MFR STUDIO

studio puitis jalanan
 
IndeksFAQPencarianPendaftaranAnggotaGroupLogin

Share | 
 

 DEMOKRASI:Sejarah,Intipati,Perkembangan

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Go down 
PengirimMessage
mfr



Jumlah posting : 295
Registration date : 06.05.07

PostSubyek: DEMOKRASI:Sejarah,Intipati,Perkembangan   Sun May 06, 2007 11:59 pm

Dewasa ini ramai orang berbicara soal demokrasi.. baik kerajaan BN mahupun barisan pembangkang ,semuanya berkata mereka pejuang demokrasi.

di luar pula, Amerika mendabik dada dengan mendakwa sebagai pelindung demokrasi dunia, hingga kononnya menjadi suatu amanah buat mereka menyebarkan ideologi demokrat ke seluruh dunia.

di sebalik itu para pembenci amerika contohnya iran mendakwa amerika bukan penegak demokrasi sebenar.

soalnya, apa itu demokrasi yang disebut-sebut oleh para pemimpin politik dunia atau negara kita ini? apa definisinya? apa garis panduannya? apa intipati perjuangannya?

menyorot kata-kata Anwar Ibrahim dalam banyak ucapannya, beliau mendakwa PKR adalah parti penegak demokrasi yang paling tulen di Malaysia.

definisi demokrasi itu dapat disimpulkan sebagai perjuangan:

1) merakyatkan kerajaan- kuasa agung pemerintahan negara adalah kuasa rakyat.

2) kerajaan yang telus dan bebas- tiada kuasa untuk membuat keputusan dan pertimbangan sendiri melainkan semuanya mesti dibongkar dan dbuka kepada umum, dibincang pada semua pihak,pada semua media, media bebas mengemukakan segala tindak tanduk kerajaan,dan pemimpin boleh diturunkan dan dinaikkan mengikut selera dan sentimen.

3)liberal - perlu bebas dari segala belenggu atau peraturan satu kelompok atau fahaman sahaja. bermakna terbuka menerima semua perbezaan fahaman dan budaya termasuk urusan keagamaan dan adab tatasusila timur.

4)hak asasi manusia dan kebebasan bersuara-setiap manusia itu bebas dan tidak boleh dipaksa dalam apa saja perkara yang dia tidak suka selagi bukan suatu jenayah. istilah jenayah itu merujuk kepada jenayah umum dan soal jenayah dalam agama tidak termasuk. kerana percaya setiap manusia itu punya hak untuk mengamalkan apa saja agama. setiap individu atau kumpulan berhak bersuara mengikut pandangan mereka dan tidak boleh disekat kebebasan mereka itu selagi bukan jenayah.

apa pandangan kalian pula tentang demokrasi dan perjuangannya?

baca
Quote :
democracy-wikipedia
islamic democracy-wikipedia
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://contengmfr.blogspot.com/
mfr



Jumlah posting : 295
Registration date : 06.05.07

PostSubyek: Re: DEMOKRASI:Sejarah,Intipati,Perkembangan   Thu Jun 11, 2009 2:10 pm

salam.

saya begitu yakin ramai orang gagal memberikan definisi piawai apa itu Demokrasi.

Tapi jika ada yang berjaya memberikan definisi, saya alu-alukannya.

Bukan sekadar definisi, wajar diletakkan ciri-cirinya, cara perlaksanaannya, dan mestilah dinyatakan apakah unsur yang menentang demokrasi itu.

seorang moderator iluvislam menyebut persamaan ciri demokrasi dengan syura islam sebagai berikut:

Quote :
Antara bentuk persamaan adalah :

a. Menjadikan perbincangan sebagai cara menyelesaikan masalah.
b. Menolak amalan diktator yang lahir daripada pemerintahan kuku besi yang memerintah secara bersendirian tanpa menilai pandangan orang lain
c. Mengiktiraf hak kebebasan bersuara dan memilih kepada ummah
d. Berpegang dengan pandangan majority dalam mencari kata putus apabila berlaku perselisihan dalam perbincangan.

mari kita cungkil satu persatu, benarkah demokrasi mempunyai ciri tersebut:

a. Menjadikan perbincangan sebagai cara menyelesaikan masalah.

Perbincangan mungkin ada dalam proses menyelesaikan masalah jika dilihat parlimen-parlimen negara yang menganut demokrasi. Tetapi adakah perbincangan akan menjadi cara menyelesaikan masalah?

jawapannya tidak. tapi cara menyelesaikan masalah adalah dalam bentuk pengundian, iaitu siapa yang ramai menyokong cadangan itu, maka cadangan itu akan dijadikan cara menyelesaikan masalah.

moderator yang sama bersetuju bahawa dalam syura, pengundian bukan suara penamat. tetapi suara penamat adalah keputusan yang dibuat oleh amir syura. Adab dalam mesyuarat dalam islam wajib melantik seorang amir yang akan membuat keputusan.

b. Menolak amalan diktator yang lahir daripada pemerintahan kuku besi yang memerintah secara bersendirian tanpa menilai pandangan orang lain

kita dapat lihat negara-negara demokrasi memegang "kebebasan bersuara". natijahnya demonstrasi adalah perkara biasa dalam sistem demokrasi.

tapi benarkah suara rakyat dalam demonstrasi akan diterima oleh sistem demokrasi, atau sebenarnya siapa yang memerintah dan menilai pandangan? jawapannya adalah wakil-wakil rakyat dan bukannya rakyat.

buktinya, berbondong-bondong rakyat amerika berdemonstrasi menentang perang di iraq, tapi adakah tidak mendengar suara rakyat, boleh menghukum bush ketika itu presiden amerika? tidak. demokrasi malah memberi peluang bush memerintah secara diktator bukan saja tak dengar suara rakyat sendiri, malah apalagi nak dengar suara bantahan dunia. bush contoh diktator amerika dan dunia yang dilahirkan oleh demokrasi.

adakah demokrasi mampu menolak amalan diktator bush? jawapannya tidak. malah bush menggunakan demokrasi menghalalkan tindakannya menyerang iraq. ada sesiapa yang boleh mendakwa bush sebagai melanggar prinsip demokrasi? demokrasi tak dapat hukum bush, kerana majoriti ahli wakil rakyat amerika tak hukum bush. oleh itu demokrasi hanya jalan memindahkan suara rakyat (majoriti) kepada suara wakil rakyat (minoriti).

hal yang sama dijelaskan oleh YB Jo dari PKR dalam wawancara sudut pandang awani bahawa, penentu hala tuju negara bukan lagi pada rakyat, tapi pada 222 wakil rakyat. Dan beliau bersetuju wakil rakyat membuat keputusan untuk melompat ke pakatan rakyat seterusnya membentuk kerajaan.adakah ini bukan "memerintah secara bersendirian"?


c. Mengiktiraf hak kebebasan bersuara dan memilih kepada ummah

moderator tersebut meletakkan ciri di atas sebagai persamaan syura dan demokrasi.

perlu dijelaskan di sini, syura Islam bukan melibatkan semua manusia atau rakyat yang meliputi orang islam, orang kafir, orang munafik seluruhnya. Tapi syura adalah terpilih pada golongan yang diiktiraf peribadainya saja.

dengan itu, suara-suara orang-orang ini sangat berpegang kepada batas syarak. mereka memang diberikan kebebasan bersuara, tetapi mereka berpegang bersuara atas dalil,hujah dan ilmu yang syarie.

berbeza dengan demokrasi yang membuka hak bersuara tanpa batasan. itupun setelah dikaji, maka kebanyakan pengamal demokrasi pun sudah menggariskan batas, termasuk di negara barat contohnya UK ada undang-undang tidak dibenarkan mana-mana individu bersuara yang mencetuskan anti-semitisme. Oleh itu , hak kebebasan bersuara semata-mata tanpa batas (hudud) adalah suatu hal yang di luar norma manusia. hanya warga rimba saja mengamalkan kebebasan bersuara dengan monyet, cengkerik, burung dan segala haiwan boleh buat bising tanpa sekatan dalam hutan.

sepakat sekalian ilmuwan bahawa tiada kebebasan bersuara mutlak dalam dunia manusia, yang ada cuma dalam dunia haiwan saja.


d. Berpegang dengan pandangan majority dalam mencari kata putus apabila berlaku perselisihan dalam perbincangan

dalam syura kata pemutus bukan majoriti. oleh itu poin di atas tak sepatutnya di letakkan dalam baris persamaan syura dan demokrasi.

dan memang benar, demokrasi mementingkan majoriti. namun, perlaksanaan hakikinya tak wujud. tiada satu negara pun yang melaksanakan setiap satu keputusan mahu ditanya seluruh rakyat, siapa yang sokong siapa yang tidak. yang ada hanya wakil rakyat, yang sebenarnya adakah mewakili suara rakyat majoriti dalam setiap penilaian mereka. jawapannya mustahil. demokrasi juga akhirnya meminumkan bilangan pembuat dasar dengan meletakkan kuasa pada kaum minoriti iaitulah kaum wakil rakyat @ politikus.

akan bersambung lagi dengan banyak lagi maklumat penting demokrasi yang banyak disalahfahami, sehingga membuatkan para ulama berfatwa harus pada demokrasi. kerana maklumat yang mereka dapat tidak jelas, dan hanya definisi retorik saja yang dikemukakan. padahal setiap ideologi punya versi definisi retorik masing-masing termasuk komunisme juga yang mengutamakan keadilan dalam prinsipnya. adakah ini boleh buat kita menerima komunisme halal? pada era soviet dahulu, jangan terkejut jika memang ada komunisme islam dicanangkan oleh beberapa alim. tapi sesungguhnya mereka telah ditipu oleh komunis, dan begitulah ramainya alim telah tertipu oleh pejuang demokrasi.

bersambung
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://contengmfr.blogspot.com/
mfr



Jumlah posting : 295
Registration date : 06.05.07

PostSubyek: Re: DEMOKRASI:Sejarah,Intipati,Perkembangan   Thu Jun 11, 2009 2:14 pm

sambungan siri 2

Dalam artikel bertarikh 2 jun 2009 Utusan Malaysia bertajuk "Demokrasi juga maqasid syariah" adalah contoh sampel terbaik bagaimana ilmuwan islam telah dibutakan oleh pejuang demokrasi.

artikel itu DI SINI

Apa yang menarik Dr. Murat Cizakca dengan beraninya memberikan kriteria definisi sebuah negara demokrasi. Maka bolehlah kita mengupasnya nanti untuk melihat "demokrasi tulen" pada pandangan Dr. Murat Cizakca.

Definisi negara demokrasi bagi Dr. Murat Cizakca ialah:

Quote :
Namun kata Dr. Murat, pengertian demokrasi perlu difahami sebagaimana yang dijelaskan oleh Ray (1998), Ahlmark (1998) bahawa sebuah negara itu dikira sebagai negara demokrasi jika:

1) Pemimpin untuk kuasa eksekutif dan legislatif kerajaan adalah dipilih melalui pilihan raya yang kompetitif dan bersih,

2) Sekurang-kurangnya dua parti yang bebas bertanding dalam pilihan raya,

3) Sekurang-kurangnya separuh dari populasi yang dewasa mengundi dalam pilihan raya,

4) Parti yang berkuasa akan bertukar sekurang-kurangnya sekali dalam pilihan raya bebas.


dan alhamdulillah, Dr Murat menyatakan siapakah rujukan definisi demokrasi beliau iaitu Ray (1998) dan Ahlmark (1998).

Maka dengan rasminya tiadalah satu habuk persamaan pun demokrasi dengan syura Islam jika 4 kategori itu dijadikan asas. maka mana-mana alim yang cuba menyamakan sistem demokrasi dengan sistem syura Islam , mereka benar-benar telah dibutakan.

mari lihat satu persatu.

1) Pemimpin untuk kuasa eksekutif dan legislatif kerajaan adalah dipilih melalui pilihan raya yang kompetitif dan bersih,

dalam zaman Rasulullah s.a.w, juga sistem khilafah dari zaman khalifah ar rasyidin hingga ke zaman khilafah uthmaniyyah tiada pilihanraya berlaku untuk memilih khalifah.

2) Sekurang-kurangnya dua parti yang bebas bertanding dalam pilihan raya,

tiada parti dalam sistem politik islam (syura Islam) malah dilarang keras berpuak-puak dalam islam.

3) Sekurang-kurangnya separuh dari populasi yang dewasa mengundi dalam pilihan raya,

tiada undian berlaku dalam syura Islam oleh separuh populasi rakyat, tetapi yang ada cuma baiah sekalian rakyat setelah pemilihan di buat dalam syura.

4) Parti yang berkuasa akan bertukar sekurang-kurangnya sekali dalam pilihan raya bebas.

tiada penukaran khalifah atau ketua dalam sistem syura islam semudah itu. ketua akan menjalankan pentadbirannya sehingga hilang kekuatannya untuk itu.

Maka, dengan definisi Dr Murat, sistem syura Islam tidak sama langsung dengan sistem demokrasi.

Adapun Dr Murat sendiri tidak mengiktiraf sistem khalifah, dan tidak meletakkan sistem khalifah sebagai demokratik pun kerana beliau sendiri menyebut:

Quote :
Dr. Murat turut menyenaraikan jumlah pembunuhan beramai-ramai di sepanjang abad ke 20 lalu, iaitu melibatkan negara bukan demokratik yang membunuh rakyatnya sendiri.

1) Empayar Uthmaniah membunuh hampir satu juta rakyatnya yang berbangsa Armenia,

2) Komunis Soviet Union membunuh seramai 62 juta rakyat,

3) Komunis China membunuh seramai 35 juta rakyat

4) Nazi Jerman membunuh seramai 21 juta rakyat

5) Rejim Polpot membunuh seramai dua juta rakyat

6) Rwanda dalam tempoh tiga bulan satu juta penduduk awam

Malah Dr Murat sampel taksub demokrasi yang memang telah dibutakan sehingga melakukan kesalahan fakta sebagai berikut:

Quote :
1. "Dan yang menariknya tiada peperangan yang berlaku melibatkan permusuhan antara sebuah negara demokrasi dengan sebuah negara demokrasi yang lain," jelasnya.

2. Antara fakta lain yang menarik perhatian adalah apabila Dr. Murat menceritakan mengenai kekejaman peperangan yang telah membunuh berjuta-juta umat manusia, iaitu akibat sistem demokrasi tidak menjadi amalan.


jawapan:

1. perang Israel-Lubnan. Israel adalah negara demokrasi, Lubnan adalah negara demokrasi.

2.Palestin yang sudah menerima amalan demokrasi dalam pemilihan kepimpinan mereka juga telah diserang oleh Israel.


bersambung..
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://contengmfr.blogspot.com/
mfr



Jumlah posting : 295
Registration date : 06.05.07

PostSubyek: Re: DEMOKRASI:Sejarah,Intipati,Perkembangan   Thu Jun 11, 2009 2:15 pm

saya sambung siri 3 pula.

Dr Murat bukan saja alim yang telah dibutakan oleh pejuang pro demokrasi malah beliau terlampau taksub tanpa segan silu mencadangkan demokrasi menjadi komponen baru maqasid syariah:

Quote :
Dalam forum kali ini, beliau mencadangkan elemen sistem politik dan pentadbiran, demokrasi dan pembangunan ekonomi menjadi satu komponen baru dalam maqasid syariah.

Maqasid syariah bermaksud matlamat-matlamat syariat dan rahsia-rahsia (asrar) yang ditentukan oleh Allah untuk setiap hukum.

Jika komponen maqasid syariah diletakkan nas oleh imam syatibi dari al quran dan hadis, maka apakah sokongan alquran dan hadis tentang demokrasi?

Di sini pentingnya umum mengetahui apa itu demokrasi.

asas demokrasi adalah memenangkan majoriti. Tapi adakah kebenaran sentiasa majoriti dalam dunia ini?

Tidakkah ketika kesesatan menjadi majoriti, maka maqasid syariah wajar meredhai kesesatan?

Poin yang ini langsung tak dipandang oleh para alim ketika mengharuskan demokrasi, sehinggalah lahirlah Dr Murat yang mengagungkan pula demokrasi. Kali ini, apa boleh para alim lakukan? Maka terpaksalah para alim kembali menilai demokrasi dengan mengkaji sedalam mungkin "Apa itu Demokrasi" sebelum mengharuskannya.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://contengmfr.blogspot.com/
mfr



Jumlah posting : 295
Registration date : 06.05.07

PostSubyek: Re: DEMOKRASI:Sejarah,Intipati,Perkembangan   Thu Jun 11, 2009 2:18 pm

siri 4

ustaz Basri Ibrahim menyebut (seperti yang ditaip semula oleh seorang forumer di SINI) sebagai berikut:
Quote :

* Sesetengah kalangan berhujjah demokrasi adalah satu fahaman yang diimport ke negara Islam dan tidak ada hubungan langsung dengan Islam. Ia berasaskan keputusan suara majoriti. Suara ini berkuasa melantik pemerintah, memudahkan urusan dan memilih satu-satu peraka yang diperselisihkan. Pendek kata suara dalam aliran demokrasi adalah hukum dan tempat rujuk. Mana-mana pendapat yang memperolehi undi majoriti itulah pendapat yang dilaksanakan walaupun boleh jadi ianya salah dan batil.

Sebenarnya Islam tidak mengakui cara ini dan tidak pernah menyokong seseorang kerana pendapat ramai menyetujuinya, sebaliknya Islam melihat kepada intipati benda yang dicadangkan, adakah ianya benar atau salah?

Jika ianya benar, ia boleh dilaksanakan, walaupun hanya satu suara sahaja yang menyokongnya ataupun tidak ada langsung suara yang menyokongnya. Jika salah, hendaklah ditolak walaupun terdapat 99% suara yang menyokongnya.

Ucapan di atas tadi adalah tertolak (yang bertanda *) kerana kita sepatutnya membincangkan soal demokrasi di dalam masyarakat Islam yang mana kebanyakan penghuninya adalah orang yang mengetahui, boleh berfikir, beriman dan bersyukur. Kita bukannya memperkatakan tentang masyarakat yang ingkar atau sesat dari jalan ALlah.

Tambahan pula di sana ada beberapa perkara yang tidak boleh dibentangkan untuk dibuat bahan pungutan suara, kerana ia termasuk ke dalam perkara yang sabit yang tidak berubah kecuali jika berubah masyarakatnya dan tidak lagi dikira sebagai masyarakat Muslim.


Secara jelas dari penulisan di atas diterangkan bahawa:

1) Demokrasi adalah berasaskan majoriti
2) Islam tidak berasaskan majoriti tapi kebenaran (haq)
3) Islam tidak mengakui cara majoriti demokrasi
4) Demokrasi hanya boleh dibincangkan dalam masyarakat Islam itu majoriti mengetahui,boleh berfikir,beriman dan bersyukur.

Tuntasnya, unsur asas demokrasi itu saja yang memenangkan majoriti tanpa mengira haq atau batil adalah bercanggah dengan Islam.

Bahkan syarat untuk demokrasi diterima oleh Islam menurut Ustaz Basri itupun hampir mustahil kerana benarkah kebenaran akan sentiasa majoriti lebih-lebih lagi di akhir zaman ini?

Hal ini tak menunjukkan begitu oleh firman-firman Allah dalam alQuran

Sesungguhnya Allah mempunyai karunia terhadap manusia tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur(al baqarah: 243)

Sesunguhnya Kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasik (QS al-Maidah:49)

Akan tetapi, Kebanyakan mereka tidak mengetahuinya (QS. al-An’am:37)

Engkau tidak mendapati Kebanyakan mereka bersyukur/ taat. (QS. al-A’raf:17)

Sesungguhnya (al-Qur’an) itu adalah benar-benar dari Rabb-mu, tetapi Kebanyakan manusia tidak beriman (QS. Hud:17)

Jika kamu menuruti Kebanyakan orang-orang yang ada di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkan kamu (QS. Al-An’am:116)

Sesungguhnya Kebanyakan (dari manusia) benar-benar hendak menyesatkan orang lain dengan hawa nafsu mereka tanpa pengetahuan (QS. Al-An’am:119)

Itulah agama yang lurus, tetap Kebanyakan manusia tidak mengetahui-nya (QS. Yusuf:40)

Kemudian kalian tidak memenuhi janji itu, kecuali sebahagian kecil daripada kalian (QS. Baqarah:83)


(iblis berkata), “terangkanlah kepadaku inikah orangnya yang engkau muliakan atas diriku ? Sesungguhnya jika Engkau memberi tangguh kepadaku sampai Hari Kiamat, niscaya akan aku sesatkan anak keturunannya, kecuali sebahagian kecil (QS. Al-Isra:62)
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://contengmfr.blogspot.com/
Sponsored content




PostSubyek: Re: DEMOKRASI:Sejarah,Intipati,Perkembangan   Today at 8:04 pm

Kembali Ke Atas Go down
 
DEMOKRASI:Sejarah,Intipati,Perkembangan
Topik sebelumnya Topik selanjutnya Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1
 Similar topics
-
» Sejarah Unik Wortel
» Sejarah Angkringan atau Nasi Kucing
» SEJARAH THE COFFE BEAN & TEA LEAF
» Perkembangan Yoga, dari Ritual India Kuno Hingga Latihan di Udara
» Terjun payung

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
MFR STUDIO :: POLITIK :: IDEOLOGI/STRATEGI POLITIK-
Navigasi: