MFR STUDIO

studio puitis jalanan
 
IndeksFAQPencarianPendaftaranAnggotaGroupLogin

Share | 
 

 Strategi Malam Pertama

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Go down 
PengirimMessage
Hero Senget



Jumlah posting : 36
Registration date : 06.05.07

PostSubyek: Strategi Malam Pertama   Sun May 06, 2007 3:03 pm

Dinamakan 'malam pertama' itu anggaplah ia suatu metafora saja. sebagai satu tamsilam sahaja supaya bahasa lebih menarik. Ertinya ialah adab-adab semasa mengadakan hubungan kelamin suami dan isteri, bukan pakwe dengan makwe.

Walaupun perkara ini mungkin agak kontroversi, namun rasa-rasanya perlu juga diketengahkan kepada umum terutama bagi mereka yang baru sahaja mendirikan rumah tangga. Adab al-Zifaf, atau boleh diterjemahkan sebagai Adab Bersenggama, atau adab-adab dalam melakukan hubungan seks antara suami dan isteri. Kebetulan sekarang musim orang mendirikan rumah tangga. Jadi ada baiknya diutarakan di sini, bersumberkan tulisan oleh Syeikh Muhammad Nasir al-Din al-Albani yang telah diringkaskan dan disuaikan.

Zaman globalisasi kini, banyak informasi sudah bercampur-gaul antara satu sama lain. Adab-adab Islam telah ditinggalkan. Budaya barat dalam hubungan seksual diagung-agungkan lantaran terlalu banyak video2 triple X di pasaran gelap mahu pun cerah. Oleh kerana adab yang tiada inilah, terdapat beberapa kesan dalam hubungan seks iaitu seperti kehampaan oleh isteri, ketidakpuasan layanan suami, ejakulasi pra-matang, dan seumpamanya.

Walaupun Islam tidak meletakkan asas terhadap teknik atau kaedah tertentu, tapi ada adab-adabnya yang menjadikan NILAI Islam itu sentiasa wujud walau dalam apa jua keadaan sekalipun.

Adab-adab ini, seperti yang dinyatakan oleh Albani, adalah bersumberkan hadis yang tidak wajar dipertikaikan lagi kesahihannya. Antara adab-adabnya ialah:

1. Hendaklah Memulakan Dengan Penuh Kelembutan.

Pendek kata, tidak perlulah terburu-buru ketika mendatangi isteri. Datangilah ia dengan dengan penuh kelembutan. Lebih eloh dimulakan dengan memberikan minuman, atau buah-buahan segar, atau seumpamanya. Terdapat Sebuah hadis daripada Asma' binti Yazib bin al-Sakn, katanya Rasulullah pernah diberi minum susu dan memberikan Aisyah susu sebelum mereka bersama. Rasulullah lantas bersabda kepada semua wanita yang ada, "Jangan kamu bersama dalam keadaan lapar dan menipu" Apa pengertian menipu itu ya? Menipu ertinya tidak jujur, perkara yang malu pun buat-buat tak malu dan perkara yang tak dia nak pun buat-buat malu. Ertinya lakukanlah dengan penuh kejujuran.
Menurut Albani, hadis tentang ini adalah sahih.

2. Hendaklah di mulakan dengan meletakkan Tangan di Kepala Isteri dan memohon doa kepada Allah.

Inilah antara beza orang Islam dan bukan Islam. Kita ada TUHAN yang kita percaya bahawa dialah segala-galanya. Kita bukanlah berkuasa tetapi yang berkuasa adalah ALLAH. Tanda sifat kehambaan, berdoalah dan momohonlah kepada ALLAH. Mintalah keberkatan daripada Allah, sama ada keberkatan hubungan rumah tangga, mahupun jika zuriat yang mahu diperolehi.
Antara doa yang boleh diamalkan ialah:
Quote :
اللهم إني أسألك من خيرها وخير ما جبلتها عليه، وأعوذ بك من شرّها وشر ما جبلتها عليه.
Apapun, nak berdoa dan momohon dalam bahasa Melayu pun boleh. Jangan ingat Allah waktu susah saje... waktu nak dapat nikmat pun ingat Allah, barulah dinamakan hambanya.

3. Sebelum itu, seelok-eloknya lakukanlah solat Sunat dulu bersama-sama.

Disunatkan dilakukan solat sunat dulu dua rakaat bersama-sama. Inilah ciri-ciri Islam. Nak seks semua orang nak, tapi kena ingat Pemberi nikmat lah beb! Jangan gelojoh, jangan gopoh, barulah ada barakah dalam rumah tangga. Anak yang bakal lahir pula insyallah jadi orang ang baik-baik. Sekurang2nya tidak sama jahat macam kita. Berkat? Tak nampak pun? Tak nampak ya? Nanti ada anak-anak besar, baru faham apa itu berkat. Baru nampak dan baru jelas. Berkat tak nampak dengan mata kasar. Tapi dapat rasai oleh hati. Bersama isteri terasa kelainan nikmatnya, hidup berkeluarga dengan masalah tapi dapat selesai sebaiknya. Itulah namanya berkat.

4. Baca doa ketika mulakan aktiviti senggama.

Banyak lelaki tahu nak benda tu saja. Sejak akil baligh pun dah reti. Tapi tak tahu pun berdoa. Antara doanya ialah:
Quote :
بسم الله، اللهم جنبنا الشيطان، وجنب الشيطان ما رزقتنا
Sabda Rasulullah jika doa ini dibaca, "Jika ditakdirkan mereka mendapat anak, nescaya Allah akan menjauhkan anak itu daripada Syaitan" Hadis riwayat Bukhari, Muslim, dan lain-lain kecuali Nasa'i.

lol!
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
mfr



Jumlah posting : 295
Registration date : 06.05.07

PostSubyek: Re: Strategi Malam Pertama   Sun May 06, 2007 10:29 pm

ni patut masuk dalam kategori SOSIAL bab UKHUWWAH takpun ILMU ISLAM bab ZIKIR/MUHASABAH atau SOAL JAWAB
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://contengmfr.blogspot.com/
 
Strategi Malam Pertama
Topik sebelumnya Topik selanjutnya Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1
 Similar topics
-
» Waspadai Pendarahan Tiada Henti Pasca Malam Pertama
» mendambakan gadis lugu
» Penyebab Rasa Nyeri Pada Miss V
» Anak Perempuan Kurang Vitamin D Lebih Cepat Dapat Haid Pertama
» Risiko Haid Pertama di Bawah Usia 10 Tahun

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
MFR STUDIO :: EKONOMI :: IDEOLOGI/STRATEGI EKONOMI-
Navigasi: