MFR STUDIO

studio puitis jalanan
 
IndeksFAQPencarianPendaftaranAnggotaGroupLogin
Share | 
 

 Konflik Nilai Antara Etnik Kaum Di Malaysia

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Go down 
PengirimMessage
Hero Senget



Jumlah posting: 36
Registration date: 06.05.07

PostSubyek: Konflik Nilai Antara Etnik Kaum Di Malaysia   Sun May 06, 2007 4:47 pm

Pencerobohan British di negeri-negeri Melayu bertujuan mengeksploitasi segala sumber kekayaan yang ada seperti di Perak kaya bijih timah dan Pahang emas. Semuanya ini untuk memenuhi keperluan perkembangan revolusi perindusrtian di Eropah. Dalam masa yang sama perkembangan ini telah membawa bersama banyak kesan.

Pencerobohan British di negeri-negeri Melayu bertujuan mengeksploitasi segala sumber kekayaan yang ada seperti di Perak kaya bijih timah dan Pahang emas. Semuanya ini untuk memenuhi keperluan perkembangan revolusi perindusrtian di Eropah. Dalam masa yang sama perkembangan ini telah membawa bersama kedatangan orang Cina dan India bekerja sebagai buruh murah dalam perlombongan bijih timah, perladangan getah, lada hitam, pembinaan jalanraya dan keretapi. Walaupun ada diantara mereka yang kembali semula ke negeri masing-masing tetapi kebanyakkan mereka memilih untuk tinggal menetap di Negeri Melayu.

Banci pada tahun 1901 menunjukkan terdapat 58 211 orang India, 299 739 Cina dan banci pada tahun 1911 menunjukkan bilangan mereka semakin bertambah , orang India seramai 172 465 dan Cina 433 244. Keadaan ini mewujudkan bentuk masyarat berbilang bangsa di Negeri Melayu iaitu Melayu, Cina dan India yang mempunyai perbezaan samasekali dalam kebudayaannya, bahasa, cara hidup, sosial dan politiknya. Perbezaan ini menyebabkan adanya konflik nilai dari aspek kepercayaan , hak kelahiran , politik, ekonomi, pendidikan,dan sosial di antara kaum ini di Malaysia.

Faktor membentuk keadaan konflik ini adalah kesan dari strategi pencerobohan British di Negeri Melayu iaitu meletakkan semua kaum ini di dalam kedudukan ekonomi, tempat tinggal, pendidikan yang berbeza-beza sehingga berlanjutan membentuk jurang yang amat ketara diantara kaum ini terutama dalam bidang ekonomi yang banyak mempengaruhi dari segala aspek kehidupan kaum ini di Negeri Melayu.

Konflik timbul apabila Pembesar Melayu tidak lagi memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi Negeri Melayu sebaliknya Imigran Cina dan India menguasainya terutama di negeri selat. Pada asalnya pembesar menguasai ekonomi di Negeri Melayu dan mengamalkan konsep hamba iaitu orang Melayu dikerah tanpa membayar gaji . Pencerobohan British melalui Perjanjian Pangkor 1874 mengubah suasana ini dan ianya merupakan tarikh Orang Melayu kehilangan kekuasaan, kehilangan keperibadian dan kehilangan kudrat untuk menentukan masa depan dan Negeri Melayu.

Sekarang Pembesar menjadi tuan tanah mendapat keuntungan dengan memajakkan tanahnya kepada imigran Cina di bawah seorang kapitan untuk diusahakan serta mengawal dan mengurus tanah yang dipajakkan kepadanya. Suasana ini merenggangkan lagi hubungan imigran dengan pembesar sebaliknya menguatkan pula hubungan orang Cina dengan ketuanya. Kuasa tidak lagi berada di bawah pembesar sebaliknya kuasa di bawah kapitan mereka sendiri. Didapati suara orang asing ini lebih berkuasa berbanding pembesar Melayu. Contohnya Pedagang Cina di Pulau Pinang seolah mempunyai kuasa untuk membina dunia mereka sendiri dan mendapat kebebasan untuk melantik kapitan mereka dan menjalankan perdagangan mengikut kehendak mereka tanpa campurtangan daripada pihak kerajaan. Ini bermakna imigran ini tidak lagi bernaung di bawah penguasaan raja atau pembesar Melayu sebaliknya mereka menjadi rakyat British di negeri Melayu ini. Sebab itulah mereka berani menyuarakan hak untuk menjadi warganegara di negeri melayu kerana beranggapan negeri ini milik British dan mereka sebahagian dari rakyat British. Manakala Orang melayu pula masih terus tinggal dalam kapsul masa patuh pada daulat raja dan melakukan kerja-kerja tradisional seperti berkebun, bertani dan nelayan atau kerja sara diri di luar bandar.

Konflik juga timbul dalam aspek pendidikan . Keterlibatan imigran Cina dan India dalam ekonomi kapitalisme British di negeri-negeri selat menyebabkan mereka terdedah dengan banyak pembangunan fizikal dan pemikiran contohnya menceburi perdagangan , bersekolah Inggeris di bandar dan bekerja dalam jawatan yang tinggi. Sebaliknya Orang Melayu menetap di luarbandar dan meneruskan aktiviti tradisionalnya meyebabkan mereka ketinggalan dalam banyak bidang berbanding kaum imigran yang tinggal di bandar contohnya dalam pendidikan sekolah Inggeris. British menyedari memberi Pendidikan pada peribumi melayu akan hanya membangkitkan semangat kebangsaan dalam jiwa orang Melayu sepertimana pengalamanya di negeri India. Oleh sebab itu mereka menyediakannya sekadar melepaskan batuk di tangga iaitu menjadikan anak orang melayu pandai sedikit daripada kedua ibubapanya samada petani atau nelayan dan boleh bekerja sebagai peon, drebar dan jaga sahaja.

Realitinya orang Melayu yang terlibat dalam pendidikan Inggeris dan boleh mempunyai status tinggi hanya sedikit sahaja dan mereka terdiri daripada golongan elit yang tinggal di bandar khususnya di negeri selat apatahlagi halangan dari sultan dan pembesar menyebabkan ramai orang Melayu yang tinggal di desa tidak dapat sama sekali mengecapi pendidikan Inggeris ini berbanding imigran Cina dan India yang telah lama terdedah dengan bentuk pendidikan tersebut. Sepertimana angkuhnya Cemuhan Yamtuan Negeri Sembilan terhadap orang Melayu yang tinggal di desa ini:

Quote :
"I do not like the idea of the children of rajas and chiefs sitting in school side by side with the children of people who once our slaves".

Oleh kerana itu walaupun wujud institusi pendidikan seperti Penubuhan Maktab Melayu Kuala Kangsar ianya tidak mendatangkan sebarang faedah kepada orang Melayu yang tinggal di luar bandar yang dapat faedah ialah golongan aristokrat semata-mata.

Konflik kaum juga dapat dilihat apabila pada tahun 1945 dimana merupakan zaman kekosongan yang berkuasa adalah bintang tiga , kekejaman , pembunuhan telah berlaku amat dasyat contohnya berlaku kira-kira 67 peristiwa pembunuhan . Sejarah hubungan antara negeri Jepun dan China sejak tahun 1937 memburukkan lagi keadaan di negeri melayu dimana tentangan orang Cina terhadap Jepun merupakan lanjutan politik di negeri China bukannya rasa taat setia kepada tanah melayu. Oleh kerana itu Pengambilan orang melayu sebagai tentera Jepun meyebabkan konflik timbul dimana pertikaian berubah kepada orang Melayu dengan orang Cina pula menyebabkan hubungan mereka di negeri melayu menjadi tegang. Tahun- tahun berikutnya menampakkan seolah-olah adanya penyatuan antara kaum ini. Namun Penyatuan nilai antara tiga kaum ini dalam politik kepartian UMNO, MCA dan MIC ini adalah semata-mata penyatuan dari peringkat atasan yang terdiri daripada golongan pembesar seperti Tuanku Abdul Rahman mahupun golongan perniagaan contohnya ramai pengasas MCA ( Malayan Chinese Association ) adalah terdiri daripada golongan peniaga. Di peringkat bawah iaitu orang biasa masih berlaku perbezaan pendapat, tempat tinggal dan kedudukan ekonomi yang jelas begitu juga pertubuhan masing-masing adalah bertujuan melindungi kaumnya sendiri. Contohnya UMNO yang diasaskan pada 11 mei 1946 tujuannya memajukan dan memperbaiki keadaan orang melayu.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
Hero Senget



Jumlah posting: 36
Registration date: 06.05.07

PostSubyek: Re: Konflik Nilai Antara Etnik Kaum Di Malaysia   Sun May 06, 2007 4:48 pm

Kesan-kesan Pemerintahan British

Kesan-kesan penghijrahan / peluasan kuasa Inggeris di Tanah Melayu:

1. Pewujudan masyarakat yang majmuk. Kemajmukan budaya / adat
Kemajmukan agama
Kemajmukan pendidikan
Kemajmukan bahasa
Kemajmukan ras
Kemajmukan politik kepelbagaian pertubuhan politik yang mewakili setiap kaum.

2. Pembukaan bandar-bandar baru dan pembinaan infrastruktur. Kewujudan bandar-bandar baru dan pembukaan tanah bagi tujuan peladangan dan perdagangan seperti Raub pelombongan emas, pembinaan jalan raya, dan jalan keretapi seperti jalan keretapi yang menghubungkan Taiping dan Port Weld, Klang dan Kuala Lumpur, dan akhirnya jalan keretapi yang menghubung dari negeri ke negeri di Tanah Melayu.

3. Berkembang parti politik berasaskan kaum. Wujudnya parti berasaskan kaum seperti UMNO Melayu, MCA Cina, MIC India, Pasok Kadazan Dusun , AMCJA gabungan pertubuhan dan keahlian yang terdiri daripada orang-orang bukan Melayu yang memerjuangkan kesejahteraan kaum masing-masing.

4. Kemajuan ekonomi Tanah Melayu
Peningkatan hasil mahsul Tanah Melayu adalah kesan dasar ekonomi Inggeris serta kemasukan buruh asing. Ini dapat dilihat daripada pendapatan negeri-negeri Melayu bersekutu seperti Perak dan Selangor, serta negeri-negeri Selat. Sebagai contohnya konsep Persekutuan 1896 adalah untuk membantu negeri-negeri yang kurang mampu dengan tidak menjejaskan pendapatan kuasa Inggeris.

5. Wujudnya polarisasi pekerjaan dan demografi.

6. Timbulnya kesedaran Nasionalisme di kalangan orang Melayu.
7. Berlakunya kacau bilau dan gangsterisme

8. Semakin jauh kemunduran orang Melayu dari segi ekonomi. Kemajuan ekonomi yang dinikmati oleh Tanah Melayu bukan untuk orang-orang Melayu, malahan penguasaan dan penghijrahan masuk bangsa asing telah menjarakkan dan menjauhkan orang Melayu daripada merasai kekayaan ekonomi negara sendiri. Hakikat ini dapat dilihat melalui jadaul berikut yang menunjukkan pemilikan ladang getah: ( Emerson, 1974 )
Dalam industri pelombongan bijih timah orang Melayu boleh dikatakan tidak memiliki dan tidak mengambil bahagian apa-apa pun. Lombong-lombong yang ada hampir semuanya dimilii oleh orang Eropah dan Cina ( Emerson, 1974 ).

9. Perkongsian kuasa dalam politik Tanah Melayu.
Terbukti dengan wujudnya gabungan UMNO, MCA dan MIC dan membentuk parti perikatan dalam pilihanraya 1955. Pada tahun 1951 memperlihatkan gabungan ahli-ahli yang terdiri daripada pelbagai kaum untuk membentuk Sistem Ahli. Ini membuktikan wujudnya sistem perkongsian kuasa dalam politik Malaysia.

10. Kelemahan orang Melayu untuk merebut dan menjana ekonomi.
1. Kelemahan orang Melayu dilihat sebagai salah satu kesan kepada kegagalan ekonomi Melayu daripada berkembang. Dalam hal ini, Inggeris menganggap bahawa orang-orang Melayu merupakan satu bangsa yang malas bekerja. Mereka dilihat sebagai bangsa yang tidak mahu berusaha, dan lebih cenderung mendapat sesuatu habuan tanpa bekerja keras. Institusi dan sistem yang diamalkan oleh orang Melayu seperti institusi perhambaan, sistem kerah dan serah dilihat oleh Inggeris sebagai satu sistem yang melambatkan proses ekonomi moden yang berteraskan ekonomi wang. Bagi Inggeris konsep penyerahan hak diri kepada pembesar ialah satu proses penganiayaan dan ini menyebabkan golongan bawahan Melayu tidak melibatkan diri secara aktif dalam bidang perniagaan secara komerial, tetapi lebih selesa dengan kehidupan mereka dalam sistem pertanian sara diri.

2. Sebagai akibat daripada keadaan ini, Inggeris melihat bahawa cara mereka dapat menguasai dan memonopoli kekayaan Tanah Melayu ialah dengan membawa masuk pendatang asing. Ini bagi mengatasi masalah buruh yang amat diperlukan kerana orang Melayu tidak mahu bekerja dengan ornag-orang Inggeris dan towkay-towkay Cina. Jika orang-orang Melayu sanggup bekerja dan menceburkan diri dalam aspek perdagangan, maka jelas orang melayu boleh menguasai perdagangan dan mengurang ataupun melenyapkan kemasukan pendatang asing daripada India dan Cina.

Sehingga kini, kesan dari segi politik, sosial dan ekonomi masih tidak dapat dihapuskan dengan total. Masih lagi mendalam di dalam jatidiri rakyat Malaysia.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
Hero Senget



Jumlah posting: 36
Registration date: 06.05.07

PostSubyek: Re: Konflik Nilai Antara Etnik Kaum Di Malaysia   Sun May 06, 2007 4:50 pm

Kesimpulan

Kepelbagaian bangsa, agama dan adat resam merupakan suatu hikmah besar kepada umat manusia. Kepelbagaian ini membolehkan manusia memperlajari dan mengenali antara satu sama lain keunikan serta manfaat yang wujud darinya. Firman Allah dalam surah al-Hujrat (49) ayat ke 13 secara khusus meletakkan asas pluraliti global dan kepelbagaian manusia yang merangsang serta menggalakkan berlakunya pertalian universal, kerjasama serta saling melengkapi, pertumbuhan tamadun dan bukannya kemelut.
Bahkan kepelbagaian ini dijelaskan lagi dengan firman Allah dalam surah Ar-Ruum (30) ayat ke 22 yang menerangkan kepelbagaian pertuturan/bahasa serta warna kulit sesuatu bangsa itu merupakan satu rahmat untuk manusia mengembangkan ilmu pengetahuan dan belajar dari kalangan mereka apa sahaja yang dapat memberikan kebaikan kepada manusia. Oleh itu, pengajaran yang mesti kita ambil ialah peluang untuk belajar (menimba ilmu) dan semangat saling kenal-mengenali antara satu sama lain perlu dikayakan kerana dengan cara ini masyarakat akan dapat memperkaya ilmu pengetahuan dan mengaut sebanyak mungkin manfaat dari pengetahuan itu untuk memperbaiki kekuatan, kelemahan, bakat dan keistimewaan.
Matlamat hidup bersama dalam sebuah masyarakat yang majmuk dan tenteram hanya tercapai dicapai apabila ada keterbukaan dan kesediaan setiap anggota masyarakat untuk belajar dan mengenal di antara mereka. Sebelum negara mencapai kemerdekaan, sudah wujud pelbagai kaum dan bangsa. Dalam ruang lingkup bangsa Melayu pun, terdapat banyak kaum dan suku puak di dalamnya seperti Minang, Bugis, Banjar, Minang, Mendeleng. Begitu juga dengan bangsa Cina yang terdiri dari Canton, Hakka, Hokkien, Fuchew dan sebagainya.

Kebanyakan penduduk Melayu beragama Islam secara tidak langsung telah menerapkan amalan Islam dalam faham hidup bermasyarakat di negara ini. Penerapan yang berlaku ini telah membudayakan kehidupan masyarakat di negara ini mengikut acuan Islam yang sifatnya sejagat (universal). Masyarakat yang berbilang bangsa dan agama di negara ini dapat hidup aman tenteram kerana kefahaman mereka terhadap perbezaan fundamental (kepercayaan) di antara mereka tidak dijadikan isu pokok, tetapi mengambil iktibar nilai-nilai sejagat (universal values) yang ada dalam ajaran agama Islam. Nilai-nilai sejagat ini dapat diterima-pakai sejak dulu lagi.
Satu perubahan yang menyeluruh amat diperlukan dalam dunia Islam hari ini. Pendekatan Islam Hadhari yang digagaskan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia merupakan satu wadah dan gagasan siasah untuk memacu umat Islam berubah kepada satu dunia yang progresif dan maju. Pendekatan ini bukan agama baru tetapi satu pendekatan siasah. Ianya satu cara mencapai kebaikan yang berteraskan ajaran sederhana Islam. Semua ini membawa umat mencuba satu pendekatan baru semasa untuk membawa satu perubahan besar dalam arus pembangunan.
Hakikatnya, dunia Islam memerlukan satu perubahan yang menyeluruh untuk meletakkannya dalam keadaan dan kedudukan yang baik di persada antarabangsa. Dunia Islam tertindas dan terkebelakang kerana tidak ada kesatuan yang kukuh. Syukur, negara kita boleh berbangga dengan kedudukannya sekarang kerana negara-negara Barat sudang memandang tinggi Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang wajar dicontohi. Hasil kemampuan kita, setelah 50 tahun negara mencapai kemerdekaan, mengekalkan kepelbagaian kaum sekaligus melaksanakan dasar-dasar Islam tanpa membelakangkan kaum dan agama lain.
Malaysia selaku Pengerusi kepada Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) dan Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) memerlukan satu lonjakan istilah untuk mengajak negara-negara lain bersama-sama menzahirkan hasrat pelaksanaan Islam sebagai agama penyatu dan kerangka untuk melaksanakan hala tuju pentadbiran, pembangunan dan pemodenan negara.
Pembangunan untuk semua kaum dan nilai agama merupakan dua unsur penting yang mendasari perencanaan kerajaan Malaysia. Usaha yang dibawa oleh kerajaan menampakkan hala tuju yang memupuk kepentingan pembangunan negara berteraskan agama Islam, tetapi sedikit sebanyak perubahan yang dibawa memerlukan masa dan keadaan sehingga ianya boleh digarap sepenuhnya dengan kehendak agama Islam. Pada masa yang sama kita perlu akur bahawa kepelbagaian kaum dan agama perlu diurus dengan baik melalui penjagaan maruah kaum daripada disalah tafsir oleh pihak tertentu. Islam sebagai agama rasmi negara tidak pula menidakkan agama lain dari terus diamalkan secara aman dan bebas.
Tidak ada paksaan dalam agama Islam. Agama Islam itu hadir melalui hati naluri (hidayah) bukannya tuturan bahasa dan paksaan. Islam mengiktiraf kewujudan agama lain dalam rangka kepelbagaian masyarakat seperti mana firman Allah dalam surah al-Kafirun (109) ayat ke 6. Isu memaksa dan menindas seseorang itu untuk menerima Islam sebagai agamanya tidak wujud. Kalau adapun Islam yang diterima adalah tidak sah di sisi Allah s.w.t. Oleh kerana itulah, Allah s.w.t telah memberi amaran keras terhadap pemaksaan dalam agama terhadap orang lain yang bukan beragama Islam.
Tidak dapat dinafikan bahawa agama memainkan peranan penting dalam sebuah masyarakat itu. Nilai kemanusiaan yang dibawa oleh agama mewujudkan satu kerangka pemikiran dan kepercayaan yang mempengaruhi tingkah laku seseorang itu. Sesebuah masyarakat itu akan tinggi nilai kemanusiaan nilai dan ajaran agama diamalkan dengan penuh keyakinan.
Pendekatan Islam adalah syumul dan menyeluruh yang boleh diterimapakai dalam semua keadaan. Penerapannya hanya akan dapat dibukti kemampuan apabila ia dapat mengeratkan hubungan di antara umat Islam dan bukan Islam. Sekiranya masyarakat pelbagai kaum gagal diintegrasikan berlandaskan agenda nasional sudah tentu pihak pemerintah tidak akan dapat melaksanakan dasar dan hala tuju pembangunan negara berteraskan Islam di masa hadapan.
Apa yang penting dalam pada negara ini ialah sikap dan sifat keterbukaan kita dalam memahami isu-isu semasa berkaitan agama dan perkauman mestilah ditunjangkan dengan rasa hotmat hidup bermasyarakat agar perpaduan negara dapat dikekalkan. Masyarakat bukan Islam juga harus peka dan bertimbang rasa terhadap keperluan majoriti masyarakat Islam dalam memenuhi tanggugjawab agama yang mempengaruhi kehidupan seharian mereka. Sesungguhnya banyak lagi perkara penting perlu dilaksanakan daripada dibantutkan oleh perbalahan berkaitan soal hak dan sebagainya yang berbau perkauman.
Dasar yang dirangka oleh kerajaan sama seperti sebuah lebuh raya. Sesuatu destinasi yang hendak dituju dengan selamat ditentukan oleh sistem dan kemudahan yang mereka gunakan. Etika dan sikap pemanduan yang berhemah menjamin keselamatan mereka semasa di lebuhraya. Tujuannya ialah untuk sampai ke destinasi yang hendak dituju, suatu destinasi yang baik. Maka, pengunnaan kemudahan lebuh raya mestilah disertakan dengan amalan yang baik. Sama seperti pendekatan Islam Hadhari yang digunapakai di negara ini, ia mengambil kira kepentingan agama dalam membina sebuah negara yang maju dengan ciri rakyat berakhlak dan beretika tinggi. Matlamatnya adalah murni dan sudah tentu perlu disokong dengan pengisian yang baik yang sudah tentu hanya dapat dilaksanakan oleh masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
 

Konflik Nilai Antara Etnik Kaum Di Malaysia

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1

 Similar topics

-
» ::::menurut agan berapa nilai cwe satu ini:::::
» antara buku dan dada ^^
» Struktur birokrasi antara kerajaan-kerajaan Hindu-buddha di berbagai daerah (Kerajaan Mataram Hindu)
» Rumah Unik WNI di Pulau Sebatik - Ruang Tamu di Indonesia, Dapur di Malaysia
» Kuda Lumping

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
MFR STUDIO ::  :: -