya Islam tadi dijadikan cara hidup.

Maka mendapatkan kuasa untuk menegakkan islam adalah lemah berbanding menegakkan islam dalam mendapatkan kuasa.

rasulullah tidak mahu kuasa,pangkat atau pengaruh untuk membawa umatnya mengenal Allah dan menyebarkan ajaran islam (di mekah),tetapi apabila rasulullah mendapat kuasa maka rasulullah membawa kekuasaan yang ada itu kepada petunjuk dan ajaran islam berpandukan wahyu Allah (di madinah).

saya tidak berkata bahawa menjadi ahli politik itu haram.saya tidak berkata menjadi peserta dalam pilihanraya untuk meraih undi itu haram.

tetapi yang saya nak tekankan ialah berkejar-kejar bersaing sesama sendiri di kalangan umat islam untuk mendapatkan kuasa demi menegakkan kebenaran adalah strategi lemah berbanding membawa arena dan lapangan politik itu kepada tatacara islam adalah yang kuat dan mengikut sunnah baginda rasulullah.

apabila kita bernegara maka sudah tentu akan timbul bermacam masalah dalam negara kita.

rujuk pasal 47 dalam piagam madinah:
Sesungguhnya piagam ini tidak membela orang zalim dan khianat. Orang yang keluar (bepergian) aman, dan orang berada di Madinah aman, kecuali orang yang zalim dan khianat. Allah adalah penjamin orang yang berbuat baik dan takwa. Dan Muhammad Rasulullah SAW.

keamanan adalah teras kesejahteraan negara.

maka mewujudkan keamanan itu lebih utama. manakala orang yang tidak menitikberatkan keamanan dan menimbulkan huru hara adalah orang zalim lagi khianat.

di dalam konteks malaysia yang pelbagai kaum dan beragama, mewujudkan hubungan yang baik itu adalah utama, manakala mencetuskan huru hara dalam hubungan itu adalah zalim lagi khianat.

jika dengan orang lain agama pun kena buat baik,maka apatah lagi di dalam hubungan sesama saudara seislam mengukuhkan silaturahim dan ukhuwah itu lebih utama,manakala yang mencetuskan situasi persengketaan dan permusuhan itu ialah zalim dan khianat.

jika kita menjadikan islam sebagai cara hidup,maka tentu sekali kaedah islam lah jalan terbaik untuk kita mencari penyelesaian masalah.

islam mengajar musyawarah dalam mencari kata putus.

renung:
"Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu ma`afkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu *. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya."(ali imran 159)

*maksudnya urusan peperangan dan hal duniawiyah lain seperti politik,ekonomi,hal kemasyarakatan dll.

oleh itu jika umat islam di kalangan ahli politik mengamalkan ajaran islam maka, perbincangan dan mesyuarat itu adalah lebih utama,sedangkan bermusuh caci maki kutuk mengutuk itu adalah zalim dan khianat.

di dalam mesyuarat,pastinya pemimpin umat islam ketika itu adalah sebagai pengerusinya (pada masa sekarang kerajaan yang ditunjangi UMNO dan presidennya Pak lah adalah pengerusi mesyuarat).

kemudian ahli-ahli mesyuarat lainnya bolehlah disertai siapa saja bergantung kepada kapasiti kepakaran dalam sesuatu isu. Jika pihak pembangkang mempunyai kepakaran dalam menguruskan negara yang didakwa sebagai diurus secara tidak betul oleh kerajaan pada hari ini,wajarlah pihak pembangkang yang pakar tadi berbincang dengan pemerintah dan kata putus itu perlulah ditunjangi dengan prinsip quran dan sunnah, dan taatlah kepada kata putus dan pimpinan itu selagi pimpinan itu tidak menyeru kepada yang mungkar dan mencegah kepada yang makruf.

Ad DINUL NASIHAH. agama itu nasihat.

berdakwah itu wajib.

membawa kehidupan (iaitu yg terkandung di dalamnya pelbagai aspek termasuklah politik sebagai salah satu cabangnya) kepada jalan hidup islam secara dakwah itu lebih utama,manakala memaksa sistem kehidupan manusia menerima jalan hidup islam dengan mencari kekuasaan sebagai metod perlaksanaannya adalah zalim dan khianat.

memetik kata-kata saudara helmi
Quote:

Jadi sekarang ni highway dah ada separuh jalan dah, lebih baik kita siapkan highway yg separuh jalan tu dari dok buat highway yg baru. Kalau ada masalah besar ramai2 pakat kongsi insyallah settle gak masalah tu.



saya berhenti sampai sini dulu...boleh bincangkan apa yang saya dah tulis ni.

pada sesi yang berikutnya saya akan ceritakan pemikiran politik saya dalam bagaimana dapat membantu pemerintah membawa negara kepada landasan yang sepatutnya sedangkan kita bukan pemerintah dan tiada kuasa memerintah.

antara isu-isu yang akan saya sentuh berikutnya adalah berkenaan menghapuskan keruntuhan akhlak, membasmi kemaksiatan di dalam televisyen, dunia artis,sikap sekularisme, wahan penyakit cinta dunia,rasuah dan lain2.

sekian dahulu.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://contengmfr.blogspot.com/
mfr



Jumlah posting : 295
Registration date : 06.05.07

PostSubyek: Re: DARI FORUM IPIJ: Apa Pemikiran Politik Kita   Fri Aug 01, 2008 5:36 pm

syahid zul wrote:

Quote:


Ada beberapa keraguan:

1)SAya cukup tidak bersetuju dengan hujjah MFR bahawa memetik kata2 ulama itu adalah untuk diperalatkan.Entah kemana terlontarnya pemikiran MFR hingga sanggup utk tidak berlapang dada kepada disiplin ilmu forumer yg lain sehingga menuduh org yg memetik kata2 ulama itu adalah semata2 untuk diperalatkan.Dengan penuh takzim saya minta penjelasan saudara MFR berkaitan isu ini.Dan jika anda benar2 bermaksud demikian SILA MINTA MAAF SECARA TERBUKA....



MFR wrote:

Quote:


satu lagi, saya tidak akan menyelitkan kata-kata ulama atau ayat quran dan hadis dalam berbicara soal politik ini sebagai hujah,kerana saya khuatir jika saya berbuat demikian seolah-olah saya memperalatkan kata2 ulama,ayat quran dan hadis menyokong pemikiran saya.

walaubagaimanapun,saya sesekali akan petik kata-kata ulama,ayat quran dan hadis buat renungan, supaya orang tidak mendakwa saya cuba untuk mentafsir sendiri kata2 ulama,ayat quran,dan hadis kerana saya mengakui saya bukan seorang yang layak mentafsir berikutan ilmu saya tidak setinggi mana.Namun saya adalah orang yang mahu pemikiran saya berdiri atas landasan quran dan sunnah.



bacalah betul2 apa yang saya tulis tu. saya tidak khuatir pada saudara untuk memperalatkan kata2 ulama atau tidak...saudara boleh saja petik kata2 siapa saja asal saudara bertanggungjawab atas apa yg saudara nukilkan..dan saya pasti keberanian saudara menulis bukti saudara punya ilmu yg tinggi dan telah mengikuti disiplin ilmu yang diperlukan (husnuzon)...cuma atas faktor diri saya,maka saya mengelak dari menyelitkan kata2 ulama,ayat quran atau hadis sebagai sandaran hujah saya supaya orang tidak akan salah faham dengan mengatakan saya cuba mentafsir apa yg saya petik,padahal ilmu saya dalam tafsiran amat cetek yang belum capai tahap mampu-daya. tetapi tidak pula saya ini menyeleweng dari dasar islam iaitu quran dan sunnah..maka saya akan selit sebagai renungan,maka jika saudara nampak pendirian saya itu seleweng malah sesat,maka tegurlah..insyaAllah saya perbaiki.

syahid zul wrote:

Quote:


2)Sila nyatakan guru2 yg mempengaruhi pemikiran politik saudara.Jika dalam ilmu hadis,setiap rawi itu dikaji dalam2 berkaitan akhlak dan kewarakannya maka samalah juga dalam hal ini.Sila nyatakan.



MFR wrote:
Quote:

segala pemikiran saya hari ini adalah datang dari didikan guru-guru saya.Namun jika saya ini orang yg salah dan sesat maka tidak lain,semuanya atas diri saya sendiri atas kelemahan memahami didikan para guru saya.(guru di sini bukan sekadar petik ayat buku,tapi mengikuti kuliah yang diajar oleh guru dalam bentuk individu dan asuhan mereka)



guru-guru yang mendidik saya bukanlah perawi hadis.mereka ajar saya asas ajaran islam sebagaimana ibu bapa saya ajarkan saya tentang kehidupan. saya telah menekankan byk kali bahawa apa yg saya datangkan adalah pendapat peribadi saya dan bukannya hukum islam. saya menyerahkan bab2 hukum kepada para ulama. saya bukan ulama. adakah pendapat peribadi yang tercetus dari didikan perlukan bukti kewarakan guru-guru saya?

syahid zul wrote:

Quote:


3)berkaitan agama itu nasihat.Saya mengikuti kuliah dari Dr. Asri dan beliau menerangkan secara dalam2 ttg perkara ini.Cuma bagi saya,kita tidak hidup dizaman khilafah memerintah.Dan menyertai p/raya bukanlah tindakan mengangkat senjata yg diharamkan dalam hadis.Dan untuk menegur kesilapan pemerintah,kita memerlukan satu platform dan jika difikirkan apakah platform itu pada hari ini,salah satunya ialah parlimen.Mungkin ahli agama boleh menjadi mufti dan menegur tetapi sejauh manakah teguran itu akan diterima pemerintah??Lihat sajalah kes meletakkan bunga di tugu negara,kes jom heboh,af, dan berbagai lagi..saya tidak nampak platform mufti itu sebagai tachiba(kedudukan) yg baik utk menegur di dalam negara yg mempunyai perlembgaan kuffar!!



saya akan jawab persoalan ini kemudian. sebenarnya ada strategi yang boleh dilakukan untuk melaksanakan nasihat kepada pemerintah sehingga pemerintah akan melaksanakan. cuma ramai pejuang agama tidak pernah nampak strategi ini.saya akan bicara secara panjang lebar kemudian.

syahid zul wrote:
Quote:


4)saudara menyebut ttg Quote:

membawa kehidupan (iaitu yg terkandung di dalamnya pelbagai aspek termasuklah politik sebagai salah satu cabangnya) kepada jalan hidup islam secara dakwah itu lebih utama

Mengetahui yg mana lebih utama memerlukan saudara faham benar2 ttg "fiqh keutamaan".Saya nasihat sebelum anda berkata yg mana lebih utama dan yg mana kurang utama elokkan membaca terlebih dahulu buku2 ttg fiqh keutamaan dan al-qaradawi ada menulis ttg fiqh keutamaan ini.
Parti islam samada ikhwan muslimin dimesir[telah menyertai politik],jamie islami di pakistan,Hamas di palestin dan dimana jua jaringan ini bersambung adalah hasil dari gelombang kebangkitan dari al-Imam hassan albanna melalui ikhwan muslimin yg menekankan konsep pembinaan individu yg mantap sebelum menyertai dunia dakwah.Diasuh ahli2 melalui usrah,majlis ilmu,ceramah,pengajian agama secara xformal dan "apa" yg dilakukan oleh parti islam dimana2 sahaja dunia islam adalah sama.Jika saudara MFR ada kelebihan masa maka kajilah ttg perkara ini.Untuk pengetahuan saudara MFR juga parti2 islam ini sering bersemuka,bertanyakan khabar dinegara masing2,berkongsi strategi dan sbgnya.Ternyata proses pembinaan daie2 ini sering ditutup dan dighaibkan kepada umum supaya umum akan menyatakan,Oh dia hanya beserban,berpurdah,berkopiah utk sekadar berlaku riak.



yaa... saya memang tahu ilmu figh aulawiyat,tapi kalau ilmu saya ini bercanggah dengan prinsip islam,maka saya berlapang dada menerima kesalahan saya dan saya akan perbaikikan.

dan saya masih yakin bahawa usaha dakwah masih utama di malaysia. saya tumpukan bicara politik ini lebih kepada keadaan di malaysia,tapi kalau ingin bicara tempat lain,lainlah pula suasana politiknya.

saya percaya fiqh aulawiyat itu sesetengahnya bergantung pada situasi dan suasana persekitaran. suatu tempat yang punya suasana politik yang lain akan punya aulawiyat yang lain pula.

syahid zul wrote:

Quote:


Dan yg paling "core" dalam perbincangan ini adalah berkaitan dgn pengambilalihan kuasa yg sgt2 saudara MFR fobiakan.Kita disini sbenarnya tidak tahu apakah punca ianya terjadi sedangkan ikhwan muslimin dimesir tlah menyertai p/raya dan hampir menang walaupun berlaku ketidakadilan yg sgt serius dlm sistem demokrasi disana.Jika ada kelapangan,kajilah juga ttg perkara ini.[p/s:ikhwan muslimin tlah diharamkan dan mereka menyertai p/raya sebagai calon bebas n sbg]



saya tidak fobia dengan pengambilankuasa...tapi yang saya fobia ialah tindakan bodoh pejuang dalam melaksanakan perjuangan islam dengan menumpukan kepada pengambilan kuasa,maka berlaku kucar kacir dalam strategi,dan kita tahu apa yang berlaku kepada umat islam awam yang tersepit dalam proses itu.

saya akan bicara panjang mengenai pengambilankuasa. saya tidak menolak bahawa kuasa tadbir urus alam sejagat ini akhirnya akan diwarisi oleh kaum yang bertaqwa.

saya akan ceritakan kemudian bagaimana kuasa pemerintahan negara islam akan kembali pada mereka yang berhak.

satu lagi,saya datangkan definisi politik disebabkan saudara menggunakan perkataan 'politik',maka saya berikan definisi perkataan yang digunakan itu supaya kita menyedari dari mana konsep asal perkataan itu.

jika saudara bermaksudkan politik itu as siasah,maka saya serahkan saja yang lebih mendalam bahasa arabnya untuk mendefinisikannya. oleh itu tidak timbul masalah bagi saya menerima definisi yang mana pun.

semua definisi jika ada beza pun,amat diyakini boleh diperbincangkan atas garis panduan islam. kerana kita berdua masing2 mahu menegakkan politik islam.

cuma saudara berhujah tidak jauh beza dgn para pengamal politik di negara kita yang sekarang ini masih gagal menonjolkan politik yang membawa kepada kesuburan fahaman islam.

apa yang saya dapati,imej islam yang syumul gagal ditonjolkan apabila pejuang agama beramal seperti politik yang dijalankan oleh pengamal politik berkenaan.

saya akan bicara lebih panjang selepas ini. terima kasih kerana meluahkan keraguan.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://contengmfr.blogspot.com/
mfr



Jumlah posting : 295
Registration date : 06.05.07

PostSubyek: Re: DARI FORUM IPIJ: Apa Pemikiran Politik Kita   Fri Aug 01, 2008 5:36 pm

helmi wrote:
Quote:


Berbalik kepada perbincangan.
Perlunya MFR fahami betul2 sirah Nabi SAW balik. Dari hujjah MFR ana nampak MFR tak faham lagi sirah Nabi SAW. Ana rasa MFR tak faham sirah dimana mengapa Nabi menolak tawaran menjadi pemimpin mekah bila ditawarkan oleh pemimpin quraisy.
Sila kaji balik sebab baginda menolak tawaran tersebut. Atau tanya ahli hadis atau pakar sirah.



pemimpin quraisy menawarkan pangkat dan kuasa sebagai syarat untuk rasulullah tinggalkan dakwah. Rasulullah memilih untuk terus berdakwah.

ketika rasulullah menyuruh beberapa sahabat berhijrah ke habsyah..rasulullah tidak pula menyuruh para sahabat berjuang menegakkan kerajaan islam di habsyah,malah para sahabat berbaik dengan raja habsyah yang beragama nasrani untuk mendapatkan perlindungan.

semasa hijrah ke madinah,bukannya rasulullah mahukan jawatan pemimpin di sana,tetapi rasulullah disepakati untuk diangkat menjadi pemimpin oleh semua puak di madinah.

sebelum pembukaan mekah..(baca dgn jelas bahawa pembukaan mekah dan bukannya penjajahan mekah),rasulullah masuk tanpa ditentang oleh kafir quraisy yg sebelum itu beberapa kali cuba menyerang madinah (baca dgn jelas bahawa rasulullah tak pernah menyerang mekah..semua peperangan adalah demi mempertahankan akidah.)

rasulullah cuma mahu berdakwah menyeru umatnya agar mengEsakan Allah. dan apabila rasulullah menerima tawaran menjadi pemimpin,rasulullah mengajar urustdbir bernegara..tapi bukannya menyuruh para sahabat untuk mengejar kuasa pemerintahan di mana jua mereka berada.

lihatlah bagaimana abu bakar ,umar ketika menerima jawatan khalifah,mereka bukannya girang gembira seperti org politik menang pilihanraya,jawatan dan kuasa itu amanah yg berat. sangat berbeza dgn org yg berkejar-kejar mahu memerintah..mahu jd pemimpin.

cuba lihat juga bagaimana ulama-ulama silam berhadapan dengan tawaran politik atau jawatan dalam kerajaan,kebanyakannya menolak.

cuma saya tak kata tak boleh jd pemimpin. kita perlukan pemimpin untuk mentadbir umat kita.

tapi kaedah dan keutamaan tindakan itu yang saya cuba tampilkan di sini.

sebelum ni saya dah ceritakan bagaimana politik itu wajar di bawa kepada Ad din.

dan islam mengajar musyawarah dalam mencari kata putus. dan mentaati keputusan selagi pemerintah tidak menyeru kepada mungkar dan mencegah kepada makruf.

pejuang2 agama Allah amat digalakkan berjuang menegakkan agama Allah di bumi malaysia. siapa saja boleh buat dan laksanakan. hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. beberapa gerakan islam seperti PEKIDA tampil berani dan ramai anak2 muda pejuang agama menyertai sebagai sukarela untuk berdakwah. Polis juga sangat sukacita menawarkan pertolongan jika perlu.

saya akan bicara lanjut lagi kemudian.

wasalam.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://contengmfr.blogspot.com/
mfr



Jumlah posting : 295
Registration date : 06.05.07

PostSubyek: Re: DARI FORUM IPIJ: Apa Pemikiran Politik Kita   Fri Aug 01, 2008 5:37 pm

shah reza wrote:

Quote:

Pada pendapat saya:

(1) Politik yang dibawa kepada Ad-Din itulah "politik Islam".

(2) Saya kurang bersetuju bahawa "Politik tidak dapat mendirikan Ad-Din" kerana melihat kepada tujuan politik Islam, maka kita melihat politik (dalam erti kata pemerintahan) itu adalah untuk menjaga Islam. Tanpa politik, manakan boleh dilakukan syariat/undang2 Islam. Dengan catatan: tarbiyah, dakwah dan islah tidak ditinggalkan dalam usaha mendirikan politik Islam, maka barulah Islam dapat ditegakkan.

Al-Mawardi (dalam buku al-Ahkam as-Sultaniyyah) berkata: "Pemerintahan adalah untuk menggantikan nubuwwah bagi mengawasi ad-Din dan mengawasi siasah dunia yang berkaitan dengannya."

Kesimpulannya, politik Islam bersama2 usaha2 dakwah, tarbiyah, islah itu menjamin Islam dapat tertegak kerana.. Islam itu syumul. Dengan kata lain, "Politik sahaja semata-mata tidak dapat mendirikan Ad-Din."



saya bersetuju dengan pendapat saudara. dan 90% kandungan pendirian asas saya terkandung dalam pendapat di atas.

saya tekankan bahawa POLITIK tidak dapat mendirikan AD DIN kerana AD DIN itu berdiri dengan iman. Mungkin masalah definisi POLITIK yang luas itu sedikit mengelirukan forumer.

sememangnya seperti syahid zul berpendirian bahawa tiada POLITIK selain yang diajar oleh WAHYU,oleh itu POLITIK syahid zul adalah politik yang telah siap dibawa kepada AD DIN. seperti yg saudara syahid zul quote kan sebelum ini, POLITIK ditakrifkan sebagai As siasah dalam menerangkan konsep politik islam.
sekali saya nyatakan saya bersetuju dengan definisi as siasah untuk menakrifkan POLITIK YANG SUDAH DIBAWA KEPADA AD DIN.

manakala asal kata politik dan telah dijelaskan dengan baik oleh saudara gakuseishou,bahawa politik yang luas itu tidak tertakluk dalam soal pemerintahan saja. saya juga telah bawakan hujah yg sama sebelum ini, dan saya simpulkan politik soal KUASA dan AUTORITI. manakala isi penting gakuseishou juga boleh diterima iaitu politik ialah soal SURVIVAL.

apa jadi bila orang ber POLITIK mahu mendirikan AD DIN?

mungkin ramai yang keliru dengan isi yang ingin saya sampaikan.

untuk anda mudah fahami bayangkan POLITIK dan AD DIN itu dua partikel zarah. zarah POLITIK tidak mampu melahirkan zarah AD DIN yang syumul kerana politik merupakan salah satu unsur AD DIN. tapi AD DIN mampu bawa POLITIK ke dalam dirinya. Mengambil yang baik dan mengeluarkan yang buruk. AD DIN menapis POLITIK,AD DIN mencorak POLITIK. AD DIN menjaga POLITIK supaya tertib,beradab,berakhlak,beriman,dan bertaqwa.

ambil analogi lain pula, POLITIK adalah roti (bukan high 5-roti biasa-roticanai pun bole).

AD DIN ialah tubuh badan manusia.

manusia AD DIN boleh merenyuk roti POLITIK,boleh mencanai,boleh menggoreng atau membakar POLITIK,tapi manusia AD DIN yang punya panduan memasak(analogi panduan quran dan sunnah) tentunya akan memasak roti POLITIK dgn masakan yang enak dan berkhasiat.

setelah itu roti POLITIK akan ditelan oleh manusia AD DIN maka jadilah politik sebahagian dari AD DIN. manusia AD DIN yang punya sistem metabolisme membakar kalori POLITIK dan mendapatkan tenaga POLITIK untuk dijadikan tenaga bagi manusia AD DIN beribadat (analogi kepada perlaksanaan tindakan dari metod politik ke arah perkara makruf dan ibadah).

kekotoran POLITIK,hampas POLITIK,ke sia-sia an POLITIK,keduniaan POLITIK semuanya menjadi najis dan dibuang dari badan manusia AD DIN.

dan beginilah proses yang saya maksudkan POLITIK boleh dibawa kepada AD DIN.

roti POLITIK tidak boleh mendirikan seorang manusia AD DIN. walaupun roti-roti itu bercantum membentuk seakan jasad manusia AD DIN,tetapi diri manusia AD DIN yang hanya dilihat dari zahir sahaja itu bukan AD DIN sebenar tapi tiada roh AD DIN.

inilah maksud saya berkenaan POLITIK tidak boleh mendirikan AD DIN.

mari lihat bagaimana seorang kumpulan islam yang cuba menggunakan roti POLITIK untuk membentuk jasad AD DIN.

sebuah parti atau kumpulan islam berjaya meraih kemenangan politik dan membentuk kerajaan. kerajaan bagi sebuah negara bermasalah seperti mempunyai remaja yang tidak sedar identiti diri sendiri seperti,remaja gothic,remaja black metal,skinhead,hiphop, remaja undi sms-menang-popular-fenomena, remaja gubra yang mahu membuat filem mencemar budaya, remaja gol dan gincu, remaja syoknya sure heboh punyelah, remaja murtad, remaja pakai tudung tapi pergi gereja bersama pakwe, remaja pakai tudung tapi main di tangga-pastu kantoi kat internet, remaja bersama mat rempit pastu mandi kat kolah masjid, remaja isap dadah isap dada isap lolipop isap rokok isap ganja isap gam isap gula2 hacks(saje buat lawak), pompuan separuh umo yg membaca berita tak pakai tudung pastu cerita pasal perjuangan wanita perancis tuk memakai tudung, pompuan separuh umo yang tak pakai tudung bercerita soal perjuangan rasulullah dan betapa perlu mengikut ajaran islam yg sebenar, pompuan tak pakai tudung yg kata ijtihad ulama silam dah tak relevan dan penuh diskriminasi wanita, lelaki tua islam yg main judi minum arak main pompuan rasuah, lelaki tua islam yg buncit tak solat yg kata hidup mentaliti pertama ialah dengan menjadi moden iaitu dengan banyak membaca falsafah barat tapi sikit sekali kaji ilmu para ulama islam dan sebagainya.

kemudian kumpulan islam yg telah menjadi kerajaan itu pun menukar perlembagaan negara kepada al quran dan sunnah dan menjalankan hukum islam sepenuhnya.

semua kilang arak dan judi ditutup,pusat2 hiburan dihapuskan,pembaca berita tak bertudung disuruh pakai tudung jika mahu terus bekerja dan sebagainya.

maka semua orang pun pada zahirnya telahpun mengikut petunjuk al quran.

mari lihat afghanistan yg telah diperintahkan taliban dgn jayanya namun apabila taliban digulingkan berbondong2 manusia aneh islam yg buka burqah,yg cukur janggut dan masuk pertandingan bina badan, yg tonton filem lucah, dan sbg nya.

apa akan jadi sekiranya rakyat yg rosak itu begitu ramai skali di negara yang baru saja diperintah kumpulan islam itu? jika mereka ikut peraturan pun,adakah peraturan itu akan lahirkan iman? adakah remaja gothic akan cintakan Allah selepas mengetahui kumpulan islam itu memerintah?

peraturan dan hukum tidak dapat melahirkan iman TANPA TARBIYYAH DAN DAKWAH.

saya yang beberapa kali menegaskan bahawa rasulullah tidak mengejar pemerintahan dan kuasa (seperti yg dipersetujui oleh syahid zul sendiri) menekankan perkara ini supaya manusia bernama pejuang dapat menilai matlamat dan tujuan,fokus dan fikiran,jiwa dan raga mereka adalah menyeru manusia lain untuk mengEsakan Allah,hidup tersusun dengan dasar ajaran islam yang indah lagi ceria bagi yang beriman,bertamadun dan maju--bukan material tapi maju fikiran dan tindakan,dan tidak hilang fokus hingga saban hari hanya memikirkan strategi mendapatkan kerusi di parlimen atau meraih kemenangan pilihanraya zaman berzaman sejak sebelum merdeka hingga kini.

JIKA JEMAAH,PARTI,ATAU GERAKAN ISLAM cintakan perjuangan islam dan cintakan hubungan mukmin,hubungan muslim, hubungan manusia dengan manusia(hablumminannas),hubungan manusia dengan Allah (hablumminallah),maka BERSATU,BERGABUNG,BERBINCANG SEGALA MASALAH SECARA MUSYAWARAH,BERUKHUWAH,BERKONGSI KEPAKARAN adalah lebih utama untuk diadakan demi meraih kekuatan umat ADALAH LEBIH UTAMA dari bersaing sesama sendiri secara bodoh(iaitu saling bercakaran,saling tuduh menuduh,saling kutuk mengutuk,hanya untuk memujuk pengundi mengundi mereka kerana mereka mahu jadi PEMIMPIN).

sebenarnya saya ingin letakkan ayat ini dibahagian akhir selepas menerangkan langkah dan kaedah dari pemikiran saya yg hina ini,tapi saya rasa perlu untuk forumer dapat gambaran kasar bagaimana konsep pemikiran saya itu.

SAYA TIDAK MENOLAK PILIHANRAYA,tapi biarlah pejuang agama Allah menjalankan tanggungjawab membawa pilihanraya kepada jalan AD DIN.

apakah pilihanraya yang bawa pada AD DIN?

mereka yg menyertai pilihanraya itu tidak bercakaran,malah menghormati saudara mereka,kasih sayang antara mereka melebihi dari persaingan mereka, setiap calon merendah diri malah mengemukakan nama2 yg lebih beriman,berakhlak,bertaqwa,berhikmah dari mereka yg tidak pun menjadi calon. SPR pun berasa aneh apa dah jadi dgn pilihan raya begitu... semuanya baik2 saja. masing2 berlapang dada menerima teguran antara satu sama lain malah yg menegur pula tiba2 berasa dirinya tidaklah layak sgt menegur kerana insaf diri sendiri pun bukan bagus sangat,maka bermaaf maafan lah sesama saudara,akhirnya tidaklah mereka jadi utk bersaing tapi bahu membahulah mereka membantu rakyat, org yg bukan islam pula menjadi pelik dan kemudian tertarik untuk belajar politik yang membawa kepada AD DIn maka tersebarlah ilmu wahyu Allah..maka setiap orang tidak kira calon,SPR,pengundi,rakyat jelata dan seluruh pemerhati menangis keinsafan dan tunduklah mereka kepada ajaran yang indah ini untuk memimpin kehidupan meraka.. maka diangkatlah beberapa manusia berilmu dan pakar dalam bidang masing2 merangka undang2 baru negara,dan diangkatlah seorang pemimpin yg paling bertaqwa,paling beriman,paling hikmah tindak tanduknya menjadi perdana menteri.

saya berhenti dulu sampai sini saja.(maaf skip lagi pasal kaedah dan langkah yg saya janjikan..dah penat menaip).
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://contengmfr.blogspot.com/
mfr



Jumlah posting : 295
Registration date : 06.05.07

PostSubyek: Re: DARI FORUM IPIJ: Apa Pemikiran Politik Kita   Fri Aug 01, 2008 5:37 pm

(saya tak dapat tido..jd saya taip sikit)

RESPON RINGKAS BUAT SYAHID ZUL,

syahid zul wrote:

Quote:

Kemudiannya ada beberapa fakta yg saya kemukakan dipandang sepi oleh saudara MFR dan saya menganggap beliau sedang meneliti kesahihan fakta2 tersebut.



saya akui fakta2 saudara.

namun saudara sebutkan bahawa tulisan atau kata2 ulama tidak memerlukan tafsiran merupakan pendapat yang berbeza dengan diri saya,bahawa kata2 ulama dan tulisan mereka masih memerlukan tafsiran iaitu menterjemahkan mesej dan isi penting secara mendalam,bincang dan kembangkan untuk penjelasan.barulah boleh dipetik dan dijadikan sandaran hujah.

saya sedikit hampa apabila pada mulanya saya bersangkakan saudara jenis orang yang mengkaji dan berfikir secara teliti dan mendalam sebelum menulis sebarang pendapat dan pendirian. tapi malangnya,saya terkesan suatu sikap yg berlainan. mungkin saya tersilap,oleh itu saya cuma ingin maklumkan bahawa saudara sebenarnya telah bersetuju dengan saya apabila meng copy paste secara panjang lebar berkenaan penjelasan rasulullah tidak kejar kuasa memerintah,dan pendirian saya bahawa POLITIK tidak boleh mendirikan AD DIN dan POLITIK boleh dibawa kepada AD DIN.namun dalam masa yg sama saudara punya pendapat yg berlainan. dua prinsip dalam satu masa. saya tidak salahkan saudara... saya pernah ada sikap begitu ketika era tahun 1994 saya.

syahid zul wrote:
Quote:

Mengapa rasulullah menolak jawatan pemimpin setelah ditawarkan oleh quraisy??Ketika menawarkan pangkat tersebut,pemimpin quraisy ada mengenakan syarat iaitu rasulullah tidak dibenarkan menyebarkan dakwah islam lg.So,apa kepentingannya ada kuasa jika dakwah islamiyyah tidak boleh berjalan.Dan kerana itu rasulullah menolak jawatan tersebut.



bahan copy paste syahid zul menjawab persoalan syahid zul di atas:

Quote:


Tidakkah pernah di suatu masa dahulu di mana Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam
masih hidup lagi, ‘Utbah bin Rabi’ah datang berjumpa dengan Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi
Wasallam dan menawar kepada baginda beberapa keistimewaan yang belum pernah ditawar kepada
sesiapa pun yang terdahulu. Tawaran ini sedikit pun tidak menggerak hati kecilnya supaya menggadai
da’wahnya malah selepas itu sanggup pula menahan seksaan kaum Quraisy.
Sekiranya da’wah Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam semata-mata bertujuan mencari
pangkat sudah tentu Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam tidak akan men jawab kepada mereka
yang menawarkan kekayaan dan habuan habuan dunia itu dengan katanya: “Kedatanganku ini bukanlah
untuk mencari harta benda, kemuliaan dan kekayaan dan. kamu, tetapi Tuhanlah yang telah
mengutuskan aku ini untuk kamu disamping itu diturunkannya Al-Qur’an, dan telah di
pertanggungjawabkan aku untuk rnenyampaikan benita gembira dan menakutkan. Sekiranya kamu
terirna apa yang aku anjurkan ini maka itu adalah nasib dan habuan kamu di dunia dan akhirat dan
sekiranya karnu tolak, maka tidak ada jalan lain untuk kau hanyalah bersabar hingga Tuhan rnenjatuh
hukum antara aku dan kamu sekelian.”



Quote:

Bila memandang keadaan penghidupan Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasalam seharian
adalah tepat dan persis dengan percakapannya, kehidupannya seharian adalah praktikal dan teori
percakapannya, penolakan Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam terhadap tawaran kaum Quraisy
bukan setakat bibir dan lidah sahaja tetapi segala—galanya adalah dan hati nuraninya. Makanan dan
minuman baginda adalah mudah dan ringkas dengan erti kata yang sebenar. Keadaan penghidup annya
tidak lebih dan keadaan simiskin.



Quote:


Dalilnya baru sebentar kita sajikan. Kemungkinan satu soalan melayang masuk ke dalam kepala
kita iaitu tidakkah boleh tercapai tujuan dan matlamat seandainya RasuluLlah menerima tawaran puak
Quraisy kepada baginda untuk menjadi ketua dan presiden bangsa ‘Arab di kala itu, kemudian dan situ
baginda menyalur dan memasukkan da’wah Islamiyyah. Lebih-lebih lagi pangkat kerajaan dan keketuaan
itu boleh memberi satu tekad kepercayaan kepada jiwa manusia. Perhatikanlah selepas satu perampasan
kuasa di mana satu golongan berjaya menyingkir rejim yang lama, penganjur ideologi ini sering
mengambil kesempatan semasa kekuasaan di tangannya untuk menyalur-masukkan ideologi dan dogmadogma
mereka.
Tetapi Nabi SallaLlahu ‘alaihi Wasallam tidak rela melalui jalan yang seumpama itu, malah jalanjalan
itu adalah bertentangan sekali dengan konsep da’wah Islamiyyah.
Sekiranya cara dan jalan ini harus dan boleh untuk mengendalikan polisi yang benar dan suci itu
maka tidak ada bedanya di antara benar yang tegas dan kebenarannya dengan pembohongan yang
membungkus kepalsuannya. Kalau sedemikian juga maka seiringlah penganjur da’wah yang benar dengan
buaya-buaya dan hantu raya ideologi.
Kemuliaan dan kebenaran adalah asas utama dan tiang seri kepada saranan, tujuan dan matlamat
ugama Islam. Tujuan dan matlamat adalah sepenuhnya diasaskan oleh kebenaran dan kemuliaan, begitu
juga saranan dan perjuangan Islam seluruhnya adalah bertulang belakang atau berteraskan kebenaran dan
kemuliaan.



nampak gaya saudara helmi juga perlu menuduh syahid zul tidak memahami sirah apabila telah mengcopy paste bahan sirah yg menyokong pendapat peribadi saya yg tidak memetik kata2 ulama dan saya yg tidak faham sirah ini.

wallahua'lam.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://contengmfr.blogspot.com/
mfr



Jumlah posting : 295
Registration date : 06.05.07

PostSubyek: Re: DARI FORUM IPIJ: Apa Pemikiran Politik Kita   Fri Aug 01, 2008 5:38 pm

wahai saudara syahid zul...

saya juga bukanlah insan yang menegakkan hujah sendiri.

tidak lain dan tidak bukan hanyalah pendirian saya ini dibina telah lama dulu,dan saya membina pendirian ini bukannya sehari dua,bukan hanya dengan goyang kaki sambil hisap lolipop.(tafsirkan ayat ini bahawa saya tidak senang lenang dalam membina pendirian).

maaf posting ini mungkin agak lari sedikit dari perbahasan,tapi masih berada dalam ruang lingkupnya.

pendirian saya dibina hasil pengamatan,pemerhatian,kajian bahan,kajian sumber,kajian individu,penyiasatan dalaman dan muzakarah.

pendirian politik saya dibina setelah muzakarah saya dengan beberapa ahli politik cergas.(mungkin mereka ini tidak punya kedudukan tinggi tetapi mereka saya kira membawa aspirasi pemimpin mereka.)

dan saya tidak ketinggalan dalam menilai siri ceramah,ucapan,kertas kerja, pembentangan dan sebagainya yang rata2 saya kutip dari beberapa individu veteran politik malaysia yang saya kenali.

kemudian,saya juga tidak ketinggalan dalam menilai dua gerakan islam yang masyhur yang menjadi ikutan banyak gerakan islam di malaysia iaitu gerakan imam hassan al banna dan gerakan al maududi.(saya tuliskan nama pengasasnya kerana pada pendapat saya kaedah dan metod pengasasnyalah yang membentuk kecemerlangan gerakan mereka)

individu2 yang masyhur di malaysia juga saya menilai jalan politik mereka,agenda perjuangan mereka,malah saya masih terus mengkaji mereka,dan saya masih tidak nampak perubahan pada diri mereka.

saya akui kebanyakan usaha saya ini akhirnya dikaji dan dibina pendirian ini berdasarkan diri saya sendiri. saya pernah utarakan cadangan saya berkenaan dengan perjalanan politik melayu-islam di malaysia kepada setiap satu golongan umur. golongan tua,belia,remaja,dan kanak2.

saya melihat respon positif di kalangan mereka,maka saya kira kaedah saya ini boleh membuahkan hasil. saya tidak pula menutup pintu perbincangan malah saya ialah insan yang menyokong musyawarah dan muzakarah berteraskan ukhuwah dalam pendirian saya.

apa yang saya ingin sampaikan di sini ialah, saya membina pendirian ini dengan niat hanya untuk jadi hamba Allah yg diredhai, saya telah berusaha sedaya yang saya mampu malah banyak perkara yg saya korbankan semasa zaman remaja saya semata-mata untuk beroleh sebuah idea membentuk diri saya sebagai senjata umat islam dan membina jatidiri juga idea yg tersusun. saya akui saya masih belum menyelesaikan tugas ini,dan tugas ini masih berjalan dan alhamdulillah walopun saya ini bukan seorang genius,hebat,bijak dan beberapa kali juga kecundang namun saya masih berada di trek yg tidak lari dari plan 10 tahun saya semenjak tahun 2000 iaitu tamat 2010.(andai saya mati dalam waktu ini maka saya berdoa biarlah saya mati sebagai manusia yg berjuang membina diri dan bercita2 memberikan manfaat kepada umat).

saudara syahid zul,

anda adalah insan yg lahir 12 hari selepas kelahiran saya. saya kira kita adalah hampir sebaya saja,oleh itu tentunya zaman saudara dengan zaman saya tidak jauh berbeza dan tentu sekali saudara yg saya kira sudah mengenali dunia politik dalam umur yang muda pastinya amat arif apa yang berlaku pada suatu tempoh dalam hidup kita selama ini.

saya tidak bersangka buruk ke atas organisasi sokongan saudara atau mana2 gerakan lain. seperti saudara saya juga adalah insan yang hanya menyatakan kebenaran dan jelas kita sependapat saja selama perbincangan ini.

saya buat sedikit tafsiran sedikit mengenai pendirian saudara selama perbincangan kita.(jika salah jangan segan untuk perbetulkan.saya bukan orang yang boleh tafsir pemikiran orang dengan hanya baca tulisan).

1) saudara berpendapat umat islam mesti ada kuasa politik.

saya setuju dan saya kira puak mana pun pasti bersetuju dengan kita juga. jika ada puak mana2 yang kata,umat islam tidak perlukan kuasa politik maka samalah pendirian mereka itu bahawa umat islam tidak perlukan pemimpin. tidak perlukan sistem pemerintahan yang teratur. maka tentu saja mereka itu tidak bersolat jemaah,kerana solat jemaah perlukan imam. jika mereka boleh tolak seorang imam tuk memimpin solat,maka secara logiknya pendirian mereka mestilah menyokong kuasa politik.

maka umat islam yang menolak umat islam perlukan kuasa politik adalah samalah diri mereka dengan anarchism yang menolak pemerintahan kerajaan dan negara.(baca pengaruh anarchism dalam kelompok sub budaya skinhead,punk dan lain-lain).

2)saudara mengakui bahawa rasulullah tidak kejar pangkat dan kuasa tetapi tidak lain hanya berdakwah.(menjadi pemimpin di madinah juga suatu bentuk dakwah,berperang dengan puak kuffar juga satu bentuk dakwah).

saya juga bersetuju dengan perkara di atas malah saya telah menekankannya sejak dari awal.

kemudian saya bawakan kaedah rasulullah ini dalam pendirian saya.iaitu baca nombor 3 dibawah;

3)saudara berpendapat matlamat dan niat pejuang agama Allah yang terjun dalam arena politik bukanlah mengejar pangkat dan kuasa tetapi ikhlas berjuang di jalan Allah.

pendapat saudara di atas adalah sama dengan pendirian saya bahawa berjuang dalam politik bukan untuk kejar kuasa dan pangkat tetapi dakwah,iaitu membawa politik ke landasan islam.

sampai di sini saja mungkin kita sama. tetapi saudara dan saya mungkin nampak terjarak dalam perkara di bawah;

4) saudara menyetujui kaedah politik dan jalan perjuangan organisasi yang disokong saudara yang terjun dalam dunia politik.

saudara mendakwa organisasi itu menjalankan kesyumulan islam,cuma ia tidak ditonjolkan dalam media dan persepsi masyarakat terhadapnya adalah suatu yang tidak tepat.

saudara mengajak saya mengkaji jemaah islam itu,dan renung kepada keadaan negeri kelantan (yang merupakan contoh kawasan yg ditadbir organisasi itu).

lalu saudara mendakwa saya berburuk sangka ke atas organisasi itu sehingga mempunyai persepsi yang dangkal terhadap mereka.

MAKA,KETAHUILAH SAYA TIDAK PUNYA NIAT UNTUK MENJARAKKAN JALAN KITA TETAPI SAYA BERPEGANG KEPADA KAEDAH PERGABUNGAN DAN PENYATUAN.

kaedah pergabungan dan penyatuan itulah teras kepada kekuatan politik umat islam.

dan apakah yang membawa kepada politik sebegitu?

menjawab persoalan itu maka saya tekankan kembali pendirian saya bahawa POLITIK itu boleh dan wajar dibawa kepada AD DIN.

maka tidak lain tidak bukan idea pendirian saya ini ialah idea ASAS ISLAM yang sepatutnya dijadikan impian setiap gerakan,parti,persatuan dan jemaah islam di mana-mana jua pun.

mari renung ASAS ISLAM ini dengan beberapa ayat Quran yang sempat saya petik,

"Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat."(al hujurat:10)

"Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan ni`mat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena ni`mat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk."(ali imran:3)

dan mungkin wajar kita renung hadis ini juga,

"Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."

(H.R. Abu Daud dan Tirmizi)
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://contengmfr.blogspot.com/
mfr



Jumlah posting : 295
Registration date : 06.05.07

PostSubyek: Re: DARI FORUM IPIJ: Apa Pemikiran Politik Kita   Fri Aug 01, 2008 5:39 pm

dalam hadis di atas ada disebut mengenai bidaah,saya sarankan kita tidak mebincangkan bidaah itu kerana sebelum ini saya banyak melihat saudara syahid zul memetik kata2 Ibn Taimiyyah dan DR Asri, jadi saya kira saudara adalah antara peminat hujah mereka maka dalam perbincangan politik ini kita fokus pada jalan dan kaedah politik saja,bab2 hukum saya serahkan pada para ulama untuk membuat perbincangan. Dan ketahuilah saya berpegang teguh kepada muafakat ahlus sunnah wal jamaah,sebab saya pegang teguh dengan mazhab ahlus sunnah kerana saya memikirkan penyatuan tadi,dan saya rasa disiplin ilmu mereka amat seuai(mungkin juga dipersetujui oleh sauadar) iaitu berkenaan dengan berlapang dada dengan perbezaan.

baiklah, kita kembali pada topik.

oleh sebab itu, perselisihan kita berdua boleh lah merujuk kepada satu topik saja iaitu jalan dan kaedah politik organisasi saudara itu.

saya gembira bila saudara banyak kali menekankan saudara tidak taksub kepada satu kaedah malah terbuka untuk mendengar jika ada kaedah yg lebih baik untuk umat islam pegang kuasa politik.

dan setelah saya mengkaji(iaitu dengan seikhlas hati saya) beberapa tahun sememangnya saya menjumpai kaedah yang lebih baik dari yang diamalkan sekarang. Malah kaedah ini jika berjaya terlaksana maka kecut dan gerunlah ramai musuh islam, dan tentu saja Bush tidak akan berdiam diri dan akan menyenaraikan saya sebagai teroris nombor satu.


seperti yang saya maklumkan sebelum ini pendirian saya ialah POLITIK wajar atau boleh dibawa kepada AD DIN.

kemudian saya ada sarankan kaedah musyawarah dan ukhuwah sebelum ini.

dan pada posting kali ini saya ada nyatakan juga AD DIN iaitu ISLAM itu sendiri merupakan asas idea saya,malah saya merujuk bahawa kaedah itu tidak lain dan tidak bukan ialah PERGABUNGAN SEMUA GERAKAN ISLAM DI MALAYSIA.

untuk bersifat praktikal saya telah membahagikan beberapa fasa peringkat untuk dilaksanakan,dan tidak wajar sebuah idea itu hanya berunsur slogan tanpa plan tindakan yang tersusun.

mungkin kajian saya masih tidak begitu lengkap,dan saya masih ada 3 tahun lebih lagi untuk menyiapkan semua kajian strategi ini,tapi saya datangkan dulu secara kasar di thread ini untuk menceritakan pendirian politik saya secara plan tindakan.

fasa awal saya menumpukan kepada pergabungan jemaah dakwah.

sebab utama mengapa saya tekankan dakwah lebih kepada pemerintahan,maka sudah maklumi bahawa saya berpendapat sunnah rasulullah itu tidak kejar pemerintahan,maka saya susuri kaedah saya mengikut sunnah dakwah rasulullah.

di sini mungkin saudara tidak setuju dengan saya kerana pastinya saudara beranggapan saya menafikan betapa pemerintahan sebuah negara akan menjejaskan usaha dakwah itu sebagaimana yg saudara pernah maklumkan bahawa jemaah dakwah umpama menghidupkan api,manakala pihak lain menjiruskan air.maka sia-sia.

Di sinilah saudara atau org lain tidak nampak betapa syumulnya islam dalam konteks pendirian saya ini.

dakwah itu dilaksanakan di semua peringkat dan bidang. saya menganggap proses fasa pertama ini seolah-olah renassaince di zaman eropah cuma bezanya humanisme mempengaruhi renassaince itu,tapi kali ini AD DIN mempengaruhi segalanya.

antara bidang2 yang saya telah berkira-kira mampu menjadi perintis renassaince ini ialah bidang politik,budaya,pendidikan,ekonomi, kesihatan dan teknologi.

di bidang politik fasa pertama mengkehendaki pejuang-pejuang agama Allah mempopularkan AD DIN dalam perjuangan dan pendekatan politik mereka.(termasuk musyawarah dan ukhuwah yang saya telah jelaskan sebelum ini)

(saya terpaksa skip bahagian politik ini kerana plan tindakan saya ini terpaksa menyebut beberapa parti politik untuk dijana semula. orang yang akan menggerakkan fasa pertama saya telah kenalpasti sebagai generasi baru islam..saya telah mengadakan beberapa siri perbincangan. selewat-lewatnya tahun 2020 insyaAllah AD DIN boleh berkembang dalam arena politik sebanyak 60%)

bidang budaya sekarang ini,saya mengangkat faisal tehrani sebagai jaguh awal. walaupun faisal tehrani hanya bertumpu kepada seni tulisan dan teater tetapi saya telah mengkaji beberapa perkembangan dan saya harap usaha saya menyokong blok yang dicita-citakan faisal tehrani sebagai blok islam dalam budaya boleh dijadikan asas kepada perkembangan AD DIN dalam budaya. sasaran yang ditimbangkira oleh saya adalah berkenaan penghapusan budaya popular artis,budaya underground, budaya sekularisme dan pluralisme agama dalam televisyen,filem,muzik, dan apa saja produk budaya.

dalam bidang pendidikan, saya sedang menyiapkan beberapa kaedah untuk dijadikan teras kepada perkembangan AD DIN dalam pendidikan yang saya namakan sistem pendidikan pejuang. secara ringkas konsepnya adalah pendidikan ialah medan untuk membentuk diri manusia sebagai pejuang dngan mengasah bakat semulajadi dan kecenderungan diri di mana semua individu adalah istimewa dan tidak dinilaikan oleh standard piawai yang dipanggil peperiksaan. ujian dan peperiksaan hanya sekadar latihan dan bukan penentu kecemerlangan diri individu. tetapi kecemerlangan individu ialah sejauh mana pengasahan bakat dan kecenderungan dalam 7 bidang kritikal dapat dijayakan. dan jika ada individu yang lambat atau lemah dalam sistem ini,mereka dibantu sehingga mampu berguna sekurang-kurangnya menjadi seorang penyokong sistem ini.

dalam bidang ekonomi,saya serahkan kepada pejuang2 ekonomi islam yang kini sedang giat untuk menyerap masuk dalam sistem ekonomi dunia. saya juga ada merangka syarikat umat islam iaitu sebuah syarikat yang menawarkan tenaga kerja dan bertindak sebagai institusi pemantapan sistem pejuang.

dalam bidang kesihatan,saya serahkan tugas kajian kepada beberapa rakan saya yang menumpukan kepada perjuangan kajian kesihatan mereka.

dalam bidang teknologi,saya popularkan aliran teknologi pembaikan sebagai lawan kepada aliran tekologi pemusnah yang diamalkan dunia sekarang. penjelasan lanjut mengenainya mungkin tiada kaitan dengan isi perbincangan kita.

Dan sekarang,saya beritahu anda bahawa mengapa saya tekankan bahwa jangan menumpukan kepada proses pengambilalihan kuasa kerana usaha itu sebenarnya menjejas fasa pertama renassaince islam ini.

sebab kenapa saya berkata seperti itu, semuanya atas sebab muzakarah panjang saya dengan seorang ahli organisasi yg disokong saudara. fakta-fakta yang saya perolehi dengan jelas diakui kebenarannya di ruang laman maya terbuka ini.

organisasi saudara telah berstrategi untuk mendapatkan kuasa demi menjalankan hukum islam.

strategi pada tempoh lalu mereka banyak bersekutu dengan pecahan parti pemerintah dan mereka sendiri mengakui telah meraih keuntungan dari krisis pecahan itu. antara tindakan mereka ialah penyebaran risalah menyemarakkan semangat benci membenci. pada tahun 2000 saya telah bermuzakarah dengan salah seorang ahli mereka dan saya sampaikan hasrat saya iaitu pendirian saya dan plan saya ini iaitu menjurus kepada pergabungan. tindakan benci membenci tidak akan membantu plan saya dan impian kita semua.

akhirnya kini mereka bersama orang yang dibenci itu dan bertindak memujuk untuk bersama-sama mereka. perkara ini telah diakui sendiri oleh pimpinan tinggi organisasi itu adalah sebahagian dari strategi untuk mendapatkan keuntungan politik demi mendapatkan kuasa.

mereka juga pernah menyelar parti pemerintah bekerjasama dengan bukan islam pada zaman2 awal dahulu dan kemudian mereka pula yang bertindak bersekutu dengan parti bukan islam. pimpinan tinggi organisasi itu telah mengakui bahawa jika tiada usaha bersekutu itu agak sukar untuk mereka membentuk kemenangan selesa 2/3.

akhirnya strategi mereka dibaca oleh parti bukan islam itu dan kini parti bukan islam itu tidak lagi bersekutu bersama mereka kerana tidak setuju dengan impian negara islam.

inilah perkara yang saya fobia. sudah banyak kali saya menegur,tetapi saya pula yang dicaci kembali malah ada puak bawahan yang saya kira tidak tahu erti perjuangan islam yang menganggap saya ini sebagai musuh islam yg menghalang dari tertubuhnya negara islam.

mereka langsung tidak menitik beratkan asas agama dan kaedah paling terbaik malah saya kira dari segi fiqh aulawiyatnya adalah yg utama pada zaman sekarang. KAEDAH PERGABUNGAN DAN PENYATUAN MERUPAKAN KAEDAH YANG UTAMA.

mereka terus memburu kemenangan dan mereka tahu jika mereka bersendiri dalam pilihanraya,mereka sukar untuk membentuk kerajaan yang memerintah negara,maka strategi mereka adalah menawan beberapa negeri dahulu sebagai asas kemaraan cita-cita mereka.

saya tidak nampak bernasnya mereka menumpukan usaha itu. padahal usaha MUSYAWARAH dan UKHUWAH (insya Allah saya akan perincikan di lain hari) merupakan usaha yang lebih utama.

ayat quran yang menjadi renungan saya telah saya lampirkan sebelum ini berkenaan dengan musyawarah.

saya akan nyatakan bagaimana jika renassaince fasa awal yang menggalakkan perkembangan AD DIN dalam bidang2 yg saya sebut sebelum ini akhirnya akan memaksa perlaksanaan AD DIN dalam seluruh bidang dan aspek.dan sudah tentu sekali mufti akan lebih berperanan dan berjaya mempengaruhi selepasnya nanti.

saya berhenti dahulu.

wasalam.

(maaf terlampau asyik menaip).
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://contengmfr.blogspot.com/
mfr



Jumlah posting : 295
Registration date : 06.05.07

PostSubyek: Re: DARI FORUM IPIJ: Apa Pemikiran Politik Kita   Fri Aug 01, 2008 5:39 pm

syahid zul wrote:
Quote:

Terlebih dulu saya ingin bertanya kpd saudara MFR,tahukah saudara bagaimana organisasi jemaah islam itu(parti islam)???Melihatkan kpd cara saudara 判断 berkaitan dgn hubungan dgn non-muslim td saya dpt rasa bahawa saudara tidak pernah tahu mengenainya



jangan saudara cepat menduga.

ketika muzakarah saya berjalan pada tahun 2000 dulu pun ramai yang cepat menduga.

ada beberapa maklumat yang saya sengaja sembunyikan kerana ia bersifat peribadi, namun nasihat saya pada saudara pula ialah jangan cepat menduga.

dengan mendakwa saya langsung tidak pernah tahu struktur organisasi atau hanya mengambil maklumat dari media arus perdana merupakan satu tuduhan mengecilkan usaha saya selama ini.(walaupun hakikatnya mmg usaha saya hanya kecil saja dibanding tokoh yg saya kagumi seperti imam hassan albanna atau rasulullah sendiri)

saya tidak boleh mendedahkan beberapa maklumat,cuma sumber saya bukan HANYA media arus perdana atau apa2 media.

saya berpendapat tulisan,berita,buku,karangan atau apa2 sumber yang perlu dibaca adalah sumber yang kurang berkesan dalam kajian.

sila rujuk thread kajian,di situ saya ada nukilkan beberapa pendapat saya mengenai kaedah mengkaji.

saya berpegang kepada penyiasatan individu dan muzakarah secara berdepan adalah cara dan kaedah yang saya gunapakai selama ini walaupun tulisan,kertas kerja,teks,buku, atau karangan tetap menjadi bahan sokongan kajian.

di dalam bidang teknologi juga,saya berpegang kepada aliran teknologi pembaikan dan aliran ini mengkehendaki pengkaji dan pembina teknologi berdepan dengan eksperimen secara praktik dan bukan sekadar menelaah data dan menyelesaikan masalah rumus.

teknologi pembaikan mempunyai prinsip bahawa tiada data atau maklumat tepat yang sebenar tepat melainkan ketepatan praktikal ,dan keputusan praktikal tidak boleh piawai tapi mesti fleksibel dalam keadaan belumbolehtentu.oleh itu teknologi pembaikan menetapkan semua penyelesaian yang tepat adalah milik Allah s.w.t.
(maaf jika susah nak faham)

dengan kata lain, saya telah menjalankan kajian politik dalam tiga peringkat(1998-2000,2001-2002,2003-2006), dan saya masih mengekalkan penyiasatan politik dengan berurusan bersama individu bergerak.

saya menganggap saya telah tahu bukan saja struktur organisasi malah saya tahu permasalahan dan pertentangan yang berlaku dalam organisasi itu termasuk krisis majlis syura dengan dewan2 yg lain. saya rasa tak perlu saya nak senaraikan kelemahan organisasi atau krisis. itu bukan perkara pokok.

berkenaan dengan parti pemerintah juga saya menjalan kaedah yang sama malah disebabkan parti pemerintah sebuah parti yang besar,maka saya akui saya telah melebihkan tumpuan kepada kajian organisasi parti pemerintah pada fasa terakhir kajian ini.

disebabkan perkembangan yang berlaku dalam suasana politik yang rata2 tidak jauh beza dengan apa yang saya ramalkan pada tahun krisis 1998 dulu,akhirnya situasi politik negara banyak membuka ruang luas kepada kejayaan plan tindakan yg saya nyatakan sebelum ini.

cuma disebabkan faktor diri saya yang masih berumur 21 tahun dengan persediaan dan senjata diri yang belum cukup optimum untuk menggerakkan "gelombang perubahan" maka saya telah menyampaikan idea saya secara sedikit demi sedikit kepada setiap gerakan di malaysia samada politik atau NGO melalui "resapan idea" yang digerakkan oleh sahabat2 saya.

(saya berhenti setakat ini saja untuk menjelaskan keadaan kajian saya,supaya saudara tidak terus bersikap cepat menduga dengan menganggap saya ini jenis yang tidak mengkaji atau bercakap sesuatu yang saya tidak tahu).

seterusnya saya akan meneruskan penjelasan pemikiran politik saya pada waktu yg lain pula.

wasalam.

p/s..satu lagi,saya telah selalu ingatkan supaya mengkaji perabih tulisan saya sebelum memberi respon,namun saya akui kadang kala bahasa saya juga berbelit dan buat org sukar faham. semua itu adalah kelemahan diri saya.dan sikap yg penting selain berlapang dada dalam mengkaji selalulah juga bersikap sangka baik dalam mengutip isi penting kecuali mmg tidak jumpa jalan tuk bersangka baik.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://contengmfr.blogspot.com/
mfr



Jumlah posting : 295
Registration date : 06.05.07

PostSubyek: Re: DARI FORUM IPIJ: Apa Pemikiran Politik Kita   Fri Aug 01, 2008 5:40 pm

yaa..saya akan tetap mengatakan kajian ini ialah kajian saya sendiri.

saya akan tetap kata ini adalah pendapat peribadi saya semata-mata berasaskan kajian saya.

saya telah jelaskan sebelum ini bahawa saya bukannya melulu tidak tentu hala dalam membina pendirian ini,tetapi ia dibuat dengan sedaya mampu saya secara bersungguh2.

DITEGASKAN DI SINI,bahawa jika idea saya ini buruk atau cadangan saya cuma hampas yang busuk lagi hina,saya menekankan bahawa yang busuk dan hina itu adalah diri saya sendiri kerana telah membina pendirian dan idea politik saya sendiri dan tidak menjadi pengikut jalan kaedah pergerakan politik lain yang sungguh mulia dan hebat belaka.

niat di hati saya seboleh-boleh saya membina idea ini untuk mencari keredhaan Allah,tetapi andai kajian saya ini sesat dan tidak ada dalil yang boleh disandarkan,hujah yang lemah, pendirian yang buruk dan huduh,maka SAYA TEGASKAN yang buruk,hina,huduh itu adalah kerana kelemahan diri saya sendiri sedang islam yang menjadi nadi jiwa saya itu tidak huduh. ISLAM itu kekal suci. Ulama itu kekal pewaris para nabi. dan pejuang2 islam itu kekal sebagai golongan yg dikasihi Allah.

semua idea,pendirian saya ini jangan segan dan takut untuk ditolak andai anda berasa ini adalah idea bodoh yang pernah timbul dalam sepanjang sejarah tamadun manusia. tolak saja.

sebelum ini saya pernah mengemukakan cadangan2 saya tetapi saya diejek di depan ramai kawan2 saya dan saya sudah menghadapi kutukan yang lebih hina dan lebih teruk. oleh itu diingatkan supaya tidak memandang saya ini erai atau mulia atau apa saja. saya memang manusia yang hina lagi dina.jika anda yang mempunyai ilmu tinggi dan beriman serta bertaqwa mendapati diri saya ini tidak lebih dari monyet yang cuba mengajar manusia untuk hidup maka anda dipersilakan tolak semua idea saya.

saya tegaskan saya bukan ulama.saya bukan pemikir agung. saya bukan orang hebat2.

boleh rujuk saudari impreza,dia mungkin boleh mentafsir siapa saya, iaitu tidak lebih dari hanya budak kampung bendang selinsing,sauk kuala kangsar perak yang berhingus.

andai anda masih ragu2 ,saya tegaskan kembali BAHAWA SAYA BUKAN MULIA DAN HEBAT,IDEA SAYA BUKAN BAGUS SANGAT, DIRI SAYA BUKAN ERAI.DAN SAYA MENGEMUKAKAN IDEA INI KERANA MAHU MENYAHUT SERUAN ANDA YANG TIDAK DAPAT LARI DARI BERBINCANGKAN POLITIK,MAKA SAYA BUKA THREAD INI DAN SAYA DENGAN SUKACITA MAHU BERKONGSI PERBINCANGAN DENGAN SAUDARA PERIHAL POLITIK.SAYA TIDAK PERNAH MAHU MEMAKSA SESIAPA UNTUK MENGIKUT APA YANG SAYA CAKAPKAN.ANDA BOLEH NILAI SENDIRI. ANDAI IDEA SAYA BURUK,KENAPA RAGU2 UNTUK TOLAK,JANGAN RAGU2..TOLAK SAJA.

tetapi,saya sarankan. jika anda berilmu tinggi malah tahu kaedah mencari ilmu,mengkaji dan menilai pendapat dengan disiplin ilmu, maka tanpa saya sandarkan apa2 dalil pun,anda boleh nilai dengan dalil yang anda ada untuk samaada menerima atau menolak idea saya.jika tok2 guru anda mengatakan yang idea saya ini adalah bodoh maka boleh abaikan. saya juga tidak ada apa2 halangan untuk berhenti dari mengemukakan idea saya di forum IPIj ini.

dulu pada tahun 2000,mungkin saya merasakan perlu untuk menyebarkan idea ini,tapi sejak beberapa muzakarah berjalan,akhirnya saya simpulkan bertindak itu lebih bermakna daripada mengemukakan idea semata2.

saya masih ada 3 tahun untuk menyiapkan diri untuk bertindak. jika diizinkan Allah,maka segala yg saya rancang akan berjalan dengan baik.

jika tiada orang yang tahu idea ini pun tak apa. usaha pergabungan itu telah saya fikirkan langkah menjalankannya tanpa banyak bercakap tapi lebih banyak bertindak.

jika anda lebih suka mencari sumber dalil dan sandaran hujah saya untuk mensahihkan pendirian saya maka anda boleh saja mengabaikan semua pendirian saya kerana saya tidak dapat berbuat demikian kerana saya tidak mahu terjebak dengan sikap meng copy paste hujah ulama supaya menyokong hujah saya kerana saya ada satu kelemahan iaitu saya tidak menjalani disiplin ilmu menuntut ilmu tafsiran atau pengkajian mendalam karangan ulama.

saya menyerahkan urusan itu kepada mereka yang lebih arif dan pakar,dan kemudian saya akan merujuk mereka untuk belajar.

saya dah tegaskan sebelum ini,jika anda nampak idea saya ini seleweng dari aspirasi 6 pihak yg saya telah senaraikan maka kemukakan,tegurlah dan ajarlah saya. kerana saya ini manusia hina yang bodoh lagi kampung berhingus.

cuma nasihat saya,kaji dan nilailah idea saya sedalamnya. boleh saja bawa idea ini kepada mana2 pimpinan parti,gerakan atau persatuan anda. saya tidak menghalangnya. kalau anda mahu claim idea saya ni idea anda pun takpe... (tapi ade ke org nak claim ide budak kampung yg bodoh seperti saya ni sbg idea dia?) saya tidak pernah berniat untuk dapat apa2 faedah atau keuntungan dari bercerita pendirian saya. saya mengkaji,membina pendirian,merancang plan dan bertindak semata2 mahu Allah redha pada diri saya sbg hambaNya dan semoga dosa saya yang bertimbun banyaknya akan diampunkan Allah.

saya tidak ada apa2 kepentingan dalam hidup ini selain untuk mencari keredhaan allah semata2.

wasalam.

selamat berbuka.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://contengmfr.blogspot.com/
mfr



Jumlah posting : 295
Registration date : 06.05.07

PostSubyek: Re: DARI FORUM IPIJ: Apa Pemikiran Politik Kita   Fri Aug 01, 2008 5:40 pm

satu lagi,mungkin atas kelemahan saya sendiri maka forumer yg ada tidak dapat kenalpasti mana satu idea saya..mana satu penekanan dan penegasan saya..dan mana satu penjelasan saya.

saya karangkan sedikit panduan dalam menyemak mesej saya.

PANDUAN MENYEMAK MESEJ MANUSIA BODOH BERNAMA MFR:

Mfr telah memberi IDEA seperti berikut:

1)POLITIK TIDAK BOLEH MENDIRIKAN AD DIN, TETAPI POLITIK BOLEH DIBAWA KEPADA AD DIN.

2)MUSYAWARAH DAN UKHUWAH PERLU DITITIKBERATKAN DAN BUKAN BERSAING SESAMA SENDIRI MENGEJAR UNTUK MENJADI PEMIMPIN DALAM MENYELESAIKAN MASALAH UMAT DAN MENGUATKAN UMAT.

3)MEMBAWA POLITIK KEPADA AD DIN IALAH DENGAN CARA BERDAKWAH DAN BUKAN MENYEBARKAN KEBENCIAN DAN KUTUK MENGUTUK SESAMA SENDIRI.

4)BERJUANG DALAM POLITIK BUKAN DENGAN MEMFOKUSKAN KEPADA PENGAMBILALIHAN KUASA TETAPI MEMFOKUSKAN KEPADA USAHA MEMBAWA AD DIN KE DALAM POLITIK, (BERKAIT DENGAN IDEA 2 IAITU DENGAN MENITIKBERATKAN MUSYAWARAH DAN UKHUWAH DAN BERKAIT DENGAN IDEA 3 IAITU MENJADIKAN DAKWAH SEBAGAI METOD)

5) PERGABUNGAN DAN PENYATUAN ADALAH LEBIH UTAMA DALAM SITUASI POLITIK ZAMAN KINI.(maklumat tambahan:contohilah sikap ulama ahlus sunnah wal jamaah yang berlapang dada dalam khilaf perkara ranting,tetapi bersatu dalam akidah--ambil iktibar dari firman Allah dalam surah ali imran 103)

6)DALAM MUSYAWARAH,PERLU BAWA CADANGAN DAN NASIHAT JIKA KITA MEMPUNYAI KEPAKARAN DAN IDEA YANG LEBIH BAIK. KEPUTUSAN MUSYAWARAH MESTILAH BERPANDU KEPADA AL QURAN DAN SUNNAH,DAN MENERIMA DENGAN TAAT HASIL MUSYAWARAH YANG DIJALANKAN DENGAN ADIL.(idea ini saya cuma sempat tulis sekali lalu...tidak sempat nak kembangkan)

7)MENGGERAKKAN RENASSAINCE AD DIN SEBAGAI LANGKAH AWAL. (boleh baca selanjutnya apa yg saya katakan sebagai renassaince ad din)

7 idea di atas telah saya jelaskan dalam setiap mesej.jika anda menjumpai penjelasan idea tersebut maka itu ialah PENJELASAN.

manakala PENEKANAN dan PENEGASAN adalah apabila saya menyebut, "saya tekankan" atau "saya tegaskan" atau yang seumpamanya.

manakala,nasihat dan saranan apabila saya sebut "saya nasihatkan" atau "saya sarankan" atau yang seumpamanya.

saya tidak datangkan dalil al quran,hadis,atau kata2 ulama dalam menyokong idea saya KERANA SAYA TIDAK MENGIKUTI DISIPLIN ILMU MENTAFSIR,seperti saya tidak belajar bahasa arab yang membolehkan saya mentafsir karangan ulama dengan pemahaman yang tepat,saya cuma mampu baca terjemahan bahasa melayu atau bahasa inggeris.

saya juga tidak belajar ilmu2 yang diperlukan untuk mentafisr setiap ayat quran seperti ilmu nahu dan sebagainya.

saya juga tidak belajar ilmu2 yang diperlukan untuk mentafsir hadis.

OLEH ITU,SAYA TIDAK MENAMPILKAN AYAT QURAN,HADIS ATAU KATA2 ULAMA KERANA SAYA KHUATIR SAYA AKAN TERJEBAK DALAM MEMPERALATKAN AYAT QURAN,HADIS ATAU KATA2 ULAMA DALAM MENYOKONG IDEA SAYA.

AKAN TETAPI,SAYA MENGKAJI,MEMBINA PENDIRIAN,IDEA DAN PLAN SEBOLEH-BOLEHNYA UNTUK MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH,MAKA SAYA JADIKAN AL QURAN,HADIS,DAN AJARAN ULAMA YANG DIAJARKAN KEPADA SAYA OLEH GURU-GURU SAYA,DIBANTU JUGA OLEH SAHABAT2 SAYA YANG LEBIH ARIF DALAM ILMU AGAMA UNTUK MENASIHATI SAYA SEBAGAI PANDUAN,MAKA IDEA YANG SAYA KEMUKAKAN DI SINI ADALAH SELEPAS MENJALANI PROSES DIDIKAN DAN NASIHAT,KEMUDIAN SAYA MENGADUNKANNYA DENGAN PEMIKIRAN SAYA DALAM PROSES BERFIKIR,MERANCANG DAN MENIMBANG.

DAN SEKIRANYA ANDA MELIHAT IDEA SAYA INI SESAT,TIDAK SESUAI DENGAN ASPIRASI MANA2 ULAMA,BERCANGGAH DENGAN AJARAN ISLAM,TIDAK MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W,MAKA TEGURLAH DAN NASIHATLAH,INSYAALLAH SAYA AKAN PERBAIKI,TAPI HARUS DIINGAT BAHAWA JIKA IDEA INI BURUK,BUKAN AJARAN ULAMA YANG BURUK, BUKAN DIDIKAN GURU SAYA BURUK,BUKAN SAHABAT2 SAYA YG BURUK, BUKAN ISLAM YANG CUBA SAYA TEGAKKAN YANG BURUK,BUKAN RASULULLAH YANG BURUK...YANG BURUK ITU IALAH IDEA SAYA SENDIRI,YANG BURUK ITU IALAH KAJIAN SAYA SENDIRI,YANG BURUK ITU IALAH KEFAHAMAN SAYA SENDIRI,YANG BURUK ITU IALAH DIRI SAYA SENDIRI.

tamat panduan.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://contengmfr.blogspot.com/
mfr



Jumlah posting : 295
Registration date : 06.05.07

PostSubyek: Re: DARI FORUM IPIJ: Apa Pemikiran Politik Kita   Fri Aug 01, 2008 5:41 pm

saya komen sedikit saja dulu... saya sentuh bab yg saudara tidak sependapat dgn saya.

syahid zul wrote:
Quote:


Saya masih gagal memahami,mengapakah dimata MFR masih kelihatan seolah2 daie yg terjun kedalam p/raya itu sebagai hanya sekadar ingin bersaing utk menjadi pemimpin.Entah berapa kali saya tegasnya bahayanya sikap buruk sangka.Sedangkan daie yg terjun kemedan p/raya ada diantara mereka masih berumahkan papan,hidup dikampung2,ikhlas dalam menjalankan rutin kuliah agama mingguan dan sebagainya.
Renungkan kata2 syed Qutb "Kita akan merasakan sempit dada jika kita merasakan bahawa kitalah yang memulakan dakwah ini,tetapi kita akan merasakan lapang dada jika meyakini bahawa kita adalah orang yang menyambungkan tugas dakwah dari org yg terdahulu dari kita dan akan ada orang yg akan menyambung tugas ini selepas dari kita.



org yg masuk pilihanraya niatnya tentu ingin menjadi pemimpin,kerana pilihanraya yg biasa... calon dikehendaki merayu pengundi mengundi samada dirinya atau partinya. jika calon seorang zuhud pun,dan hanya bekerja untuk parti, tujuannya tetap mahu menjadikan partinya pemimpin.

ertinya jika ada dua parti maka dua parti itu dikehendaki bersaing untuk mendapatkan undi rakyat. inilah sistem pilihanraya yg ditawarkan oleh pihak barat.

walaupun saya tidak meletakkan hukum haram,dan saya serah bulat2 kepada para ulama untuk meletakkan hukum bersaing dalam pilihanraya sesama muslim,namun saya tetap merasakan jalan yg ditunjukkan oleh rasulullah dgn kaedah menyatukan umat islam di bawah satu panji..(aus dan khazraj,muhajirin dan ansar) sebagai petanda bahawa kekuatan itu berada dalam penyatuan,dan byk skali hadis menyebut kisah bagaimana rasulullah menyuruh taat pada pemimpin yg dipilih walaupun yg memimpin itu ialah seorang hamba (ada hadis yg saya telah petik sebelum ini),ertinya tidak bersaing2 mengejar menjadi pemimpin.

Allah s.w.t juga berfirman dalam al quran (yg saya telah petik sebelum ni) bagaimana Allah memerintahkan kita semua jgn bercerai berai dan bersatu di tali Allah.

Dr.Asri juga bersetuju bahawa jawatan pemimpin bukan untuk diminta-minta.

ada kaedah yg lebih baik dari bersaing dalam pilihanraya. cuma resam ahli politik tidak mahu mementingkan agama lebih dari politik. jika mementingkan agama lebih dari politik,maka pemimpin yg menyeru supaya kita jgn berpecah dan bercerai berai,jgn berkelahi,jgn bergaduh,jgn kutuk mengutuk, maka bersatulah pada pemimpin itu dan jika benar pemimpin tu mengotakan kata2nya maka musyawarah boleh dijalankan dgn baik. jika pemimpin itu benar2 cintakan agama maka tentunya dia tidak akan bertindak di luar saranan al quran dan sunnah.jika dia mengikut telunjuk al quran dan sunnah,maka tentu sekali dia akan taat pada dakwah islamiyah. jika dia jahil tapi beriman,maka ajarkanlah dia jalan kebenaran. ulama2 silam banyak menasihatkan pemimpin. pemimpin yg jahat akan memenjarakan ulama itu. pemimpin yg baik akan mendengar nasihat dan dakwah ulama itu dan bertindak membaiki diri.

namun jika kedua2 pihak yg bersaing tidak berhenti bersaing dan cuma mahu menangkan diri sendiri,sampai bila umat islam tidak akan kuat.

sudahlah yg di atas bersaing2. yg di bawah (rakyat jelata atau remaja khususnya) pula terbiar makin jauh dari nilai islam.

sebab tu saya nampak musyawarah yg dianjurkan oleh islam adalah jalan terbaik tuk kita ketepikan perbezaan dan bersatu dalam pegangan kita yg satu iaitu islam. dengan itu para pemimpin boleh bekerjasama,bahu membahu,bertukar2 kepakaran tuk membantu rakyat di bawah yg sudah melarat.

Quote:

Ada beberapa ketika dahwah sahaja tidak mampu menegakkan apa2.Ingin saya membawa MFR kepada sirah,mengapakah rasulullah perlu berhijrah kemadinah dan membina kekuatan politik dimadinah dan kemudian barulah baginda balik semula ke mekah.Mengapa baginda tidak terus berada dimekah??Ini kerana dakwah baginda tidak lagi dibenarkan berkembang dimekah (dipulau,diugut,dan sbg).Pada ketika itu rasulullah melihat ummat islam tiada kekuatan politik utk menghadapi puak quraisy yg lebih kuat.Agama islam ketika tiada pelindung dan pengawas.Kerana itu rasulullah pergi ke madinah mendapatkan kuasa(yg benar tulen dan bebas utk melaksanakan islam) kemudian pulang ketanah air utk membebaskan makkah dr cengkaman jahiliah.



saya tak bersetuju. dakwah adalah segala-galanya. org yg berdakwah (amar makruf nahi mungkar) berada pada kedudukan yg istimewa di sisi Allah.

boleh baca ayat quran. kalau nampak ayat amar makruf nahi mungkar,bacalah dan renung betul2. di manakah letaknya dakwah dalam islam.

dakwah adalah segala-galanya.

boleh rujuk mereka yg lebih pakar tuk menghuraikan. saya ni tidak ada tauliah.

bahkan,saya cukup tak gemar bila saudara bercerita sirah style macam tu... saya pernah baca buku orientalis,mereka sering buat kenyataan seperti di atas. mirip lebih kurang sama.

ayat itu bahaya. tapi saya sangka baik dgn saudara.

saya tak bersetuju sebab rasulullah berhijrah ke madinah di sebabkan mahu dapatkan kuasa politik dan seolah-olah sudah merancang untuk mendapatkan mekah pula.

sebab utama rasulullah berhijrah ialah kerana wahyu atau perintah Allah.

saya percaya dan yakin, rasulullah kalau ikutkan mahu terus berdakwah pada org kafir mekah,tapi saya akui bahawa rasulullah tidak tahan melihat umat islam terseksa.

tapi rasulullah tidak takut diseksa. umatnya terseksa rasulullah tak sanggup,sememangnya sebelum berhijrah ke madinah rasulullah telah memerintahkan umat islam berhijrah ke habsyah,bukti rasulullah tak mahu umat islam diancam bahaya.

tapi rasulullah tidak pernah merancang nak dapatkan kuasa politik di madinah atau sebagainya. saya yakin semua itu tidak pernah dirancang rasulullah. tapi yg merancangnya ialah Allah.

Allah yg memerintahkan rasulullah berhijrah.

dan Allah juga yg memerintahkan rasulullah masuk ke mekah.

semuanya adalah perancangan Allah. rasulullah tidak pernah terniat mahu dapat kuasa politik. yang rasulullah mahu cuma umatnya menyembah Allah.

ohh.. saya rasa saya tak bole terus bercerita soal ini. saya serahkan kembali pada para yg lebih arif tuk menerangkan sebab2 rasulullah berhijrah dan masuk ke mekah.

andai saya silap..maka kesilapan itu adalah atas saya sendiri. moga Allah mengampuni saya.

Quote:

Bahkah daie yg terjun kemedan politik matlamat mereka adalah sama dgn mana2 gerakan islam yg lain.Berbaik sangkalah terhadap mereka jika kita tidak "kenal" mereka betul2.



saya amat suka dan gembira dengan kalimah bebrbaik sangka ini.

tapi sepanjang saya muzakarah dgn suatu pihak itu,mereka tidak lain asyik berburuk sangka,malah memandang idea pergabungan saya sebagai suatu yg sia-sia.

malah,sikap buruk sangka ini menjadi2 sampai perbuatan yg baik yg dilaksanakan oleh pihak yg tidak disenangi mereka telah disangka ada udang di sebalik batu.

tetapi jika tindakan ada udang di sebalik batu yg dijalankan oleh pihak yg bertelagah,maka mereka akan pergi menyendeng di sebelah pihak. dan apabila ahli mereka sendiri persoalkan..maka pimpinan pun menjawab.."strategi..strategi.."

saya tidak mahu memanjangkan isu itu lagi. muzakarah yg panjang berjela saya dengan salah seorg ahli mereka dulu sudah cukup menginsafkan saya bahawa mereka tidak akan mengadakan musyawarah atau bergabung.

yg mereka mahu dengar ialah "tukar perlembagaan kepada al quran dan sunnah dulu" atau "laksanakan hudud dulu".

padahal jika bergabung... 2/3 parlimen mampu dikuasai oleh org islam... dan perlembagaan atau hudud bisa saja untuk dijalankan.

tapi mereka lebih suka bersaing.. nak tawan satu2 negeri dulu. org bukan islam yg rakyat di bawah mereka kuat2 belaka menunggu masa saja org islam yg memerintah itu kecil kerusi di parlimen... bila sudah kecil...maka tuntutan mereka akan lebih kuat.

huhu..saya rasa sampai sini saja saya boleh merapu tentang dunia politik yg merapu ini.

kepada kedua2 parti yg bersaing... sampaikan salam saya pada pimpinan parti anda dengan ucapan..."lebanon dh kena serang,amerika dh kasi senjata kat israel,bila lagi kita nak bersatu? selamat berbuka"

Quote:

Realiti politik dimalaysia,pengabungan seakan2 mustahil.Kerana pada tahun 1970 selepas peristiwa 13 mei,parti islam bergabung dgn pemerintah diatas semangat ukhwah dan kepentingan org melayu islam di malaysia.Tetapi selepas itu parti tersebut dibuang dari pemerintah kerana niat sebenar pemerintah hanyalah utk mengukuhkan kerajaan dan bukan atas semnagat ukhwah seislam.Sejarah ini juga membuktikan jalanan nasionalime dan islam tidak mungkin akan seiring.Pengabungan jemaah2 islam dimalaysia pula sedang berlaku.Banyak perkara yang berlaku dimalaysia cthnya kes murtad,penghiaan terhadap rasulullah telah mengerakkan jemaah2 tadi senada dalam gerak kerja dakwah.Tetapi harus juga diingat,berbeza tempat berpijak xsemestinya berbeza fikrah.Seperti ipij dan amir,tempat berpijak yg berbeza tetapi fikrah dan matlamat tidak pernah berubah.Banyaknya jemaah tidak pernah dianggap sebagai perpecahan tetapi dilihat sebagai kepelbagaian dimata mereka yg berlapang dada



2006-1970=36 tahun.

2020-2006=14 tahun

2020-1970=50 tahun!!!!

lihatlah... generasi yg berselisih dulu adalah generasi tua yg sekarang ini sudah tua sgt... kemudian adalah menjadi kebodohan kepada generasi muda iaitu generasi yg tidak lahir pun lagi pada era perselisihan itu untuk meneruskan tradisi nyanyuk org tua kita?? maafkan saya pakcik... jika pakcik lebih suka gaduh maka pakcik sudah nyanyuk.. bukan saya tak hormat pakcik2 sekalian, tapi saya nak sindir org2 muda ni pakcik... org2 muda ni mase kecik dok sama main bola kat padang.. suka dan duka mengharungi bersama... tapi bila dh jd nak dewasa ni..ntah apa maslahnya.. mereka lebih gemar untuk meneruskan pertelingkahan bapak2 mereka... padahal Allah s.w.t. mengurniakan mereka al quran yang dalam nya ada seruan jgn bercerai berai.. nak watpa kita ikut bapak2 kita yg gaduh2... dalam quran pun suruh kita jd pendamai... siapa yg mahu menggerakkan perdamaian? siapa lagi kalau bukan kita!!! kita yg muda2 yg belum nyanyuk ni lah yg perlu mencari jalan perdamaian...

tp sebab org politik ni nak kejar kemenangan pilihanraya tersangat2... maka jd lah mereka pemuda2 yg menyanjung org2 tua yg bergaduh2... chitttt... tak guna punya org muda...

kalau camni.. kita kena tunggu lahir generasi lain lah pulak..generasi pemuda hari ni lebih suka teruskan tradisi gaduh2..dan tanak cetuskan gelombang perdamaian dan pergabungan..

hmm..hari ni 6/10 2006...kalau ada bayi lahir lepas malam ni sampailah tahun...2027..haaaa bayi tu dah umo 21 tahun mase tu... harap2 bayi tu jadilah pencetus kepada gelombang pembaharuan... kesianlah pulak bayi tu kalau dia sorg2 je cakap psl pergabungan tapi bayi2 yg lain semua nya kata.."susah..susah nak gabung..hampir mustahil.."

entah kebodohan apa yg melanda tujuh keturunan melayu ni pun tak taulah... nak kata sumpah mahsuri..sumpah mahsuri dah pun tamat rasanya..hoho...

(sengaja saya karangkan jawapan satira..sebab saya dah penat nak jelaskan dgn baik..org akan terus fikir negatif.. saya serahkan pada ulama lah tuk menerangkan ilmu dlm quran dan betapa kita perlu bersatu di zaman ini..saya tak mengikuti disiplin ilmu quran dan hadis).

UCAPAN TIDAK FORMAL BUAT SYAHID ZUL SECARA TERBUKA

woooshhh sahabat... penat kita bersembang... aku nak buat sesi tak formal la ngan hang zul... nak panggil ape..zul ke..

huhhhuhh..

kita dah umo 21 taun zul... dh layak mengundi... adakah kita mahu membiarkan masyarakat kita berpecah dan yg lainnya hanyut dibuai dgn arus dunia..tidak mahu bukan?

oleh itu andai ditakdirkan kita berjumpa lagi dalam era kedewasaan..ingatlah pesanan aku ni zul... jgn lupa impian kita iaitu kita mahu bergabung dan bersatu.. biar jd satu umat yg kuat...

kalau aku panjang umo lah... kalo aku mati dulu... ko truskanlah dgn impian itu dan berusahalah sedaya upaya... umat islam menunggu pemuda2 yg berhati waja yg teguh dgn ajaran islam supaya dapat membawa perubahan...

dh ramai umat islam menangis zul... dh ramai sgt... seolah2 barat dan kafir dah menang...

mereka belum menang zul...belum menang... kau masih ada tuk berjuang... pemuda2 lain yg baca forum IPIJ ni pun masih ada ... masih ada org2 muda yg tahu dan faham bahawa mereka perlu lakukan sesuatu supaya umat islam tidak trus lemah..

zul... ayuh zul... kita bukak lembaran baru dunia hari ini... yakinlah Allah akan bersama kita selagi kita menjadi umat yg bersatu,berkasih sayang sesama islam,berbaik sangka dan berlapang dada, ayuh bina KEKUATAN UMAT!!!

(ops tersemboq air liuq) okes nasi aku pun dah masak zul... kesian aku..td lauk dh ada..nasi pulak dah abes..tu yg kena masak nasik dulu tu... alhamdulillah..taip punya taip..nasi pun dh masak.. aku gi makan dulu..kang nak teraweh..

(adakah dialog di atas adalah dikira "politik" juga? huhuhh politik kan luas..tapi susah lah kalau semuanya nak dikira sbg politik... kan lebih best kalo dikira sebagai "sembang-sembang persahabatan"...)

maaf kerana respon kali ini dalam bentuk yg lain..saja nak tukar angin..sbb tak minat nak ulang hujah yg sama.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://contengmfr.blogspot.com/
Sponsored content




PostSubyek: Re: DARI FORUM IPIJ: Apa Pemikiran Politik Kita   Today at 1:52 pm

Kembali Ke Atas Go down
 
DARI FORUM IPIJ: Apa Pemikiran Politik Kita
Topik sebelumnya Topik selanjutnya Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1
 Similar topics
-
» kedewasaan seseorang tidak di ukur dari usia
» Kenangan kita berdua
» 3 Hal Yang Diinginkan Suami dari Istrinya
» Kepribadian dilihat dari Payudara
» Makna Ciuman dari Sisi Ilmiah

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
MFR STUDIO :: ARKIB-
Navigasi: