MFR STUDIO

studio puitis jalanan
 
IndeksFAQPencarianPendaftaranAnggotaGroupLogin

Share | 
 

 Malaysia Gagal Menjalankan Peranan Sbg Pengerusi OIC?

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Go down 
PengirimMessage
Hero Senget



Jumlah posting : 36
Registration date : 06.05.07

PostSubyek: Malaysia Gagal Menjalankan Peranan Sbg Pengerusi OIC?   Sun May 06, 2007 2:59 pm

Sekretarian Pemuda Islam Asean (AMSEC) telah dipanggil menghadiri Mesyuarat Khas OIC Mengenai Timur tengah pada 22 April 2004 yang lalu. Langkah ini adalah amat penting untuk memastikan nasib umat Islam di Timur Tengah khasnya di Palestin dan Iraq terbela. Namun begitu, AMSEC sangat kesal apabila Mesyuarat Khas OIC itu gagal merumuskan satu keputusan yang memberangsangkan dan proaktif dalam menyelesaikan krisis tersebut.

AMSEC tidak menolak sama sekali keperluan terhadap keputusan yang dibuat iaitu melantik Malaysia mengetuai OIC bertemu empat pihak iaitu Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU), Russia dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk meminta empat pihak ini berperanan memulihkan semula rancangan damai dan menghentikan keganasan di rantau itu.
Beberapa perkara yang perlu dipersoalkan keberkesanan tindakan ini ialah apakah pihak-pihak yang ditemui ini berupaya menyelesaikan masalah umat Islam, sedangkan keempat-empatnya adalah negara yang paling banyak memusuhi umat Islam.

Bahkan, AS dan PBB sendiri menjadi dalang utama terhadap krisis di Palestin dan Iraq. Dunia sedia maklum bahawa AS dan Britain, sebuah negara anggota EU adalah negara yang bertanggungjawab terhadap penubuhan negara haram Israel dan keganasan Yahudi di Palestin. Russia juga merupakan negara yang bertanggungjawab menghantar orang-orang Yahudi ke Palestin, manakala PBB pula adalah badan dunia yang tidak pernah mengambil langkah yang bersungguh-sungguh dan berkesan dalam menyelesaikan masalah Palestin semenjak 1948.
Tindakan keempat-empat pihak ini selama ini seperti mengatur rancangan damai dan meluluskan resolusi antarabangsa hanyalah lakonan politik semata-mata. Buktinya, tidak ada satupun tindakan mereka yang berkesan. Sebaliknya, ketika rundingan-rundingan seperti Perjanjian Oslo pada 1993, Perjanjian Kaherah (1994), Perjanjian Taba (1995), Perjanjian Wye River Plantation (1998) dan Syarm al-Syeikh (1999) masih gagal menyelesaikan masalah, AS secara terbuka memberi ‘Surat Jaminan’ kepada Ariel Sharon untuk terus membunuh umat Islam.

Begitu juga halnya di Iraq. Bukankah AS dan Britain yang menaja penjajahan di Iraq dengan sokongan PBB. Walaupun beberapa negara EU seperti Perancis dan Jerman menentang penjajahan ini, mereka tidak berbuat apa-apa. Atas nama PBB, beberapa negara termasuk Jepun dan Korea Selatan telah menghantar tentera ke Iraq untuk membantu AS. Lalu mengapa OIC begitu dangkal untuk meminta pertolongan daripada negara yang utama memusuhi umat Islam bagi menyelesaikan konflik yang dialami oleh umat Islam. Bukankah Allah telah mengingatkan bahawa Yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepada umat Islam sehinggalah umat Islam menerima cara hidup mereka. Rundingan tidak pernah menyelesaikan masalah antara umat Islam dengan Yahudi. Nabi Muhammad saw dan Nabi-nabi as sendiri sering ditipu oleh bangsa laknat ini, apatah lagi OIC.

AMSEC mempersoalkan mengapa beberapa cadangan yang lebih proaktif daripada Palestin seperti sekatan ekonomi ke atas AS ditolak. Apakah OIC takut sekiranya Yahudi mengambil langkah yang lebih keras, lalu membiarkan keganasan sedia ada terus berlaku.
OIC sepatutnya sedar bahawa negara-negara umat Islam berupaya untuk mengadakan sekatan ekonomi global kepada AS. Bukankah negara umat Islam yang membekalkan bahan-bahan mentah utama seperti minyak, gas, besi, minyak sawit, tenusu, getah, timah dan sebagainya kepada AS. Dan bukankah 1.2 bilion umat Islam menjadi pasaran utama kepada keluaran AS.

Apakah kita lupa bahawa tindakan Libya dan Arab Saudi menyekat penjualan minyak kepada AS pada 1970-an dan tindakan negara-negara di seluruh dunia menghalang import daging daripada AS pada tahun lepas setelah merebak penyakit lembu gila telah memberi kesan besar kepada AS. Mengapa OIC tidak mahu mengambil langkah yang sama untuk memaksa ‘syaitan besar’ itu menghormati umat Islam. Atau pemimpin-pemimpin OIC saling mempunyai kepentingan dengan AS!
AMSEC juga mempersoalkan mengapa resolusi-resolusi Persidangan OIC di Kuala Lumpur pada Oktober 2003 tidak dilaksanakan. Bukankah persidangan tersebut telah menerima cadangan agar OIC menubuhkan pakatan ketenteraan untuk melindungi nyawa dan bumi umat Islam.
Lalu mengapa Mesyuarat Khas OIC tidak mahu mendesak perlaksanaannya, atau sengaja mahu membiarkan politik dunia dikuasai oleh pakatan tentera yang dipimpin oleh AS seperti NATO. Jika OIC ikhlas mahu menyelesaikan masalah umat Islam, OIC sepatutnya merancang pembangunan ekonomi menyeluruh di kalangan nagara-nagara umat Islam sebagai persiapan terhadap usaha mengadakan sekatan ekonomi ke atas AS.
Jika AS boleh sewenang-wenang mengenakan sekatan ekonomi ke atas Iraq, Libya dan Pakistan, mengapa kita masih memejam mata. AMSEC juga mempertikaikan mengapa OIC tidak meminta bantuan yang sama kepada negara-negara lain yang tidak memusuhi Islam seperti China, setidak-tidaknya mengimbangi pengaruh AS. OIC juga sepatutnya merancang mengadakan sekatan politik ke atas AS dan kuncu-kuncunya. Semua Negara OIC sepatutnya memutuskan hubungan diplomatik dengan AS sebagai satu sekatan politik global kepada negara tersebut.
Negara-negara OIC juga patut menarik diri daripada PBB yang gagal berperanan mempertahankan umat Islam. Untuk apa kita bermasa masyarakat antarabangsa, tetapi mereka membutakan mata melihat masalah umat Islam.
Negara-negara OIC, khususnya negara-negara Arab juga mesti memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel. Mengapa mereka datang ke Putrajaya untuk membincangkan masalah keganasan Israel, sedangkan mereka adalah rakan politik dan rakan dagangan dengan negara haram tersebut. Jika setiap anggota OIC masih mengutamakan blok politik masing-masing, isu Timur Tengah ini tidak akan selesai.
AMSEC juga kesal terhadap kegagalan Malaysia mendapatkan sokongan menyeluruh daripada negara-negara OIC dalam merundingkan konflik ini.
Adalah amat malang apabila OIC yang dianggotai oleh 57 buah negara hanya berupaya memanggil 13 buah negara sahaja untuk hadir. Di mana 44 buah negara lagi.

Dalam persidangan yang lepas hanya Qatar, Malaysia, Senegal, Sudan, Iran, Turki, Guinea, Pakistan, Palestin, Maghribi, Arab Saudi, Iraq dan Indonesia serta Setiausaha Agung OIC, Abdelouahed Belkeziz yang hadir, sedangkan yang lain tidak.
Apakah mereka tidak mempunyai hati perut terhadap nasib umat Islam. Atau mereka tidak yakin kepada keupayaan OIC dalam menangani masalah ini, atau mereka hilang kepercayaan Malaysia untuk menguruskan OIC secara berkesan setelah beberapa isu umat Islam sebelum ini didiamkan sahaja. Mereka juga mungkin tidak percaya terhadap keupayaan Malaysia setelah Perdana Menteri selaku Pengerusi OIC sendiri mempunyai kepentingan untuk menjaga hati AS setelah syarikat milik keluarga terdekat Pengerusi OIC, Scomi telah dituduh terlibat dalam isu nuklear yang dibangkitkan oleh AS. Daripada kehadiran yang begitu kecil ini, menggambarkan bahawa OIC tidak serius terhadap nasib umat Islam.

Mereka lebih bersedia untuk hadir dalam Persidangan OIC yang dibuat secara besar-besaran kerana mereka dapat bermewah-mewah dan berseronok sebagai sebuah Kelab Ketua Negara OIC. Mesyuarat Khas OIC yang membincangkan isu yang penting seperti ini dilihat tidak mustahak bagi mereka. Ini adalah kegagalan Malaysia sebagai Pengerusi OIC untuk membentuk kesedaran global kepada umat Islam, khususnya pemimpin-pemimpin mereka.

Jika persidangan yang dianjurkan oleh Pengerusi OIC, sebuah negara yang terkenal sebagai ‘negara Islam contoh’ pun tidak mendapat layanan daripada anggota OIC, maka apalah erti bagi mereka nasib Negara-negara seperti Palestin dan Iraq. Lebih aneh lagi, ketika negara-negara OIC memberikan tamparan hebat dengan tidak menzahirkan sokongan padu kepada usaha Malaysia, tiba-tiba Malaysia berbangga kerana AS dan Britain mengutuskan surat yang mengiktiraf peranan dan sumbangan OIC dalam konflik ini.
Apakah Malaysia lupa bahawa negara yang mengiktiraf peranan OIC itu adalah negara yang memusuhi dan membohongi umat Islam. Adakah Malaysia tidak sedar bahawa pengiktirafan tersebut hanyalah palsu dan retorik politik sahaja. Bukankah sebelum ini AS telah mengiktiraf Yasser Arafat untuk memimpin Pihak Berkuasa Palestin, tetapi mereka juga menyokong keganasan Israel.
Dan tidakkah surat pengiktirafan kepada peranan OIC itu pula dibuat serentak dengan ‘Surat Jaminan’ kepada Israel untuk terus mempertahankan Israel dalam keganasan terhadap umat Islam. AMSEC mengharapkan Malaysia sebagai Pengerusi OIC dapat berperanan yang berkesan untuk membela nasib umat Islam.

Kesimpulan

Malaysia sebagai Pengerusi OIC dilihat masih tidak berperanan secara sepenuhnya dalam menjalankan peranan yang sepatutnya. Semua pihak berharap Malaysia dapat menjadi Pengerusi OIC yang terbaik dalam menyelamatkan isu Palestin dan negara-negara Islam lain yang ditindas.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
 
Malaysia Gagal Menjalankan Peranan Sbg Pengerusi OIC?
Topik sebelumnya Topik selanjutnya Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1
 Similar topics
-
» Seperti Inilah Perbatasan Indonesia-Malaysia di Entikong
» Migrant Care Beberkan Kasus Perkosaan TKW
» Cara Transfer Pulsa Dari Malaysia

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
MFR STUDIO :: EKONOMI :: EKONOMI DUNIA-
Navigasi: