MFR STUDIO

studio puitis jalanan
 
IndeksFAQPencarianPendaftaranAnggotaGroupLogin

Share | 
 

 SEKULARISME ARTIS

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Go down 
PengirimMessage
mfr



Jumlah posting : 295
Registration date : 06.05.07

PostSubyek: SEKULARISME ARTIS   Tue May 08, 2007 1:53 am



George Jacob Holyoake yang hidup sekitar 1817-1906 mungkin orang pertama yang menggunakan istilah sekularisme.Ketika zamannya sarjana Inggeris ini cuba meleraikan pertembungan dua kuasa yang menuntut otoriti ke atas masyarakat eropah,iaitu golongan keagamaan kristian dan golongan kenegaraan nasionalis. Maka sekularisme memberikan kata putus untuk dua golongan ini dipisahkan supaya masyarakat tidak dihimpit dua kuasa sekaligus dalam kehidupan mereka.Golongan keagamaan berotoriti di kawasan gereja dan golongan kenegaraan boleh mentadbir negara dengan kuasa politik tanpa diganggu. Itu kisah sekularisme dalam pemerintahan yang akhirnya dianuti oleh beberapa pemimpin islam yang menggelar diri mereka golongan maju dan moderat.Bolehlah dikatakan titik besar yang menjulang sekularisme di negara islam oleh pemimpin islam adalah yang dilakukan oleh mustafa kemal ataturk yang hidup sekitar 1881-1938 di Turki.



Kemal Ataturk jelas mengadakan perubahan besar dengan mengadakan peraturan dan undang-undang yang membolehkan nilai-nilai ajaran islam disisihkan dari kehidupan umat islam. Kemal ataturk antara lain mengadakan peraturan dan undang-undang seperti berikut:

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10.Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11.Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
12.Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat. 13.Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja. 14.Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15.Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16.Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam. 17.Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

Dengan merenungi senarai peraturan jahil kemal ataturk maka penulis ingin bawa kepada suatu kelompok yang telah lama subur di bumi Malaysia ini.Itulah dia golongan artis.

Di malaysia apabila disebut artis maka istilah itu merujuk kepada pengkarya seni atau orang yang melibatkan diri dalam dunia seni yang kebanyakannya merujuk kepada bidang nyanyian dan lakonan.

Apa yang menakutkan kita ialah golongan yang kebanyakannya Melayu-Islam ini bukanlah sebarangan golongan,tetapi kebanyakan mereka ialah ARTIS SEKULAR yang memisahkan antara pegangan agama dengan kerja mereka sebagai artis.

Di dalam dunia artis, yang diakui sendiri oleh sebilangan artis secara terbuka bahawa dunia mereka menuntut pengorbanan mereka untuk menyisihkan pegangan agama.Kita tidak menolak ada artis Melayu-Islam yang bukan sekular dengan berpegang teguh dengan ajaran islam dalam kerja-kerja mereka malah mereka menyebarkan ajaran islam atau dakwah dalam hasil kerja mereka maka mereka bukan kelompok yang kita bicarakan ini.

Di dalam tulisan ini,penulis ingin membawa anda merenungi musuh yang lahir bagaikan cendawan tumbuh lepas hujan dengan zaman berzaman generasi demi generasi budaya sekular artis makin tersebar dan bertapak kukuh di persada dunia seni negara.Kita tidak memerlukan golongan busuk lagi keji ini atas sebab menjaga kesucian umat islam dan mementingkan cita-cita umat islam yang mahu mendapatkan keredhaan Allah di dunia ini.

Golongan sekular artis sejak akhir-akhir ini bertambah keliru apabila mereka mula berani bercakap soal islam dan cita-cita agama dan mula menyebarkan fahaman-fahaman terpesong dalam hasil kerja mereka seperti fahaman hedonisme,fahaman islam liberal,pluralisme agama dan lain-lain. Mereka golongan artis sekular telah hidup di bumi malaysia sekian lama dan telah mempengaruhi anak-anak muda islam untuk menyanjung dunia mereka,dan mereka hidup tanpa rasa malu pada agama dan lebih penting tiadanya malu mereka pada Allah.

Kekeliruan mereka timbul dengan jelas apabila mereka sering memperlihatkan diri mereka juga adalah sebahagian dari umat islam yang bercita-cita mahukan keredhaan Allah dengan menghebahkan keberangkatan mereka ke Mekah untuk mengerjakan umrah dan haji,ataupun kita sering dicanangkan oleh media mereka bahawa usaha mereka dalam dunia seni adalah untuk membesarkan anak isteri atau keluarga mereka,seolah-olah merekalah pekerja di jalan Allah yang berbuat kebajikan. Tidak cukup dengan itu,mengaplikasikan budaya sekular dalam kerja mereka untuk beramal jariah dengan mengutip derma dalam konsert amal dan sebagainya adalah suatu kaedah pembohongan mereka kepada umat islam yang nyata.

Masyarakat islam seakan-akan senyap dan kadang kala pemimpin jua golongan yang berjuang juga menyanjung mereka dan fenomena ini seakan-akan restu buat fahaman mereka terus menjadi luas dan lebar.Lebih parah, anak-anak muda berpusu-pusu dalam setiap aktiviti anjuran mereka,menjerit-jerit histeria dalam melihat mereka,lupa diri lupa dunia lupa akhirat lupa Allah meloncat-loncat kegirangan dalam meraikan golongan artis ini,dan yang paling utama telah meng 'kaya' kan artis ini sehingga kebanyakan mereka ada yang hidup mewah atas hasil kerja merosakkan minda anak-anak muda kita.

Fenomena realiti Tv adalah suatu hasil bagi menangguk di air keruh atas kelemahan minda dan jatidiri pemuda pemudi bangsa Melayu-Islam di Malaysia dan syarikat-syarikat kapitalis yang mengutamakan keuntungan material pastinya tidak melepaskan peluang untuk menaja sebarang program seperti itu,sebagai contohnya syarikat telekomunikasi.

Pesta-pesta hedonisme seperti konsert dan persembahan pentas yang bukan-bukan telah subur dan makin menggerunkan kita dengan industri seni sekular ini telah meraih penyokong yang besar di kalangan masyarakat pelbagai lapisan dan latar belakang.

Dan kini,kita telah mengangkat pimpinan kita iaitu Pak Lah sebagai Perdana Menteri kita yang memperjuangkan Islam Hadhari atau Islam yang berketamadunan yang bukan merujuk kepada tamadun barat tetapi merujuk kepada tamadun Islam yang gemilang seperti era kegemilangan Baghdad dan Cordova.Pak Lah juga menuntut pembinaan modal insan dilakukan secara serius oleh semua pihak dan bukannya dari usaha kerajaan semata-mata. Maka kunci untuk membentuk modal insan khususnya di kalangan para pemuda pemudi kita adalah dengan, para penyokong kerajaan MESTI menghapuskan budaya sekularisme yang tentunya bukan fahaman atau jalan kegemilangan tamadun Islam.

Dan kita sedar dan tahu bahawa pemuda pemudi kita sedang diracunkan oleh fahaman ini dalam dunia hiburan atau dunia artis.Maka penumpuan kepada PENGHAPUSAN SEKULARISME ARTIS merupakan usaha yang MESTI dilakukan oleh para pejuang Islam Hadhari. Artis yang berdegil untuk terus menjadi sekular dengan alasan mahu memajukan industri hiburan atau seni negara bagi menggalakkan industri pelancongan adalah artis yang menjadi penentang dasar Islam Hadhari yang secara jelas menuntut pembinaan MODAL INSAN!

Artis yang tidak mahu dan berdegil untuk membangunkan modal insan iaitu berteraskan ajaran islam yang murni ke dalam setiap karya atau hasil kerja mereka merupakan GOLONGAN PEMBERONTAK ke atas DASAR kerajaan MALAYSIA yang secara jelas telah mewartakan ISLAM HADHARI sebagai pendekatan dan dasar pentadbiran kerajaan.

Kaedah yang boleh diusahakan oleh masyarakat dan pemimpin untuk menghapuskan fahaman mereka tanpa melibatkan kehilangan jiwa adalah dengan kaedah yang cukup mudah iaitu PERSISIHKAN MEREKA dalam setiap aktiviti atau program seni.

Walaubagaimanapun penulis tidak pula mahu mempromosikan kaedah kejam,maka penulis menyarankan golongan artis ini diberikan dakwah yang berkesan supaya mereka kembali ke pangkal jalan sebelum dipersisihkan mereka.Jika mereka berdegil untuk terus menjadi sekular,maka marilah kita tunjukkan kepada mereka bahawa SEKULARISME ARTIS adalah suatu yang tidak diperlukan oleh masyarakat Malaysia untuk membangunkan modal insan.

Oleh itu, sebarang aktiviti seni dan program hiburan mestilah diangkat artis yang membawa mesej-mesej mencari Redha Allah iaitu penumpuan kepada cita-cita seluruh umat islam yang mahu mendapatkan keredhaan Allah.

REDHA ALLAH CENTRIC mestilah dipertontonkan secara terang,jelas dan gah di dalam setiap media hiburan seperti majalah,stesen televisyen,dan radio dan bukannya GAMBAR-GAMBAR GLAMOR ARTIS yang hanya menyuburkan kekuatan pengaruh sekular mereka.

Oleh itu masyarakat mestilah memulau artis-artis yang berdegil,dan menyeru kepada makruf buat artis-artis yang mahu pulang ke pangkal jalan,serta SOKONGLAH ARTIS yang BAWA mesej-mesej yang dapat membangunkan modal insan semata-mata.

MARI BERSAMA MERUNTUHKAN PENGARUH SEKULARISME ARTIS!
ALLAHU AKBAR!
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://contengmfr.blogspot.com/
 
SEKULARISME ARTIS
Topik sebelumnya Topik selanjutnya Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1
 Similar topics
-
» artis dan belahan dada
» Casting calon artis di China
» Para Selebriti
» BIOGRAFI LUNA MAYA
» CARA MEMPERBESAR ALAT PRIA

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
MFR STUDIO :: ARKIB-
Navigasi: