MFR STUDIO

studio puitis jalanan
 
IndeksFAQPencarianPendaftaranAnggotaGroupLogin

Share | 
 

 BENARKAH WUJUD NEGARA PALESTIN?

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Go down 
PengirimMessage
mfr



Jumlah posting : 295
Registration date : 06.05.07

PostSubyek: BENARKAH WUJUD NEGARA PALESTIN?   Fri Mar 20, 2009 3:31 pm

Rancangan Sudut Pandang di Astro Awani amat baik untuk dijadikan antara cermin kefahaman pemimpin Melayu akan masalah Palestin. Hishamuddin Rais cuba menampakkan dirinya sebagai intelektual yang faham masalah itu dengan sangat mendalam dengan merujuk masalah Palestin sebagai masalah melibatkan sejarah seawal 1917.Namun beliau menyebut dengan jelas, bahawa apa yang beliau faham, perjuangan Palestin adalah perjuangan Nasionalisme untuk mendapatkan sebuah negara berdaulat.

YB Tajuddin dari Pasir Salak pula cuba untuk melontarkan idea untuk jalan keluar dari persoalan Gaza, dengan mengemukakan 2 solusi, pertama gencatan senjata seberapa segera untuk membawa masuk bantuan kemanusiaan dan kedua, peningkatan kekuatan pertahanan negara-negara Islam. Idea YB ini lebih konkrit dari idea Hishamuddin Rais yang menyebut dengan jelas, jalan keluar untuk menamatkan konflik Palestin adalah "pendemokrasian negara-negara Islam".

Dua kalimah, "Nasionalisme" dan "pendemokrasian negara Islam" dari Hishamuddin Rais memang gambaran yang cukup baik betapa masih ada ramai yang tidak tahu apakah benar wujud negara bernama Palestin? Sehingga berhempas pulas mereka menyebut rakyat Palestin berjuang untuk mendapatkan semula negara Palestin yang berdaulat.

Sebelum saya pergi lebih jauh ingin saya maklumkan akan pendirian diri saya memandang apa itu perjuangan orang-orang Palestin, mungkin ada orang-orang Palestin sendiri tak faham apa yang sepatutnya mereka perjuangkan. Saya berpendirian tanah orang-orang Palestin yang dirampas oleh Bani Israel itu adalah tanah umat Islam yang haram dicerobohi musuh, dan wajib dipertahankan umat. Dan tanah yang sama berada di seluruh dunia di mana saja komuniti muslim bermastautin bermasyarakat dan berjemaah yang taraf perjuangannya sama iaitu Perjuangan Mempertahan Harta Umat.Ini bertepatan dengan konsep maqasid syariah yang dibawa oleh Imam al-Syatibi yang sinonim dengan ilmu itu menggariskan lima perkara asas yang perlu dijaga iaitu agama, jiwa, akal, keturunan dan harta. Dan kita tahu kewajipan mempertahankan tanah umat Islam dari dicerobohi musuh dengan seruan jihad.

Apa yang berbeza antara "perjuangan mendapatkan negara berdaulat Palestin" dengan "perjuangan mempertahankan harta umat"? Tentunya siapa yang cekap membaca dapat menangkap yang membezakan kedua-dua perjuangan itu pada kalimah "Palestin" dan kalimah "Umat". Satu hanya meletakkan perjuangan di bahu "Palestin", dan satu lagi meletakkan pada setiap bahu "Umat" yang mengaku Muslim.

Hal ini jelas meletakkan kekeliruan berterusan dan berpanjangan pada generasi umat Islam zaman ini, dengan "pencerobohan" bukan saja berlaku di tanah Palestin, tetapi juga berlaku di Iraq, Afghanistan, Chechnya,Kashmir dan banyak lagi,yang hanya membuatkan kita memandang episod pencerobohan tanah umat Islam sebagai episod perjuangan nasionalisme untuk membebaskan negara dari penjajah atau penceroboh dan impian mendapat sebuah negara merdeka. Disebabkan itulah umat Islam tidak berasa bertanggungjawab untuk mempertahankan tanah-tanah yang dicerobohi ini, kerana mereka merasakan itu adalah tanggungjawab "rakyat negara" itu sendiri saja.

Gila memang gila. Siapa yang meletakkan kenegaraan seorang manusia, kalau bukan manusia sendiri. Allah s.w.t tidak pernah meletakkan orang-orang mukmin yang bersaudara itu sebagai manusia-manusia yang punya tanggungjawab berasingan mengikut negara. Ini cerita kartun manusia yang mencipta watak-watak negara dan membahagikan beban-beban dan ujian umat kepada kenegaraan yang merupakan sistem kartun lagi fantasi. Seluruh dunia ini adalah dunia Allah s.w.t. Sebab itu Khalifah Umar r.a meluaskan wilayah yang bernaung di bawah pemerintahan Khalifah. Jika dunia ini sistem bernegara itu wujud sebagai sistem mutlak, maka untuk apa Khalifah Umar r.a mahu menghantar pasukan-pasukan perang bagi menentang pemerintah-pemerintah bernegara yang menolak untuk menerima Islam. Ini disebabkan tanah-tanah di dunia ini milik Allah, dan menjadi kewajipan umat islam berdakwah menyeru manusia-manusia untuk beriman kepada Allah seterusnya bernaung di bawah Khalifah umat.

Dan inilah sindrom kebodohan yang menguasai umat setelah khilafah terakhir umat , khilafah uthmaniyyah jatuh dan imperialisme barat menguasai wilayah itu sebelum tanah-tanah umat Islam ini dibahagi seumpama hidangan di atas pinggan lalu wujudlah kemudiannya "negara bangsa" atau "nation state".

Dan siapakah yang mereka-reka cerita kartun bahawa tanah umat Islam di sekitar Baitulmaqdis itu adalah negara Palestin? Tidak lain tidak bukan, nama Palestin yang merujuk sebagai "negara" itu dibuat oleh British bersama Perancis dalam Anglo-French Declaration yang membahagikan tanah-tanah Mesopotamia dari Turki Uthmaniyyah atas kekalahan perangnya pada 1918.Dan apakah itu negara Palestin yang dimaksudkan British sebelum itu, dijawab dalam Balfour Declaration 1917 sebagai "view with favour the establishment in Palestine of a national home for the Jewish people" .

Dan semangat zionisme yang mengiringi pemimpin yahudi British James Balfour itu merujuk peta yang disebut sebagai zaman Hebrew Bible pada 830 sebelum masihi yang menunjukkan wilayah Israel sebagai Kingdom of Israel, bersekali dengan kingdom yang lain ,Judah,Edom,Moab,Ammon,dan Aram-Damascus. Dan tahukah anda besar manakah bumi yang bernama Palestin ketika itu? Itulah dia tanah yang bernama Philistine yang hanya melibatkan wilayah sekitar Gaza. Sekarang, anda mahu negara Palestin atau mahu semua tanah umat Islam dibebaskan dari penceroboh termasuk Iraq, Afghanistan, Chechnya,Kashmir dan seluruh dunia Islam yang terpecah-pecah dalam bentuk nasionalisme masing-masing sebagai negara bangsa ciptaan musuh?

Ketahuilah hakikat sindrom nasionalisme inilah yang menafikan hakikat umat islam bersaudara dan sebagai sebuah binaan. Atas kerana nasionalisme inilah kita mengangkat perbezaan yang Allah jadikan untuk kita taaruf supaya boleh mengenali diri atas kelemahan dan kekuatan untuk saling melengkapi. Yang perlu diangkat adalah nilai taqwa. Jika taqwa menjadi titik puncak impian untuk kita kejar, maka di situlah kita akan melihat kita hanya hamba yang lemah, kita perlu menjadi mukmin, kita perlu bersaudara sesama kita, kasih mengasihi, dan berkeras dengan kafirun yang memusuhi, dan di situlah wujudnya semangat Perluasan Empayar Islam yang membebaskan bumi Palestin dari jajahan Rom oleh Khalifah Umar r.a.

Dan kita tahu bumi Palestin tak pernah wujud sebagai sebuah negara seperti yang difahami hari ini. Sejak pembebasan dari Rom, Palestin bernaung bawah pemerintahan empat kerajaan islam, kerajaan Khalifah arRashidin, kerajaan Umayyah, kerajaan Abbasiah, dan kerajaan Fatimiyah. Selepas itu bumi itu ditakluk tentera Salib, seterusnya dibebaskan oleh kerajaan Mamluk,dan berada di bawah Uthmaniyyah ketika kebangkitan khilafah itu.

Hari ini apabila berbicara mengenai mendapatkan "negara Palestin" ada pula pemimpin muslim yang menandatangani wilayah 1967 pembahagian Israel-Palestin, dan ada pula sibuk mahukan wilayah 1947,padahal mereka tak sedarkah wilayah baki yang dipanggil Israel samaada tahun 1948 atau 1967 semuanya adalah tanah umat islam yang diceroboh yang wajib dipertahankan bukan diberimilik pada musuh.

Pada 1947, fatwa Al-Azhar menyatakan haram membahagikan tanah antara Arab dan Yahudi di Palestin dan haram mengiktiraf kewujudan negara Israel di Palestin. Pada 1956 fatwa Syaikhul Azhar dan Mufti Mesir ketika itu, al-Imam al-Akbar al-Syaikh Hassan Makmum menyatakan menjadi fardu ain ke atas Muslimin semua untuk membebaskan bumi Palestin kerana Islam tidak mengenal persempadanan antara negara.



Dan kita tahu kerajaan Uthmaniyyah melebar wilayahnya meliputi Eropah, Asia dan Afrika. Dan kita juga tahu peperangan-peperangan antara Uthmaniyyah dan para pencari kuasa di wilayah-wilayah itu semuanya bersindromkan "nasionalisme" dengan merasakan diri mereka sebagai "nation" atau bangsa yang tidak serupa dengan Turki Uthmaniyyah membuatkan mereka mahu wilayah mereka berdiri sendiri dengan wilayah untuk kaum mereka (nation state). Dan selepas imperialisme barat ke atas wilayah-wilayah umat Islam ini, barat menghadiahkan "demokrasi" supaya tiada lagi kecintaan pada "khilafah" untuk bangsa-bangsa ini.

Ranumnya "demokrasi" atas kalimah "kuasa rakyat" atau "power of the people" akan sentiasa membuatkan manusia-manusia yang Allah jadikan bersuku puak (berbangsa-bangsa) ini akan berbangga dengan bangsa seterusnya negara bangsa mereka. Inilah yang dinamakan semangat kebangsaan atau "nasionalisme". Dan atas nilai ini, walaupun seorang manusia itu memanggil dirinya muslim, sampai bila-bilapun mereka tak akan ada sifat bersaudara sesama muslim (ikhwanul muslimin) jika nasionalisme sangat menebal. Ingatlah kata-kata Kamal Attarturk ketika menjatuhkan khilafah terakhir di bumi Turki, mahu "menjadikan Turki sebagai negara demokrasi".Sehingga Mustafa Kamal itu mengubah azan dalam bahasa Turki untuk meletakkan semangat Nasionalisme dan kebanggaan menjadi seorang Turki lebih daripada menjadi seorang Muslim.

Hari ini kita mendengar ungkapan "bangla", "indon","pak arab" sebagai manifestasi sindiran ke atas bangsa menjarakkan lagi perasaan sayang pada saudara muslim di bangladesh, indonesia atau negara arab. Malah ungkapan "melayu layu", "jawa totok", atau "mamak" juga kini mula didendang supaya ungkapan "anak malaysia" menjadi kuat. Padahal ungkapan "saya muslim" atau "I'm muslim" itulah yang menyatukan manusia-manusia beriman seluruh dunia.

Kesimpulannya, marilah kita berbangga sebagai muslim, marilah kita sayang sesama muslim, marilah kita menitikberatkan maqasid syariah atas peliharaan 5 asas yang perlu dijaga untuk umat, agama, jiwa, akal,keturunan dan harta. Marilah kita merasakan seluruh harta umat menjadi tanggungjawab umat untuk menjaganya, sepertimana agama umat (islam) menjadi tanggungjawab seluruh umat menjaganya. Marilah kita merasakan seluruh wilayah umat Islam adalah tanah-tanah umat islam keseluruhannya. Marilah kita runtuhkan benteng kebangsaan kerana kita umat islam seluruhnya adalah SATU binaan bukan dua,tiga atau berpecah-pecah. Marilah kita hancurkan cerita-cerita kartun yang cuba ditanam oleh para musuh bahawa nasionalisme itu suci, demokrasi itu agung. Marilah kita kembang dan sebarkan bahawa iman itu terasnya, ukhuwwah itu penyatunya, taqwa itu titikpuncaknya, dan syariah itu sistem yang sebetulnya bukan lain-lain ideologi.

Hanya atas kefahaman ini, idea Pakatan Tentera Islam (1|2|3)baru boleh terlaksana.Bukan boikot,bukan demonstrasi tapi hanya dengan Pakatan Tentera Islam boleh menghentikan kemaraan tentera Israel sebagaimana contoh yang ditunjukkan Rasulullah s.a.w membentuk angkatan tentera Badar yang menyatukan orang-orang beriman dari bermacam kabilah untuk menentang musuh. Biar sedikit pun tak apa, jika yang beriman sudah tinggal sedikit di dunia, tapi berpakat itu penting dan kewajipan menyediakan pertahanan buat umat itu juga penting seperti yang disebut dalam surah al-Anfal ayat 60:



Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dianiaya.

baca juga: http://maqasid-syariah.blogspot.com/2009/01/palestin-hadisquranfatwafakta-sejarah.html
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://contengmfr.blogspot.com/
 
BENARKAH WUJUD NEGARA PALESTIN?
Topik sebelumnya Topik selanjutnya Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1
 Similar topics
-
» UUD NEGARA REPUBLIK CINTA TAHUN 2009
» 10 Negara dengan Jumlah Perokok TerTinggi di Dunia
» KATA SYUKUR!!!
» WARNA WARNI PERNIKAHAN CAMPURAN
» 7 Perlengkapan Salon Yang Wajib Dimiliki di Rumah

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
MFR STUDIO :: ARKIB-
Navigasi: