MFR STUDIO

studio puitis jalanan
 
IndeksFAQPencarianPendaftaranAnggotaGroupLogin

Share | 
 

 Manhaj Asyaa'irah ?

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Go down 
PengirimMessage
Hero Senget



Jumlah posting : 36
Registration date : 06.05.07

PostSubyek: Manhaj Asyaa'irah ?   Sun May 06, 2007 2:02 pm

Pendahuluan

Kesukaran di dalam memahami pemikiran `aqidah Islam yang dikemukakan oleh aliran-aliran pemikiran yang terlibat dalam masalah `aqidah Islam ada hubungan dengan manhaj (pendekatan) yang digunakan oleh aliran-aliran berkenaan.

Sukar untuk menafikan kepentingan mengenal dan menguasai sesuatu manhaj disiplin ilmu dalam usaha seseorang untuk memahami ilmu berkenaan kerana manhaj adalah kompas yang dapat mengarahkan ke jalan yang betul dalam memahami sesuatu disiplin ilmu.

Menurut Prof. Dr. Abdul Halim Mahmud, manusia tidak mungkin berlaku adil dan benar di dalam ilmunya atau di dalam penilaiannya kepada ilmu-ilmu orang lain, jika dia tidak memahami saluran yang betul bagaimana ilmu itu diperolehi, pendekatan yang digunakan dan perbincangannya. Adalah salah sekiranya kita menggunakan metode ilmu tabii untuk menyingkap hakikat sesuatu di luar alam tabii, atau metode ilmu Fiqah untuk memahami dan menilai ilmu kerohanian, begitulah seterusnya.

Di dalam pemikiran `aqidah Islam, seorang daripada tokoh-tokoh yang terlibat secara langsung ialah Abu Hasan al Asyaari. Beliau berjaya mengemukakan satu pendekatan yang dapat diterima oleh masyarakat Islam pada zamannya dan penerimaan itu berterusan hingga hari ini.

Makalah ini cuba menjelaskan manhaj beliau dalam memahami dan menangani masalah-masalah `aqidah Islam, dan juga faktor-faktor yang mendorong masyarakat Islam menerimanya.

Asya'ari

Di dalam suasana kemelut yang berlaku di antara golongan Muktazilah, golongan Mujassimah dan Fuqaha, muncul satu aliran baru di dalam pemikiran `aqidah Islam. Aliran tersebut dikenali dengan nama Asyaariah. Menurut T.J. De Boer (Zarikh al-falsafah al-Islamiah hlm. 65) dan Dr. Ibrahim Madkur (Fi al-falsafahal-Islamiah hlm. 476), aliran Asyaariah merupakan satu aliran yang membawa sikap kesederhanaan berbanding dengan sikap-sikap yang ada di kalangan aliran pemikiran `aqidah Islam pada ketika itu khususnya antara aliran atau golongan Nassi yang terlalu berpegang kepada zahir nusus (teks) seperti golongan Mujassimah dan golongan Karramiah,dan golongan Muktazilah yang memberikan keutamaan kepada akal.

Aliran Asyaariah ini diasaskan oleh Abu Hasan al-Asyaari. Beliau dilahirkan di bandar Basrah pada tahun 260 H./ 873 M. dan meninggal pada tahun 324 H./935 M.2 Pada mula¬nya beliau menganut aliran Muktazilah dan murid kepada Abu Ali al-Jubbai seorang tokoh Muktazilah (235 H.-321 H.). Tidak dapat dikesan sebab-sebab yang jelas kenapa Asyaari meninggalkan Muktazilah. Pada ketika usianya menjangkau 40 tahun, beliau telah mengisytiharkan dirinya keluar daripada Muktazilah. Walaupun beliau menganuti Muktazilah tetapi beliau tidak menghasilkan sebarang penulisan semasa beliau berada di dalam golongan Muktazilah.

Ibn `Asakir dan Ibn Khalikkan ada menjelaskan peristiwa perisytiharan Abu Hasan Asyaari keluar daripada golongan Muktazilah, iaitu ketika beliau mencapai usia 40 tahun. Beliau telah bersembunyi di rumahnya selama lima belas hari dan tidak mahu menerima sebarang tetamu. Pada suatu hari beliau keluar ke Masjid Basrah dan di hadapan orang ramai beliau berucap:

Wahai saudara-saudara sekalian! Sesungguhnya aku telah menghilangkan diri daripada kamu sekalian. Setelah aku berfikir dan meneliti (apa yang dianuti oleh golongan Muktazilah), maka tidak dapat aku bezakan antara yang benar dengan yang batil begitu juga sebaliknya kerana dalil kedua-duanya adalah sama. Maka aku memohon kepada Allah (s.w.t.) menunjukkan kepadaku jalan yang benar. Maka Allah telah memberi hidayah kepadaku iktikad yang benar yang aku perturunkan di dalam kitab aku ini dan aku meninggalkan seluruh fahaman dan pendekatan yang aku anuti selama ini (pemikiran dan fahaman Muktazilah) samalah seperti aku menanggalkan bajuku ini. Lalu beliau menanggalkan baju yang dipakainya serta mencampakkannya keluar. Di samping itu beliau menunjukkan kepada orang ramai buku yang ditulis olehnya menurut mazhab Ahli Sunnah.

Walaupun sukar untuk dikesan sebab-sebab Asyaari meninggalkan Muktazilah tetapi, menurut Dr. Ahmad Mahmud Subhi, ada beberapa faktor dan insiden penting yang menyebabkan Abu Hasan Asyaari meninggalkan Muktazilah.

Hal ini adalah ekoran daripada berlakunya satu dialog antara beliau dengan gurunya, Abu Ali Jubbai tentang wajibnya Allah melakukan al-salah wa al-aslah kepada ham¬ba-Nya. Dialog itu berlaku apabila Abu Hasan Asyaari bertanya kepada Abu Ali Jubbai tentang kedudukan tiga orang bersaudara. Seorang daripadanya mati dalam keadaan beriman setelah dewasa. Manakala yang kedua, mati setelah dewasa tetapi di dalam keadaan tidak beriman (kafir); dan yang ketiga mati ketika kecil lagi. Abu Ali Jubbai menjawab: Allah memberi pahala kepada yang pertama dan dimasukkan ke dalam syurga. Allah memasukkan yang kedua ke dalam neraka dan kekal di dalamnya. Allah tidak memberi pahala dan tidak pula menyeksa yang ketiga. Abu Hasan kurang berpuas hati dengan jawapan tersebut lalu beliau bertanya lagi. Kalaulah yang kecil itu memohon kepada Allah: "Wahai Tuhanku, kenapa aku dimatikan pada masa kecil, tidak dipanjangkan usiaku hingga dewasa supaya aku dapat membuat amalan salih dan dengan itu dapat masuk syurga seperti abangku yang pertama." Abu Ali Jubbai menjawab: "Tuhan akan mengatakan kepada permohonan si kecil itu: Aku (Allah) tahu kiranya usia engkau dipanjangkan hingga dewasa, engkau akan melakukan kemungkaran. Oleh itu lebih baik kepada engkau jika engkau dimatikan pada masa kecil." Tetapi Abu Hasan Asyaari masih tidak berpuas hati lalu beliau bertanya lagi: "Bagaimana pula kiranya yang kedua mengadu kepada Tuhannya: wahai Tuhanku kenapa Engkau tidak matikan aku pada masa aku kecil supaya aku tidak dimasukkan ke dalam neraka dan itu adalah lebih baik bagiku." Abu Ali Jubbai tercengang dan terpukau dan tidak dapat berkata apa-apa terhadap soalan yang dikemukakan oleh Abu Hasan Asyaari. Melihatkan sikap Abu Ali Jubbai sedemikian yang juga menggambarkan sikap Muktazilah, maka Abu Hasan Asyaari mengambil keputusan meninggalkan Muktazilah.

Menurut analisis penulis-penulis Islam seperti Ibn Khalikkan dan lain-lain, dialog ini penting kerana ia bukan sahaja merupakan insiden yang dapat menukar arah pemikiran Abu Hasan Asyaari tetapi ia juga menggambarkan keberanian golongan Muktazilah yang terlalu yakin kepada kemampuan dan hukum yang dibuat oleh akal sehingga mereka cuba menganalisis perbuatan Tuhan dengan akal manusia. Seolah-olah akal dapat mengenal rahsia hikmat sesuatu yang dilakukan oleh Allah. Muktazilah lupa tentang kelemahan akal manusia dan batas-batasnya sehingga mereka mahu menganalisis perbuatan Allah berasaskan konsep al - sala h wa al - aslah.

Dialog ini juga sekali gus telah menentukan arah pemikiran Abu Hasan Asyaari apabila beliau tidak berpuas hati dan menolak Muktazilah. Menurut Asyaari akal manusia adalah terbatas dan ada beberapa perkara seperti rahsia dan hikmat sesuatu perbuatan Allah tidak boleh dinilai dan dianalisis oleh akal manusia.

Sebenarnya penolakan Asyaari terhadap pendekatan Muktazilah tidaklah didorong oleh hasil perselisihan pendapat beliau dengan Abu Ali Jubbai dalam masalah yang didialogkan itu sahaja kerana ada beberapa elemen lain yang mendorong beliau meninggalkan Muktazilah. Di antaranya: Keresahan masyarakat Islam terhadap apa yang berlaku di antara golongan Muktazilah, Fuqaha dan Ahli Hadith. Keresahan itu sangatlah ketara dan membimbangkan.Asyaari berpendapat bahawa kalau sekiranya tidak diusahakan satu pendekatan yang dapat mengakhiri perselisihan yang ada itu, ia boleh menghancurkan umat Islam sendiri, dan boleh menjejaskan kesucian dan keutuhan al-Qur'an dan Hadith. Sikap yang terlalu yakin kepada akal dalam menilai masalah `aqidah seperti yang terdapat pada pendekatan Muktazilah atau sebaliknya seperti yang terdapat pada pendekatan sebahagian Fuqaha, dan mereka yang terus berpegang dengan zahir nusus sahaja boleh menimbulkan kekeliruan dan gambaran yang negatif terhadap beberapa konsep di dalam `aqidah Islam.

Kebimbangan Asyaari akan sikap Muktazilah jelas dalam kata-katanya ketika beliau mengisytiharkan dirinya di hadapan orang ramai di masjid Basrah selepas menunaikan sembahyang Jumaat. Menurut beliau pendekatan Muktazilah tidak dapat membezakan antara yang hak dengan yang batil, dan boleh menafikan beberapa hakikat yang dijelaskan oleh al-Qur'an dan Hadith dan telah difahami dan diterima oleh para Sahabat dan Salaf Salih seperti masalah sifat Tuhan, nama Tuhan dan lain-lain lagi. Menurut Abu Hasan Asyaari, sesuatu yang dibincangkan oleh Muktazilah tentang aqidah bukan sahaja dianggap baru dan tidak pernah berlaku daiam konteks `aqidah Islam, malahan apa yang dikemukakan oleh Muktazilah sangatlah mengelirukan.

Dipercayai bahawa hasil daripada pengamatan Asyaari yang mendalam terhadap gejala yang berlaku di dalam masyarakat Islam dan juga penyelewengan yang dilakukan oleh Muktazilah dalam mengolah beberapa masalah `aqidah merupakah faktor penting yang mendorong beliau meninggalkan Muktazilah dan memperkenalkan satu pendekatan baru kepada masyarakat Islam pada ketika itu.`'

Manhaj Asyaari

Ada beberapa ungkapan penting yang dibuat oleh Abu Hasan Asyaari terutamanya ketika beliau mengisytiharkan dirinya keluar daripada Muktazilah.

Pertama: Manhaj dan dasar agama yang kita berpegang dengannya ialah Kitab Allah (al-Qur'an) dan Sunnah Nabi kita Muhammad (s.a.w.), dan apa yang diriwayatkan oleh para Sahabat, Tabiin dan Imam-imam Hadith. Kita berpegang dengan semuanya ini, dan juga kita berpegang dengan apa yang dikatakan oleh Abdullah Ahmad bin Hanbal, dan sesiapa yang menentang atau menyalahi pendapatnya, maka dia menyalahi dasar-dasar di atas.

Kedua, ungkapan beliau yang dijelaskan di dalam bukunya Istihsan al-Khaud fi`ilm al-Kalam iaitu sesungguhnya ada segolongan manusia yang menjadikan kejahilan sebagai asas pemikiran. Mereka tidak mahu berfikir dan menganalisis tentang masalah agama. Mereka lebih cenderung kepada sikap bertaklid. Mereka mengkritik sesiapa jua yang menganalisis tentang dasar-dasar agama dan menganggapnya menyeleweng. Menurut beliau lagi, dalam menentukan masalah agama hendaklah dikembalikan kepada dasar-dasarnya yang disampaikan menerusi wahyu. Begitu juga masalah yang berkaitan dengan akal dan deria hendaklah dikembalikan kepada sumbernya. Ia tidak boleh dicampur-adukkan di antara masalah akliah dengan masalah samiiyah, begitulah juga sebaliknya.'

Di dalam ungkapan pertama di atas, Abu Hasan Asyaari jelas tidak mahu memberikan kebebasan kepada akal secara mutlak sekalipun untuk memperkukuhkan agama ataupun `aqidah. Oleh itu beliau menekankan tentang perlunya umat Islam kembali berpegang kepada nusus-nusus (teks-teks) agama tanpa membuat takwil yang jauh. Menurut Asyaari, manhaj Ahli Salaf merupakan sebaik-baik manhaj bagi umat Islam untuk diikuti, dan Imam Ahmad bin Hanbal sebaik-baik contoh ikutan bagi menghayati manhaj tersebut. Dengan kata-kata lain Abu Hasan Asyaari berusaha bersungguh-sungguh menghidupkan kembali manhaj Ahli Salaf yang telah diterima dan dihayati oleh masyarakat Islam sebelum bertapaknya aliran Muktazilah.

Dalam ungkapan keduanya kita dapati Asyaari bersikap lebih terbuka dan menentang fikiran yang jumud serta taklid buta. Walaupun beliau mengajak masyarakat Islam kembali kepada manhaj Ahli Salaf, beliau juga mengajak masyarakat Islam memberikan perhatian dan tempat kepada peranan akal dalam mengukuhkan `aqidah yang dibawa oleh nusus. Beliau berpendapat bahawa dengan adanya panduan antara akal dengan naqal itu lebih mudah untuk meningkatkan `aqidah Islam kepada masyarakat Islam dan mudah pula untuk disebarkan kepada masyarakat bukan Islam.

Walaupun demikian Abu Hasan Asyaari tetap mengutamakan nusus daripada akal kerana nusus lebih berwibawa dan muktamad. Oleh itu sesuatu yang disampaikan oleh nusus mestilah diterima dan dipatuhi sementara peranan akal hanyalah mengukuhkan sesuatu yang disampaikan oleh nusus. Dengan kata-kata lain, peranan akal adalah semata-mata berkhidmat kepada nusus untuk menjelaskan hakikat kebenaran `aqidah. Sebarang kesamaran yang timbul antara kehendak nusus dengan kehendak akal, nusus hendaklah diutamakan. Konsep dan prinsip ini di dalam manhaaj Abu Hasan Asyaari tidak berubah sehinggalah sekarang walaupun tidak dinafikan terdapat sedikit sebanyak perubahan dalam ciri-ciri kecil yang dilakukan oleh pengikut-pengikut beliau kemudiannya.

Berasaskan kepada kedua-dua ungkapan Asyaari, maka nyatalah manhaj beliau mempunyai ciri tersendiri dan berbeza daripada manhaj Muktazilah yang memberikan keutamaan kepada akal. Tetapi terdapat pengkaji-pengkaji, yang hanya melihat dari sudut tertentu sahaja atau mendasarkan kajian mereka kepada beberapa buah buku Asyaari sahaja, terutama buku-buku yang ditulis oleh beliau pada peringkat awal, lebih cenderung menyamakan manhaj Abu Hasan Asyaari dengan manhaj Ahli Salaf dan mengkategorikan beliau ke dalam golongan Salaf.

Berdasarkan kepada kedua-dua sikap yang ditunjukkan oleh Abu Hasan Asyaari, jelas kepada kita betapa kuatnya beliau berpegang dengan nusus-nusus agama yang juga merupakan asas pendekatan Ahli Salaf. Di samping itu beliau mengakui peranan akal dalam mengisbatkan `aqidah. Sikap beliau ini boleh dianggap satu pendekatan baru dalam pemikiran `aqidah Islam kerana ia berorientasikan kesederhanaan antara aliran yang terlalu berpegang kepada zahir nusus agama dengan aliran yang terlalu mengutamakan akal.

Sikap beliau ini juga tidaklah boleh ditafsirkan bahawa beliau tidak mempunyai pendirian atau terdapatnya unsur-unsur kontradiksi di dalam pemikiran beliau. Ungkapan Abu Hasan Asyaari yang pertama menjelaskan iltizam beliau dengan al-Qur'an dan Sunnah, sementara ungkapan beliau yang kedua menggambarkan beliau menerima kewibawaan akal dalam mengisbatkan kebenaran apa yang dibawa oleh nusus-nusus agama.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
Hero Senget



Jumlah posting : 36
Registration date : 06.05.07

PostSubyek: Re: Manhaj Asyaa'irah ?   Sun May 06, 2007 2:02 pm

Ibn `Asakir dan beberapa orang penulis lain menyebutkan beberapa contoh masalah `aqidah dan penyelesaiannya menurut pendekatan Abu Hasan Asyaari. Di antaranya:

1. Masalah Sifat Allah

Seperti yang diketahui umum, golongan Muktazilah menafikan wujudnya sifat Maani yang berasingan daripada zat Allah seperti sifat Qudrat (berkuasa), Iradah (berkehendak), Hayat (Hidup), Ilmu (mengetahui), Sama` (mendengar), Basar (melihat), dan Kalam (Berkata-kata).

Muktazilah menafikan wujudnya sifat-sifat ini berasingan daripada zat Allah yang mempunyai kesempurnaan, Qadim dan azali seperti zat-Nya. Mereka bertujuan melahirkan hakikat tauhid yang tulen dan menghilangkan sebarang kekeliruan menurut akal terhadap kesempurnaan dan keesaan Allah yang mutlak. Menurut Muktazilah, kalau kita mengisbatkan sifat-sifat ini kepada Allah bererti kita mengisbatkan banyak Qadim dan azali. Ini adalah mustahil berlaku di dalam `aqidah Islam. Hakikat ini diakui oleh seluruh umat Islam. Maka untuk memastikan kekeliruan ini tidak timbul, Muktazilah menafikan wujudnya sifat-sifat tersebut pada Allah. Tetapi penafian ini menimbulkan masalah kerana sifat-sifat tersebut ada dalam al-Qur'an dengan nyata dan terang, dan aliran Muktazilah juga mengakui kebenaran ayat-ayat tersebut adalah wahyu daripada Allah yang disampaikan oleh Nabi (s.a.w.) kepada manusia seperti yang terdapat dalam al-Qur'an. Menurut pendekatan Muktazilah, penyelesaian dan jalan keluar kepada masalah ini ialah menerusi takwil akal. Sifat-sifat itu tidaklah wujud berasingan daripada zat Allah. Sifat-sifat itu berasingan pada iktibar manusia sahaja, sedang hakikatnya tidaklah wujud berasingan daripada zat Allah. Zatnya itulah berkuasa, mendengar, mengetahui dan seterusnya. Dengan itu Muktazilah tidak mengingkari al-Qur'an dan tidak menafikan kesempurnaan Allah. Dalam masa yang sama Muktazilah juga dapat menghindarkan timbulnya sebarang kekeliruan di dalam konsep keesaan Allah yang mutlak.

Golongan kedua, seperti Mujassimah, sangat berpegang zahir nusus. Mereka tetap beriman dengan apa yang disebutkan oleh al-Qur'an termasuk maksud dan makna zahir nusus tersebut. Maka mereka tidak menafikan wujudnya sifat-sifat Allah menyerupai sifat-sifat makhluk. Hasilnya wujudlah di dalam pemikiran `aqidah Islam dua aliran yang bertentangan iaitu penafian yang mutlak dan pengharusan yang mutlak. Menurut Abu Hasan Asyaari kedua-dua aliran ini salah dan merosakkan `aqidah Islam. Oleh itu beliau menolak kedua-duanya dan memilih pendekatan lain yang dianggap sederhana tetapi tidak menafikan kedua-dua dasar di atas iaitu nusus dan akal. Beliau tetap mengakui dan beriman dengan hakikat yang telah ditetapkan oleh al-Qur'an tetapi kewujudan hakikat atau sifat-sifat Allah tersebut tidaklah menyerupai sifat-sifat yang terdapat pada makhluk dan hakikat sebenarnya tidak dapat diselami oleh akal manusia. Hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui sesuai dengan kekudusan dan keagungan-Nya.

2. Masalah Melihat Allah di Hari Akhirat


Menurut pendekatan Muktazilah, mustahil pada akal berlakunya perkara ini dengan alasan bahawa perbuatan melihat melibatkan objek, ruang dan masa, sedangkan Allah mustahil terlibat dengan unsur-unsur tersebut. Sementara golongan Mujassimah atau Musyabbihah mempercayai bahawa manusia pada hari Akhirat boleh melihat Allah yang melibatkan unsur-unsur benda, masa dan tempat sepertimana berlakunya penglihatan deria manusia kepada sesuatu objek di dunia. Manakala menurut pendekatan Abu Hasan Asyaari, Allah dapat dilihat pada hari Akhirat tetapi penglihatan hambaNya kepada Allah tidaklah berbentuk atau bersifat seperti yang mudah difahami oleh akal manusia. Hakikatnya hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.

3. Masalah al-Qur'an

Menurut Muktazilah, al-Qur'an adalah makhluk, bukan qadim kerana ia mengandungi bahan-bahan baru seperti huruf, susunan bahasa dan sebagainya. Manakala menurut Mujassimah atau Musyabbihah, al-Qur'an itu qadim termasuk huruf, tinta, bunyi bacaan dan tulisannya kerana Al-Qur'an itu Kalam Allah. Menurut Abu Hasan Asyaari, al-Qur'an itu dari sudut Kalam maknawinya qadim sementara zahirnya yang terbentuk daripada huruf, suara dan lain-lain yang dapat dikesan oleh pancaindera adalah hadis (baharu) atau makhluk.

Daripada ketiga-tiga contoh penyelesaian yang dikemukakan oleh Abu Hasan Asyaari di atas, nyatalah beliau lebih bersikap sederhana antara penafian mutlak dengan pengharusan mutlak. Beliau tetap mengutamakan nusus tetapi sikapnya itu tidaklah menggugat kekudusan Allah. Demikian juga beliau tidak menafikan akal tetapi sentiasa berwaspada terhadap akal supaya akal tidak mengatasi nusus.

Hal inilah yang menyebabkan ada golongan penganalisis Islam yang berpendapat bahawa sebenarnya Abu Hasan Asyaari tidaklah menampakkan sesuatu yang baru dan berbeza daripada Ahli Salaf kerana beliau sangat jelas terikat dengan sikap Ahli Salaf, terutamanya di peringkat awal. Anggapan ini, jika dilihat pada lahirnya, ada kebenarannya. Tetapi satu faktor yang tidak boleh dilupakan bahawa Abu Hasan Asyaari, pada peringkat awalnya, bersungguh-sungguh menghidupkan kembali pendekatan Salaf setelah beliau meneliti tentang merbahayanya pendekatan Muktazilah kerana menjadikan akal sebagai neraca di dalam perkara-perkara yang bukan bidangnya.

Tetapi setelah pengaruh Muktazilah di dalam masyarakat Islam merosot, Abu Hasan Asyaari menonjolkan kembali ciri-ciri akal di dalam pendekatannya. Hakikat ini dapat dilihat dengan jelas daripada buku-buku beliau seperti istihsan al-khawd fi `Ilm al-Kalam dan al-Lum'a. Kedua-dua buku ini mencerminkan pengakuan beliau akan pentingnya penyertaan akal dalam memahami dan mengukuhkan `aqidah. Beliau menyerang hebat golongan yang menafikan peranan akal. Menurut beliau: Orang-orang jahil atau orang-orang yang berfahaman sempit dan suka bertaklid sahaja menafikan peranan akal dalam menjelaskan dan memperkukuhkan `aqidah yang dipaparkan oleh al-Qur'an, dan orang-orang yang menggunakan akal dalam menjelaskan masalah ini tidak harus dianggap menyeleweng.

Fenomena kesederhanaan ini terus berkembang di tangan tokoh-tokoh aliran Asyaariah seperti Abu Bakar al-Baqillani (w. 403 H.), al-Imam al-Haramain (w. 478 H.) dan al-Ghazali (w. 505 H.).

Dengan demikian aliran Asyaariah berbeza daripada aliran Ahli Salaf kerana Asyaariah tidak lagi mengikat diri mereka dengan nusus semata-mata atau dengan pendekatan Salaf semata-mata. Demikian juga Asyaariah tetap berbeza daripada Muktazilah kerana Asyaariah tetap mengutamakan kehendak nusus daripada akal.

Penerimaan Masyarakat

Menurut Dr. Ahmad Mahmud Subhi, penganalisis-penganalisis pemikiran `aqidah Islam berpendapat bahawa antara faktor penting yang menyebabkan pendekatan Abu Hasan Asyaari mudah diterima oleh masyarakat Islam ialah:

(a) Dasar Kesederhanaan Manhaj Abu Hasan Asyaari.

Dasar ini telah dapat memberi ketenangan terhadap keresahan yang melanda masyarakat. Islam akibat daripada pertembungan antara dua aliran yang sangat berbeza iaitu aliran penafian yang mutlak dan aliran pengharusan yang mutlak. Pertembungan ini juga telah menimbulkan berbagai-bagai bencana dan fitnah di dalam masyarakat Islam pada zaman itu. Maka di dalam keadaan masyarakat Islam yang sangat tertekan itu, sifat kesedaran menjadi alternatif kepada masyarakat Islam dewasa itu. Maka kelahiran aliran Asyaariah khususnya pada abad keempat Hijrah sangatlah sesuai dan kena pada masanya.

(b) Hubungan Baik


Hubungan baik wujud di antara tokoh-tokoh Asyaariah dengan Fuqaha, Ahli Hadith dan juga Ahli Tasawwuf, dan ulama-ulama mazhab Syafii menjadi golongan pertama menerima pendekatan Asyaariah. Ini mungkin disebabkan Abu Hasan Asyaari dalam fiqhnya bermazhabkan Syafii. Begitu juga kebanyakan tokoh-tokoh Asyaariah adalah bermazhab Syafii. Di samping itu pula memang terdapat persamaan dasar antara kedua-dua aliran ini iaitu dasar kesederhanaan. Imam Syafii juga dianggap tokoh yang mengambil sikap sederhana di antara Imam Malik yang mengutamakan kehendak Hadith di dalam membuat hukum, dan Imam Abu Hanifah yang banyak menggunakan akal.

Antara tokoh Sufi pula yang mendokong pendekatan Asyaariah dalam masalah `aqidah ialah Abu 'All al-Daqaq (w. 405 H.), Abu Na'im al-Asfihani (w. 430 H.) dan Abu Kasim al-Qusyairi (w. 465 H.).

Selain daripada tokoh-tokoh penganut mazhab Syafii terdapat juga tokoh-tokoh daripada mazhab Maliki yang mendokong aliran Asyaariah dalam `aqidah dan mereka juga memainkan peranan penting menyebarkan aliran Asyaariah seperti Ibn Tumart (w. 534 H.).'°

(c) Wujudnya Aliran Sederhana yang Sezaman

Aliran sederhana ini bukan sahaja dipelopori oleh Abu Hasan Asyaari tetapi terdapat beberapa tokoh lain turut memperjuangkan konsep ini di dalam masyarakat Islam pada masa itu. Antaranya ialah Abu Jaafar al-Tahawi (w. 321 H.) di Mesir, dan Abu Mansur al-Maturidi (w. 323 H.) di Samarkand.

Ketiga-tiga tokoh ini iaitu Abu Hasan Asyaari, Abu Mansur al-Maturidi dan Abu Jaafar al-Tahawi mempunyai pandangan dan pemikiran yang hampir sealiran dalam menyelesaikan masalah `aqidah.

Faktor kewujudan aliran sederhana di Mesir dan di Samarkand telah membantu aliran Abu Hasan Asyaari di Iraq berkembang dengan pesatnya ke seluruh dunia Islam.

Di samping faktor-faktor di atas aliran Asyaariah juga didokong oleh tokoh-tokoh yang sangat berwibawa dalam ilmu dan pengaruh seperti Abu Bakar al-Baqillani (w. 403 H.), Abdul Qahir al-Baghdadi, (w. 429 H.), Imam al-Haramain al-Juwayni (478 H.), dan Abu Hamid al-Ghazali. (505 H.).11

PENUTUP

Kehadiran Abu Hasan Asyaari pada awal abad ke-4 Hijrah telah mewujudkan satu pembaharuan dalam arena pemikiran `aqidah Islam. Pendekatan Asyaari juga mampu menghilangkan keresahan yang melanda pemikiran masyarakat Islam pada ketika itu kerana beliau bersikap sederhana di antara sikap yang terlalu terikat dengan zahir nusus golongan Musyabbihah dengan sikap keyakinan yang luar biasa kepada kemampuan akal golongan Muktazilah.

Dalam menganalisis permasalahan `aqidah, Asyaari tetap berpegang kepada apa yang dinyatakan oleh nusus sepertimana yang dianuti oleh Ahli Salaf sebelumnya. Namun demikian dalam masa yang sama beliau terus mengakui kewibawaan akal yang merupakan kurniaan tertinggi Allah kepada manusia. Tugas akal ialah mengukuhkan sesuatu yang dinyatakan oleh nusus, dan jika terdapat sebarang perselisihan atau perlanggaran antara nusus dengan akal dalam masalah `aqidah, Abu Hasan Asyaari lebih mengutamakan kehendak nusus. Beliau tidak membenarkan sama sekali akal mengatasi dan membimbing nusus.

Sikap dan pendekatan Asyaari ini sangat mudah diterima oleh masyarakat Islam, dan dapat pula menguasai sebahagian besar pemikiran masyarakat Islam pada masanya sehingga masa ini. Ramai tokoh terkenal yang mendokong aliran Asyaariah. Mereka bukan sahaja terdiri daripada golongan Ulama Kalam tetapi tidak kurang juga tokoh-tokoh dalam bidang Hadith, Fiqah, Tasawuf. Dalam pemikiran `aqidah Islam, aliran Asyaariah dikenali dengan aliran Ahli Sunnah.

CATATAN

1. Sebagai contoh, golongan Karramiah mengakui adanya persamaan sifat¬sifat Allah dengan sifat-sifat makhluk. Sikap mereka ini bersandarkan kepada zahir nusus al-Qur'an seperti firman Allah yang bermaksud: Tangan Tuhan di atas tangan mereka dan firman Allah yang bermaksud: "Allah bersemayam di atas singgahsana. Golongan ini tidak mentakwilkan nusus-nusus seperti ini, dan tidak pula menyerahkan kepada Allah tentang maksud sebenarnya. Malah mereka memahami dan berpegang menurut zahir nusus sahaja. Oleh itu ada di antara mereka yang berpendapat lebih daripada An iaitu Allah boleh dilihat dan ditemui, dan orang-orang mukmin yang benar-benar baik dan jujur mereka boleh bersalam-salaman dan berpeluk-pelukan dengan Allah di dunia dan akhirat. Di antara tokoh-tokoh mereka ialah Abu Abdullah Muhammad bin al-Karram (w. 255 H.), dan beberapa aliran Syiah yang melampau.
2. Nama penuhnya, Ali bin Ismail bin Abu Basyar, Ishak bin Salim bin Ismail bin Abu Musa al-Asyaari. Beliau terkenal dengan nama gelarannya iaitu Abu Hasan al-Asyaari dan beliau daripada keturunan Abu Musa al-Asyaari.
3. °Ali bin al-Hassan bin Asakir, Tibyan Kidb al-Muftari (Beirut: Dar al -Kitab al -Arabi , 1979), hlm. 39; dan Shamsudin bin Khalikan, Wafiyat al-`Aaydn, (Beirut: t. tp., t. th); jil. 3, hlm. 284.
4. Ahmad Mahmud Subhi : fi Ilm al - Kalam (Iskandariah: Muassasah al -Thaqafah, 1982), hlm. 46-47.
5. Abu Hasan al-Asyaari. al -Ibanah can Usul al -Diyanah (Kaherah: Dar al -Ansar, 1977), hlm. 20.
6. Ibid., hlm. 22.
7. Abu Hasan al-Asyaari, Istihsn al-Khawdi fi `ilm al -Kalam (Haiderabad: Dar al-Maarif, 1344 H.), hlm. 87.
8. Lihat, Muhammad bin Abdul Karim al -Shahrastani, al-Milal wa Nihal (Kaherah: Dar al-Halabi, 1968), hlm. 96; dan Muhammad Abu Zahrah, Tarikh al -Madhahib al -Islamiah (Kaherah: Dar al-Fakir al-Arabi, t.th.), hlm. 166; dan Mustafa Hilmi, Manhaj `Ulama' al -hadith (Iskandariah: Daral-Da'wah, t. th.), hlm. 172-173.
9. Asyaari, Istihsan, hlm. 87.
10 .Subhi, Fi `Ilm al - Kalam , hlm. 47-49.
11. Lihat, Subhi, Fi `Ilm al - Kalam , hlm. 50. Abu Zahrah, Tarikh, hlm. 176-177; dan Ibrahim Madkur, Fi al-falsafah al-Islamiyah (Kaherah: Dar al-Ma'arif) 1976, hlm. 56.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
Hero Senget



Jumlah posting : 36
Registration date : 06.05.07

PostSubyek: Re: Manhaj Asyaa'irah ?   Sun May 06, 2007 2:05 pm

Pemurnian Aqidah

Dalam tempoh pembelajaran ini tidak dinafikan kita berhadapan dengan beberapa ujian dalam pelbagai bentuk,bukan dalam subjek aqidah itu yang sememangnya senang untuk difahami kerana secara logiknya jika aqidah ini sukar difahami seperti subjek fizik ataupun ekonomi maka sudah tentu sukar untuk Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam mengajar arab Jahiliyyah pada waktu itu tentang tauhid,tetapi lihat sahaja bagaiman para sahabat dan mereka yang memeluk Islam pada waktu itu beriman dan mempunyai aqidah yang mantap dan kukuh.Tetapi lama kelamaan selepas kewafatan Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam muncul golongan-golongan yang mengubah kesucian aqidah sebenar ini mengikut hawa nafsu mereka.Maka muncullah golongan-golongan seperti al-Khawarij, Syiah, Muktazilah dan Murjiah.Penyelewengan dalm aqidah ini atau dalam erti kata lain bid’ah dalm aqidah ini tersebar aktif contohnya fahaman Muktazilah kerana terjemahan kitab-kitab Falsafah Greek (Aristotatle, Socratus, Demoratus dll) ke dalam bahasa Arab di zaman al-Makmun (w 218 H) menyebabkan Manhaj Akal lebih tinggi dari Manhaj Wahyu. Dari sini timbul pula Ilmu Mantiq (Logik).

Tokoh-tokoh Muktazilah seperti . Al-Huzail Al-Alaf,An-Nizham, Ahmad bin Khabit dan Al-Fadhl Al-Hadathi yang mempromosi aqidah yang menghadkan kekuasaan Allah,mengingkari mukjizat-mukjizat kenabian,dan kepercayaan akan penjelmaan semula roh-roh atau makhluk lain selepas mati atau boleh juga digelar At-Tanasukh (reincarnation) yakni konsep yang mungkin juga boleh disebut sebagai Hulul al-Arwah atau Tahlil al-Arwah menurut Al-Hudaiby.Selepas itu perkembangan fahaman al-Muktazilah ini sentiasa berkembang dengan virus-virus baru sehingga ke hari ini. Virusnya yang berteraskan “logik akal” atau “ilmu mantiq” begitu hebat sehingga melewati batas-batas pendidikan dan pemikiran malah menggangu terus khazanah intelek sehingga amat sukar sekali untuk dirawati.

.Tidak cukup dengan mencanang kesesatan maupun kekufuran ulama’ terdahulu tanpa usul periksa malah mereka yang terpengaruh dengan fahaman ini begitu taksub dengan pemahaman mereka menyebabkan wujud jurang perbezaan dalam membentuk akhlaq maupun sakhsiah diri seperti yang dianjurkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dalam berhubung sesama manusia.

Disebabkan itulah dalam era globalisasi ini turut menyaksikan berbagai warna bid’ah tercalit ke atas muslimin disebabkan kemunduran mereka dalam aspek keagamaan, sehingga menyerah bulat-bulat urusan kewajipan agama kepada orang lain, juga pengaruh pemikiran barat spt sekularisme, nasionalisme, pragmatisme, liberalisme dll.

Golongan ini ‘terlalu terkedepan’ dalam menggunakan aqal mereka sehingga sanggup menyatakan sifat apa yang wajib,sifat apa yang harus dan sifat apa pula yang mustahil dalam memahami perkara-perkara berkenaan Allah Subhanahu wa Ta'ala.Inilah hasilnya apabila terpengaruh dengan philosophical theology (filsafat ketuhanan),atau dalam erti kata lain ilmu kalam.

Berkata Assyihristani: “Setelah ulama’-ulama’ Muktazilah mempelajari kitab-kitab filsafat yang diterjemahkan pada masa Al-Ma’mun,mereka mempertemukan cara (sistem) filsafat dengan sistem ilmu kalam dan dijadikan ilmu yang berdiri sendiri dan dinamakannya ilmu kalam,sejak itu dipakailah al-kalam untuk ilmu yang berdiri sendiri”
(Theology Islam (ilmu kalam),oleh Ahmad Hanafi M.A, m.s 11)


Maka apa yang dapat kita lihat di sini ialah antara punca perbezaan dalam memahami ilmu aqidah ialah golongan-golongan yang bathil ini selalu mendahului aqal daripada naqal (wahyu) dalam memahami ilmu aqidah.Disebabkan perbezaan inilah apabila dibandingkan antara ciri-ciri aqidah Islam yang hak yang berteraskan al-Quran dan al-Sunnah dengan ciri-ciri aqidah Islam yang telah diselewengkan dan dicampur adukkan dengan kebathilan, kita akan dengan mudah mendapati bahawa aqidah yang hak lagi suci adalah mudah untuk difahami dan ia menjawab segala persoalan fitrah dalam jiwa manusia, justeru menanam rasa keyakinan dan ketenangan dalam jiwa mereka. Di samping itu, dalil-dalil aqidah yang hak tidakbercanggahan antara satu sama lain.

Sebaliknya, ciri-ciri aqidah yang telah diselewengkan dan dicampur adukkan dengan kebathilan adalah berlawanan sama sekali dengan ciri-ciri aqidah yang hak seperti yang disebut di atas. Banyak contoh aqidah yang terseleweng ini terdapat dalam pegangan masyarakat kita, khususnya yang berkaitan “Ilmu Makrifat”.Selain itu tidak dinafikan ada sahaja teori yang dihasilkan seperti “Allah wujud tidak bertempat”, “Allah berada di mana-mana”, dan sebagainya demi menolak firman Allah sebagai contoh sifat Allah yang menyifatkan dirinya beristiwa’ di atas ‘Arasy.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
Hero Senget



Jumlah posting : 36
Registration date : 06.05.07

PostSubyek: Re: Manhaj Asyaa'irah ?   Sun May 06, 2007 2:06 pm

Berkata Imam As-Syafie:-

“Allah Tabaraka wa Taa'la memiliki nama-nama dan Sifat-sifat yang diterangkan dalam kitabNya dan diberitakan oleh NabiNya shalallahu a'laihi wasallam kepada umatnya maka tidak ada alasan bagi siapa pun yang telah sampai di hadapanNya hujah(dalil) untuk menolaknya.”
(Imam Az-Zahabi dalam kitabnya Siyar A'lam Al-Nubala jld 10,m.s 79-80)

Malah Imam As-Shafie sendiri beriman dengan kepercayaan bahawa Allah Subhanahu wa Ta'ala mempunyai sifat-sifat seperti yang difirmankanya di dalm Al-Quran dan yakin dengan apa yang Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam sampaikan.


“Pegangan dalam atas sunnah Rasulullah SAW yang aku beradai di atasnya dan aku lihat sahabat-sahabat kita berada di atasnya, mereka itu Ahlul Hadis yang aku telah lihat mereka dan aku telah ambil daripada mereka seperti Sufyan, Malik dan selain mereka ialah ikrar bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Muhammad itu Rasulullah. sesungguhnya Allah di atas Arsynya dilangitnya. Dia menghampiri sesiapa yang dikalangan makhluk-makhlukNya sebagaimana yang Dia kehendaki, Dan Allah SWT turun ke langit dunia sebagaimana yang dia kehendaki.”
(Al-Wasiyyah m.s 53-58)

Oleh itu,kita yang berada di Malaysia khususnya bangga bermazhab Syafie kenapa perlu terpengaruh dengan teori “Allah Wujud Tidak Bertempat” ataupun “Allah Wujud Di Mana-Mana”?Apakah mereka yang mencanang-canang slogan berpegang kepada mazhab Syafie dalam fiqh tetapi mengambil Aqidah Asya’irah dalam aqidah membawa maksud aqidah Imam As-Shafie tidak betul?Mengapa tidak mengambil kedua-duanya yakni baik dalam fiqh apetah lagi aqidah Imam Syafie seperti yang dinyatakan di atas?

Ulama Kalam/Asya’irah seperti yang saya katakan di atas telah membahagikan hukum kepada tiga jenis : (1) Hukum Syar’i ; iaitu hukum yang ditetapkan oleh Allah yang terbahagi kepada (i) Wajib (ii) Haram (iii) Sunat (iv)Makruh dan (v) Mubah/Harus. (2) Hukum ‘Aqli ; iaitu hukum yang ditetapkan oleh aqal manusia yang terbahagi kepada (i)Apa yang wajib pada aqal (ii) Apa yang mustahil pada aqal dan (iii) apa yang jaiz/mungkin pada aqal. (3) Hukum Adat. Jika dihalusi kitab-kitab aqidah mereka, kita akan dapati bahawa golongan ini kembali kepada hukum dan penetapan Allah (Hukum Syar’i) dalam ibadah/syari’ah, tetapi dalam aqidah/tauhid/ilmu makrifat yang merangkumi ilmu ghaib, mereka kembali kepada hukum/penetapan aqal manusia (Hukum ‘Aqli).

Golongan ini mewajibkan didahului aqal dan bagi naqal (wahyu) pula sama ada mereka tafwidh (menyerahkan sahaja makna wahyu tersebut bulat-bulat kepada Allah) atau takwil (mengubah suai makna wahyu yang zahir itu kepada makna lain).
(Asasuttaqdis, hal. 172-173)

Kaedah yang dinamakan AlKanun Al-Kulli ini menyebabkan fungsi aqal terpesong dari kedudukan sebenarnya kerana manhaj sebenar Ahlul Sunnah Wal Jamaah yakni akal tidak mampu menjangkau perkara-perkara ghaib di balik alam nyata yang kita saksikan ini, seperti pengetahuan tentang dan sifat-sifat-Nya, arwah, surga dan neraka yang semua itu hanya dapat diketahui melalui wahyu.Ini dapat dilihat melalui sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam:-

تَفَكَّرُوْا فِيْ أَلاَءِ اللهِ وَلاَ تَفَكَّرُوْا فِيْ اللهِ عَزَّ وَجَل
“Berpikirlah pada makhluk-makhluk Allah dan jangan berpikir pada Dzat Allah.”

(HR. Ath-Thabrani, Al-Lalikai dan Al-Baihaqi dari Ibnu ‘Umar, lihat Ash-Shahihah no. 1788 dan Asy-Syaikh Al-Albani menghasankannya)

Oleh kerana itu, aqal diperintahkan untuk pasrah dan mengamalkan perintah syariat meskipun ia tidak mengetahui hikmah di sebalik perintah itu. Karana, tidak semua hikmah dan sebab di sebalik hukum syariat perlu diketahui manusia.Justeru,terlalu banyak hal yang tidak manusia ketahui sehingga aqal wajib tunduk kepada syariat.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
Hero Senget



Jumlah posting : 36
Registration date : 06.05.07

PostSubyek: Re: Manhaj Asyaa'irah ?   Sun May 06, 2007 2:08 pm

Diumpamakan oleh para ulama bahwa kedudukan antara akal dengan syariat bagaikan kedudukan seorang awam dengan seorang mujtahid. Ketika ada seseorang yang ingin meminta fatwa dan tidak tahu mujtahid yang berfatwa (tidak tahu harus ke mana minta fatwa), maka orang awam itu pun menunjukkannya kepada mujtahid. Setelah mendapat fatwa, terjadi perbezaan pendapat antara mujtahid yang berfatwa dengan orang awam yang tadi menunjuki orang tersebut. Tentunya bagi yang meminta fatwa harus mengambil pendapat sang mujtahid yang berfatwa dan tidak mengambil pendapat orang awam tersebut karena orang awam itu telah mengakui keilmuan sang mujtahid dan bahwa dia (mujtahid) lebih tahu (lebih berilmu). (Lihat Syarh Aqidah Ath-Thahawiyah hal. 201)

Penjelasan ini dapat kita fahami melalui firman Allah sendiri di dalam Al-Quran:-

وَيَسْأَلُوْنَكَ عَنِ الرُّوْحِ قُلِ الرُّوْحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي وَمَا أُوْتِيْتُمْ مِنَ الْعِلْمِ إِلاَّ قَلِيْلاً
“Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: ‘Roh itu termasuk urusan Tuhan-ku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit’.” (Al-Isra: 85)

Rata-rata, di Malaysia umumnya kebanyakkan sekolah agama menggalakkan para pelajarnya menasyidkan “Asma Husna” (yang mengandungi 99 nama Allah) sekurang-kurangnya di perhimpunan sekolah. Ada juga kebanyakkan sekolah agama yang mengajarkan “Sifat 20” sebagai teras makrifat Allah dalam ilmu tauhid.Sampai begitu sekali dapat kita lihat kepincangan konsep ilmu makrifat ini apabila unsur-unsur ilmu kalam telah lama bertapak di nusantara.Oleh itu tidak menghairankan apabila Prof Muhammad Taib Osman berkata “......kehebatan pengajaran agama Islam tidak dapat menghapuskan saki-baki kepercayaan tradisional dan juga pengaruh Hindu dengan sepenuhnya” (Pemikiran Umat Islam di Nusantara – sejarah dan perkembangannya hingga abad ke-19 ” oleh Abdul Rahman Hj. Abdullah)

Maka sesungguhnya jelas golongan yang tunduk pada aqal seperti golongan Asya’irah seumpamanya dalam memperjuangkan konsep wujud Allah mereka menetapkan Allah itu “AlHuduth”(Baharu) dan “AlQadim”(Lama).Ini kerana mereka menggunakan aqal menganggap alam ini baru maka sudah tentu ada pencipta yang lama.Inilah pendalilan mantik atau logik berasakan hujah falsafah Greek/Yunani.dalam konteks memahami Al-Quran golongan ini membeza-bezakan antara makna dan lafaz,mereka menetapkan kalam Allah hanya dengan sudut makna bukannya lafaz tanpa suara dan huruf.Kalam Allah pada mereka hanya majaz (kiasan) kerana ianya diibaratkan daripadanya sahaja bukan kalam Allah yang sebenarnya.
(Manhaj Ahli Assunnah Wal Jamaah, oleh Ismail Omar)

Inilah antara perbezaan antara golongan Asya’irah yang banyak tunduk pada aqal dengan golongan Ahlul Sunnah yang menggunakan Al-Quran,As-Sunnah,Ijma’,Aqal dan fitrah sebagai sumber untuk Ahlul Sunnah untuk berhujah berkenaan masalah aqidah.Sesungguhnya aqal yang sahih tidak mungkin bertentangan dengan nas-nas (naqal) yang sahih terutama dalm beriman kepada perkara-perkara ghaib terutamanya berkenaan sifat-sifat Allah.Apabila aqal didahului mengatasi naqal maka wujud konflik jiwa dalam beriman tentang sifat-sifat Allah seperti mana yang telah Allah firman dan Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam khabarkan.


Disebabkan titik perbezaan inilah golongan Asya’irah yang mengaggap bahawa dengan berimannya kita khususnya terhadap sifat-sifat Allah seperti istiwa’,wajah,tangan,betis dan sebagainya seperti yang difirmankan Allah dan Rasul-Nya boleh jatuh kufur sedangkan inilah aqidah yang dipegang erat oleh para salfussoleh dan ulama’-ulama’ maupun kesmua imam 4 mazhab.Aqal mereka yang telah disuntik penyakit tajsim beranggapan bahawa keimanan seperti ini adalah keimanan yang bathil kerana beriman bahawa Allah beristiwa’ di atas A’rasy seperti yang tertera di dalam Al-Quran umpama kita membayangkan Allah mempunyai persamaan dengan manusia.Sedangkan telah jelas bahawa keimanan Ahlul Sunnah Wal Jamaah khususnya dalam memahami sifat-sifat Allah ialah kita beriman seperti mana yang Allah nyatakan tetapi kaifiat atau tatacaranya kita serahkan kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala.Maka tidak timbul isu tajsim (menjisimkan Allah) atau isu menyamakan Allah dengan makhluk kecuali bagi mereka yang mempunyai masalah imaginasi melampau sehingga ingin menggunakan aqal yang terbatas ini untuk mengambarkan sesuatu yang sememangnya diluar jangkauan.


Al-Imam Az-Zuhri mengatakan: “Risalah datang dari Allah, kewajiban Rasul menyampaikan dan kewajiban kita menerima.” (Syarh Al-’Aqidah Ath-Thahawiyah hal. 201)

Inilah bahana apabila kita mengunakan aqal dengan cara yang tercela seperti yang dikatakan oleh Imam Ibn Qayyim Al-Jauziyyah yang menyebutkan bahwa pendapat akal yang tercela itu ada beberapa macam:

1. Pendapat akal yang menyelisihi nash Al Qur’an atau As Sunnah.

2. Berbicara masalah agama dengan prasangka dan perkiraan yang dibayangi dengan sikap menyimpulkan dalam mempelajari nash-nash, memahaminya serta mengambil hukum darinya.

3. Pendapat akal yang berakibat menolak asma (nama-nama) Allah sifat-sifat dan perbuatan-Nya dengan teori atau qiyas (analogi) yang batil yang dibuat oleh para pengikut filsafat.

4. Pendapat yang mengakibatkan tumbuhnya bid’ah dan matinya As Sunnah.

5. Berbicara dalam hukum-hukum syariat sekedar dengan anggapan baik (dari dirinya) dan prasangka.
(Lihat I’lam Muwaqqi’in, 1/104-106, Al-Intishar, hal. 21, 24, Al-’Aql wa Manzilatuhu)
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
Hero Senget



Jumlah posting : 36
Registration date : 06.05.07

PostSubyek: Re: Manhaj Asyaa'irah ?   Sun May 06, 2007 2:09 pm

Untuk mengetahui bathilnya pendapat mereka dengan singkat dan mudah cukup dengan kita merujuk kepada lima hal yang disebutkan Ibnul Qayyim di atas.Jika kita berhadapan dengan situasi yakni bertembungnya dalil dan aqal kita maka janganlah aqal kita meragui dalil tersebut tetapi raguilah aqal yang kurang sihat itu. Hal ini berangkat dari ajaran Al Qur’an
dan As Sunnah yang mengharuskan kita untuk selalu kembali kepada dalil. Demikian pula anjuran para dan mengalami kejadian sahabat yang berpengalaman dengan Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam turunnya wahyu. Seperti dikatakan oleh ‘Umar bin Al-Khaththab:

“Wahai manusia, curigailah akal kalian terhadap agama ini.”
(Riwayat Ath-Thabrani, lihat Marwiyyat Ghazwah Al-Hudaibiyyah, hal. 177, 301)


Oleh kerananya, Ibnul Qayyim mengatakan: “Jika dalil naqli bertentangan dengan akal, maka yang diambil adalah dalil naqli yang shahih dan akal itu dibuang dan ditaruh di bawah kaki, tempatkan di mana Allah meletakkannya dan menempatkan para pemiliknya.”

(Mukhtashar As-Shawa’iq, hal. 82-83 dinukil dari Mauqif Al-Madrasah Al-‘Aqliyyah, 1/61-63)

Mereka yang terjebak dengan konsep pemahaman ini sememangnya tidak akan akur dan tuduk pada dalil-dalil yang diutarakan kerana telah diselimuti dengam pegangan ilmu kalam tersebut.Tetapi mereka ini dengan bangganya mengaku bermazhab Imam As-Syafie tanpa menyedari bahawa Imam Syafie begitu jelek dengan mereka yang terlibat dengan ilmu kalam ini.Diriwayatkan bahawa Imam As-Syafie pernah berkata:-


“Hukum aku kepada mereka yang terlibat dengan ilmu kalam ialah disebatnya mereka itu dengan kayu dan dibaling dengan kasut lalu di bawa berarak ke sekeliling jalan-jalan sambil dilaungkan kepada orang ramai bahawa inilah hukuman bagi mereka yang meninggalkan kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya.”

(Riwayat Baihaqi dalam Manaqib Syafie m/s 462 Jilid 1).

Jelas disini bahawa golongan Asyai’rah atau ahlul kalam semangnya perlu menilai dan bertaubat atas konsep yang mereka perjuangkan kerana ia bertentangan dengan Al-Quran dan Sunnah yang sahih.Memang tepatlah kata-kata Al-Imam Adz-Dzahabi tentang orang-orang yang tetap mengedepankan akalnya:

“Jika kamu melihat ahlul kalam ahli bid’ah mengatakan: ‘Tinggalkan kami dari Al Qur’an dan hadits ahad dan tampilkan akal,’ maka ketahuilah bahwa ia adalah Abu Jahal.” (Siyar A’lamin Nubala, 4/472)

Maka artikel ini juga perlu dinilai semula berdasarkan hujah-hujah yang dibawa bukannya dengan mendahului aqal dan emosi semata kerana sesungguhnya tidak berdiri Islam itu di atas aqal dan emosi tetapi berdasarkan naqal yang sahih lagi tepat.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
mfr



Jumlah posting : 295
Registration date : 06.05.07

PostSubyek: Re: Manhaj Asyaa'irah ?   Fri Dec 21, 2007 9:25 pm

Imam Ash'ari Repudiating Ash'arism


Question 2: The Salafis claim that Abul Hasan Ash‘ari formulated the Ash‘ari tenets of Islamic faith (‘aqida) while he was between the Mu‘tazila and Ahl al-Sunna, and that he later refuted his formulations and joined Ahl al-Sunna in the Hanbali madhhab before he died. Is there any truth in this? They say his last book, al-Ibana, contains the refutations. If not, how can I prove it to these people? They also say that he had a second dream in which the Prophet (Allah bless him and give him peace) appeared to him and told him that his Ash‘ari positions were wrong!

Answer:

The Ash‘ari school and Maturidi schools have represented the ‘aqida or “tenets of belief” of the majority of Sunni Muslims for more than a thousand years; just as the Hanafi, Maliki, Shafi‘i, and Hanbali schools have represented the shari‘a or “Sacred Law” for the majority of Sunni Muslims for this period. Those against these two traditional schools of tenets of faith are people of bid‘a, defined in a fatwa or formal legal opinion by Imam Ibn Hajar Haytami as “whoever is upon other than the path of Ahl al-Sunna wa l-Jama‘a, Ahl al-Sunna wa l-Jama‘a meaning the followers of Sheikh Abul Hasan Ash‘ari and Abu Mansur Maturidi, the two Imams of Ahl al-Sunna” (Haytami, al-Fatawa al-hadithiyya, 280). In the past, such contraventions, aside from Mu‘tazilites, Shiites, and purely sectarian movements, were confined to a handful of mainly Hanbalis, whose bone of contention with the two traditional schools was that neither had anything to do with their literalist, anthropomorphic understanding of Allah Most High, which they promoted by all means at their disposal.

In answer to your question, the claims that Imam Abul Hasan Ash‘ari (d. 324/936) repudiated his own positions are not new, but have been circulated by these Hanbalis for a long time, a fact that compelled the hadith master (hafiz) Ibn ‘Asakir to carefully investigate this question, and the sanads (chains of narrators) for the attribution of these repudiations to Ash‘ari. The results of his research furnished probably the best intellectual biography of Ash‘ari ever done, a book that rebuts these claims thoroughly and uniquivocally, called Tabyin kadhib al-muftari fi ma nusiba ila al-Imam al-Ash‘ari [On showing the untruth of the liars, concerning what has been ascribed to Imam Ash‘ari], that proves that there are liars in all the sanads that impute this to Imam Ash‘ari. The book is in print, and whoever would like the details should read it.

Imam Ash‘ari’s al-Ibana ‘an usul al-diyana [The clarification of the bases of the religion] was not his last book, but rather among the first after he broke with Mu‘tazilism. Imam Kawthari states:

The Ibana was authored at the first of his return from Mu‘tazilite thought, and was by way of trying to induce [n: the Hanbali literalist] Barbahari (d. 328/940) to embrace the tenets of faith of Ahl al-Sunna. Whoever believes it to be the last of his books believes something that is patently false. Moreover, pen after pen of the anthropomorphists has had free disposal of the text—particularly after the strife (fitna) that took place in Baghdad [n: after A.H. 323, when Hanbalis (”the disciples of Barbahari”) gained the upper hand in Baghdad, Muslims of the Shafi‘i madhhab were beaten, and anthropomorphism became the faith (‘aqida) of the day (Ibn Athir: al-Kamal fi al-tarikh, 7.114)]—so that what is in the work that contradicts the explicit positions transmitted from Ash‘ari by his own disciples, and their disciples, cannot be relied upon (al-Sayf al-saqil, 108).

This is borne out by hadith master (hafiz) Dhahabi in his Siyar a‘lam al-nubala’ (15.90), as well as Ibn ‘Asakir’s Tabyin kadhib al-muftari. As for seeing dreams, dreams may warm the heart, but they are not a proof for either Islamic law or tenets of faith. In his introduction to Ibn ‘Asakir’s work, Kawthari notes that “the anthropomorphists are the ones who seem to need this [relating of dreams]: when unable to prove their point while awake, they go to sleep, to find the proofs they are looking for while asleep, to fill their books with them” (Tabyin kadhib al-muftari (21–22).

In relation to your questions in general, it is noteworthy that Saudi Arabia has printed and distributed worldwide thousands of copies of a Salafi book called Manhaj al-Asha‘ira fi al-‘aqida [The methodology of the Ash‘aris in tenets of faith] by one Safar Hawali, a professor at Umm al-Qura University in Mecca. It ascribes to the Ash‘ari school the misrepresentations typical of that part of the world, identifying the school with the positions of heretical sects like the Jahmiyya, the Qadriyya, Murjiites, and so on, and contains a number of the things you asked about the Ash‘aris, so I would guess this is the misinformation that your English Salafis are going upon. One can find the details in Hasan Saqqaf’s recent rebuttal of the work entitled Tahni’a al-sadiq al-mahbub, wa nayl al-surur al-matlub, bi maghazala Safar al-maghlub [The greeting of the beloved friend, and attainment of happiness sought, in affectionate discourse with Safar the defeated]. I have heard that Hawali has since moved on from his positions, though I do not know the details.

Saqqaf also talks in his work about the bogus Hanbali “repentances” of various Ash‘ari Imams such as Ash‘ari, Juwayni, and Ghazali, that don’t appear in their books but have rather reached us by sanads each containing an anti-Ash‘ari or two, as is also corroborated by Ibn Subki in his Tabaqat al-Shafi‘iyya al-kubra [The greater compendium of the successive generations of Shafi‘i scholars] under the biographical entries on each of these scholars.

From the wider perspective of Islamic law, these forgeries are rather meaningless, since a Muslim may not believe in the Islamic faith (‘aqida) of Ahl al-Sunna merely because his Imam has said it, but rather because he sincerely believes it is the truth. Scholars say that it is not legally valid to follow qualified scholarship (taqlid) in tenets of Islamic faith (as opposed to rulings of Islamic law) unless one has full conviction of these tenets of faith from one’s own heart—which is why they tell us that one’s faith (iman) by taqlid in such tenets is only legally valid on condition that if one’s Imam were to cease believing something of them, one would not. So the forgeries would seem to have little scholarly relevance, other than to show the lengths to which their perpetrators were willing to go.

__________________________________

By Sheikh Nuh Ha Mim Keller


Terakhir diubah oleh tanggal Fri Dec 21, 2007 9:42 pm, total 1 kali diubah
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://contengmfr.blogspot.com/
mfr



Jumlah posting : 295
Registration date : 06.05.07

PostSubyek: Re: Manhaj Asyaa'irah ?   Fri Dec 21, 2007 9:39 pm

AHLUSSUNNAH WAL JAMA’AH: GOLONGAN YANG SELAMAT (al Firqah an-Najiyah)

Bersabda Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, maknanya:“dan sesungguhnya ummat ini akan terpecah menjadi 73 golongan, 72 di antaranya di neraka dan hanya satu yang di surga yaitu al-Jama’ah”. (H.R. Abu Dawud)

Akal adalah syahid (saksi dan bukti) akan kebenaran syara’. Inilah sebenarnya yang dilakukan oleh ulama tauhid atau ulama al-kalam (teologi). Yang mereka lakukan adalah taufiq (pemaduan) antara kebenaran syara’ dengan kebenaran akal, mengikuti jejak nabi Ibrahim -seperti dikisahkan al-Quran- ketika membantah raja Namrud dan kaumnya, di mana beliau menundukkan mereka dengan dalil akal. Fungsi akal dalam agama adalah sebagai saksi bagi kebenaran syara’ bukan sebagai peletak dasar bagi agama itu sendiri. Berbeza dengan golongan falsafah yang berbicara tentang Allah, malaikat dan banyak hal lainnya yang hanya berdasarkan penilaian akal semata-mata. Mereka menjadikan akal sebagai dasar agama tanpa memandang ajaran yang dibawa para nabi dan rasul.

Tuduhan kaum Musyabbihah dan Mujassimah iaitu kaum yang sama sekali tidak memfungsikan akal dalam agama, terhadap Ahlussunnah Wal Jamaah sebagai ’Aqlaniyyun (kaum yang hanya mengutamakan akal) atau sebagai kaum Mu’tazilah atau Afrakh al-Mu’tazilah (anak bibitan kaum Mu’tazilah) dengan alasan kerana menggunakan akal sebagai salah satu sumber utama, adalah tuduhan yang amat salah. Ini tidak ubah seperti kata pepatah arab “Qabihul Kalam Silahulliam” (kata-kata yang jelek adalah senjata para pengecut). Secara ringkas tetapi namun padat, kita ketengahkan pembahasan tentang Ahlussunnah sebagai al-Firqah an-Najiyah (golongan yang selamat), asal-usulnya, dasar-dasar ajaran dan sistemnya.

PENGENALAN DAN KRONOLOGI SEJARAH

Sejarah mencatat bahawa di kalangan umat Islam bermula dari abad-abad permulaan (mulai dari masa khalifah sayyidina Ali ibn Abi Thalib) sehinggalah sekarang terdapat banyak firqah (golongan) dalam masalah aqidah yang saling bertentangan di antara satu sama lain. Ini fakta yang tidak dapat dibantah. Bahkan dengan tegas dan jelas Rasulullah telah menjelaskan bahawa umatnya akan berpecah menjadi 73 golongan. Semua ini sudah tentunya dengan kehendak Allah dengan berbagai hikmah tersendiri, walaupun tidak kita ketahui secara pasti. Hanya Allah yang Maha Mengetahui segala sesuatu. Namun Rasulullah juga telah menjelaskan jalan selamat yang harus kita ikuti dan panuti agar tidak terjerumus dalam kesesatan. Iaitu dengan mengikuti apa yang diyakini oleh al-Jama’ah; majoriti umat Islam. Karena Allah telah menjanjikan kepada Rasul-Nya, Nabi Muhammad, bahawa umatnya tidak akan tersesat selama mana mereka berpegang teguh kepada apa yang disepakati oleh kebanyakan mereka. Allah tidak akan menyatukan mereka dalam kesesatan. Kesesatan akan menimpa mereka yang menyimpang dan memisahkan diri dari keyakinan majoriti.

Majoriti umat Muhammad dari dulu sampai sekarang adalah Ahlussunnah Wal Jama’ah. Mereka adalah para sahabat dan orang-orang yang mengikuti mereka dalam Ushul al-I’tiqad (dasar-dasar aqidah); iaitu Ushul al-Iman al-Sittah (dasar-dasar iman yang enam) yang disabdakan Rasulullah dalam hadith Jibril uang bermaksud : “Iman adalah engkau mempercayai Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab- kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari akhir serta Qadar (ketentuan Allah); yang baik maupun buruk”. (H.R. al Bukhari dan Muslim)

Perihal al-Jama’ah dan pengertiannya sebagai majoriti umat Muhammad yang tidak lain adalah Ahlussunnah Wal Jama’ah tersebut dijelaskan oleh Rasulullah dalam sabdanya yang bermaksud: “Aku berwasiat kepada kalian untuk mengikuti sahabat-sahabatku, kemudian mengikuti orang-orang yang datang setelah mereka, kemudian mengikuti yang datang setelah mereka“. Dan termasuk rangkaian hadith ini: “Tetaplah bersama al-Jama’ah dan jauhi perpecahan karena syaitan akan menyertai orang yang sendiri. Dia (syaitan) dari dua orang akan lebih jauh, maka barang siapa menginginkan tempat lapang di syurga hendaklah ia berpegang teguh pada (keyakinan) al-Jama’ah”. (H.R. at-Tirmidzi; berkata hadith ini Hasan Shahih juga hadith ini dishahihkan oleh al-Hakim).

Al-Jama’ah dalam hadith ini tidak boleh diertikan dengan orang yang selalu melaksanakan solat dengan berjama’ah, jama’ah masjid tertentu. Konteks pembicaraan hadith ini jelas mengisyaratkan bahwa yang dimaksud al-Jama’ah adalah majoriti umat Muhammad dari sisi jumlah(‘adad). Penafsiran ini diperkuatkan juga oleh hadith yang dinyatakan di awal pembahasan. Iaitu hadith riwayat Abu Daud yang merupakan hadith Shahih Masyhur, diriwayatkan oleh lebih dari 10 orang sahabat. Hadith ini memberi kesaksian akan kebenaran majoriti umat Muhammad bukan kesesatan firqah-firqah yang menyimpang. Jumlah pengikut firqah-firqah yang menyimpang ini, jika dibandingkan dengan pengikut Ahlussunnah Wal Jama’ah sangatlah sedikit. Seterusnya di kalangan Ahlussunnah Wal Jama’ah terdapat istilah yang popular iaitu “ulama salaf”. Mereka adalah orang-orang yang terbaik dari kalangan Ahlusssunnah Wal Jama’ah yang hidup pada 3 abad pertama hijriyah sebagaimana sabda nabi yang maknanya: “Sebaik-baik abad adalah abadku kemudian abad setelah mereka kemudian abad setelah mereka”. (H.R. Tirmidzi)

Pada masa ulama salaf ini, di sekitar tahun 260 H, mula tercetus bid’ah Mu’tazilah, Khawarij, Musyabbihah dan lain-lainnya dari kelompok-kelompok yang membuat fahaman atau mazhab baru. Kemudian muncullah dua imam muktabar pembela Aqidah Ahlussunnah iaitu Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari (W. 324 H) dan Imam Abu Manshur al-Maturidi (W. 333 H) –semoga Allah meridhai keduanya–menjelaskan aqidah Ahlussunnah Wal Jama’ah yang diyakini para sahabat Nabi Muhammad dan orang-orang yang mengikuti mereka, dengan mengemukakan dalil-dalil naqli (nas-nas al-Quran dan Hadith) dan dalil-dalil aqli (argumentasi rasional) disertaikan dengan bantahan-bantahan terhadap syubhat-syubhat (sesuatu yang dilontarkan untuk mengaburkan hal yang sebenarnya) golongan Mu’tazilah, Musyabbihah, Khawarij dan ahli bid’ah lainnya.

Disebabkan inilah Ahlussunnah dinisbahkan kepada keduanya. Mereka; Ahlussunnah Wal Jamaah akhirnya dikenali dengan nama al-Asy’ariyyun (para pengikut Imam Abu al-Hasan Asy’ari) dan al-Maturidiyyun (para pengikut Imam Abu Manshur al-Maturidi). Hal ini menunjukkan bahawa mereka adalah satu golongan iaitu al-Jama’ah. Kerana sebenarnya jalan yang ditempuhi oleh al-Asy’ari dan al-Maturidi dalam pokok aqidah adalah sama dan satu. Adapun perbezaan yang terjadi di antara keduanya hanyalah pada sebahagian masalah-masalah furu’ (cabang) aqidah. Hal tersebut tidak menjadikan keduanya saling berhujah dan berdebat atau saling menyesatkan, serta tidak menjadikan keduanya terlepas dari ikatan golongan yang selamat (al-Firqah al-Najiyah). Perbezaan antara al-Asy’ariyyah dan al-Maturidiyyah ini adalah seperti perselisihan yang terjadi di antara para sahabat nabi, tentang adakah Rasulullah melihat Allah pada saat Mi’raj? Sebahagian sahabat, seperti ‘Aisyah dan Ibn Mas’ud mengatakan bahawa Rasulullah tidak melihat Tuhannya ketika Mi’raj. Sedangkan Abdullah ibn ‘Abbas mengatakan bahawa Rasulullah melihat Allah dengan hatinya. Allah memberi kemampuan melihat kepada hati Nabi Muhammad atau membuka hijab sehingga dapat melihat Allah. Namun demikian al-Asy’ariyyah dan al-Maturidiyyah ini tetap bersama atau bersefahaman dan sehaluan dalam dasar-dasar aqidah. Al-Hafiz Murtadha az-Zabidi (W. 1205 H) mengatakan:“Jika dikatakan Ahlussunnah wal Jama’ah, maka yang dimaksud adalah al-Asy’ariyyah dan al-Maturidiyyah “. (Al-Ithaf Syarah li Ihya Ulumuddin, juz 2 hlm 6)

Maka aqidah yang sebenar dan diyakini oleh para ulama salaf yang soleh adalah aqidah yang diyakini oleh al-Asy’ariyyah dan al-Maturidiyyah. Kerana sebenarnya keduanya hanyalah merumuskan serta membuat ringkasan yang mudah (method) dan menjelaskan aqidah yang diyakini oleh para nabi dan rasul serta para sahabat. Aqidah Ahlusssunnah adalah aqidah yang diyakini oleh ratusan juta umat Islam, mereka adalah para pengikut madzhab Syafi’i, Maliki, Hanafi, serta orang-orang yang utama dari madzhab Hanbali (Fudhala’ al-Hanabilah).

Aqidah ini diajarkan di pondok-pondok Ahlussunnah di negara kita Malaysia,Indonesia,Thailand dan lain-lainnya.Dan Alhamdulillah, aqidah ini juga diyakini oleh ratusan juta kaum muslimin di seluruh dunia seperti Brunei, India, Pakistan, Mesir (terutama al-Azhar), negara-negara Syam (Syria, Jordan, Lubnan dan Palestin), Maghribi,Yaman, Iraq, Turki, Chechnya, Afghanistan dan banyak lagi di negara-negara lainnya.



Maka wajib bagi kita untuk sentiasa memberi penuh perhatian dan serius dalam mendalami aqidah al- Firqah al-Najiyah yang merupakan aqidah golongan majoriti. Kerana ilmu aqidah adalah ilmu yang paling mulia, sebab ia menjelaskan pokok atau dasar agama. Abu Hanifah menamakan ilmu ini dengan al-Fiqh al-Akbar. Kerana mempelajari ilmu ini wajib diutamakan dari mempelajari ilmu-ilmu lainnya. Setelah selesai atau khatam mempelajari ilmu ini barulah disusuli dengan ilmu-ilmu Islam yang lain. Inilah method yang diikuti para sahabat nabi dan ulama rabbaniyyun dari kalangan salaf maupun khalaf dalam mempelajari agama ini. Tradisi ini telah bermula dari zaman Rasulullah, sebagaimana yang dikatakan oleh Ibn Umar dan Jundub, maknanya: “Kami ketika remaja saat mendekati baligh- bersama Rasulullah mempelajari iman (tauhid) dan belum mepelajari al-Qur’an. Kemudian kami mempelajari al-Qur’an maka bertambahlah keimanan kami”. (H.R. Ibnu Majah dan dishahihkan oleh al-Hafidz al-Bushiri).

Ilmu aqidah juga disebut dengan ilmu kalam. Hal ini kerana ramainya golongan yang menyalahgunakan nama Islam namun menentang aqidah Islam yang sebenar dan banyaknya kalam (argumentasi) dari setiap golongan untukmembela aqidah mereka yang sesat. Tidak semua ilmu kalam itu tercela, sebagaimana dikatakan oleh golongan Musyabbihah (kelompok yang menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya). Akan tetapi ilmu kalam terbahagi menjadi dua bahagian ; ilmu kalam yang terpuji dan ilmukalam yang tercela. Ilmu kalam yang kedua inilah yang menyalahi aqidah Islam kerana dikarang dan dipelopori oleh golongan-golongan yang sesat seperti Mu’tazilah, Musyabbihah (golongan yang menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya, sepeti kaum Wahabiyyah) dan ahli bid’ah lainnya. Adapun ilmu kalam yang terpuji ialah ilmu kalam yang dipelajari oleh Ahlussunah untuk membantah golongan yang sesat. Dikatakan terpuji kerana pada hakikatnya ilmu kalam Ahlussunnah adalah taqrir dan penyajian prinsip-prinsip aqidah dalam formatnya yang sistematik dan argumentatif; dilengkapi dengan dalil-dalil naqli dan aqli. Dasar-dasar ilmu kalam ini telah wujud di kalangan para sahabat. Di antaranya, Imam Ali ibn Abi Thalib dengan argumentasinya yang kukuh dapat mengalahkan golongan Khawarij, Mu’tazilah dan juga dapat membantah empat puluh orang yahudi yang meyakini bahwa Allah adalah jisim (benda). Demikian pula Abdullah ibn Abbas, Al-Hasan ibn Ali ibn Abi Thalib dan Abdullah ibn Umar juga membantah kaum Mu’tazilah. Sementara dari kalangan tabi’in; Imam al-Hasan al-Bashri, Imam al-Hasan ibn Muhamad ibn al-Hanafiyyah; cucu Saidina Ali ibn Abi Thalib dan khalifah Umar ibn Abdul Aziz juga pernah membantah kaum Mu’tazilah. Kemudian juga para imam dari empat mazhab; Imam Syafi’i, Imam Malik, Imam Abu Hanifah, dan Imam Ahmad juga menekuni dan menguasai ilmu kalam ini. Sebagaimana dinukilkan oleh al-Imam Abu Manshur al-Baghdadi (W 429 H) dalam kitab Ushul ad-Din, al-Hafizh Abu al-Qasim ibn ‘Asakir (W 571 H) dalam kitab Tabyin Kadzib al Muftari, al-Imam az-Zarkasyi (W 794 H) dalam kitab Tasynif al-Masami’ dan al ‘Allamah al Bayyadli (W 1098 H) dalam kitab Isyarat al-Maram dan lain-lain. Allah berfirman yang bermaksud: “Maka ketahuilah bahwa sesungguhnya tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) kecuali Allah dan mohonlah ampun atas dosamu”. (Muhammad :19) Ayat ini sangat jelas mengisyaratkan keutamaan ilmu ushul atau tauhid. Yaitu dengan menyebut kalimah tauhid (la ilaha illallah) lebih dahulu dari pada perintah untuk beristighfar yang merupakan furu’ (cabang) agama. Ketika Rasulullah ditanya tentang sebaik-baiknya perbuatan, beliau Menjawab,maknanya: “Iman kepada Allah dan rasul-Nya”. (H.R. Bukhari) Bahkan dalam sebuah hadits Rasulullah mengkhususkan dirinya sebagai orang yang paling mengerti dan faham ilmu tauhid, beliau bersabda,maknanya: “Akulah yang paling mengerti di antara kalian tentang Allah dan paling takut kepada-Nya”. (H.R. Bukhari)

Kerana itu, sangat banyak ulama yang menulis kitab-kitab khusus mengenai penjelasan aqidah Ahlussunnah Wal Jama’ah ini. Seperti Risalah al-’Aqidah ath-Thahawiyyah karya al-Imam as-Salafi Abu Ja’far ath-Thahawi (W 321 H), kitab al‘Aqidah an-Nasafiyyah karangan al Imam ‘Umar an-Nasafi (W 537 H), al-‘Aqidah al-Mursyidah karangan al-Imam Fakhr ad-Din ibn ‘Asakir (W 630 H), al ‘Aqidah ash-Shalahiyyah yang ditulis oleh al-Imam Muhammad ibn Hibatillah al-Makki (W 599H); beliau menamakannya Hadaiq al-Fushul wa Jawahir al Uqul, kemudian menghadiahkan karyanya ini kepada sultan Shalahuddin al-Ayyubi (W 589 H).

Tentang risalah aqidah yang terakhir disebutkan, sultan Shalahuddin sangat tertarik dengannya hingga beliau memerintahkan untuk diajarkan sampai kepada anak-anak kecil di madrasah-madrasah, yang akhirnya risalah aqidah tersebut dikenal dengan nama al ‘Aqidah ash-Shalahiyyah. Sultan Shalahuddin adalah seorang ‘alim yang bermadzhab Syafi’i, mempunyai perhatian khusus dalam menyebarkan al ‘Aqidah as-Sunniyyah. Beliau memerintahkan para muadzdzin untuk mengumandangkan al ‘Aqidah as-Sunniyyah di waktu tasbih (sebelum adzan shubuh) pada setiap malam di Mesir, seluruh negara Syam (Syiria, Yordania, Palestina dan Lebanon), Mekkah, Madinah, dan Yaman sebagaimana dikemukakan oleh al Hafizh as-Suyuthi (W 911 H) dalam al Wasa-il ila Musamarah al Awa-il dan lainnya. Sebagaimana banyak terdapat buku-buku yang telah dikarang dalam menjelaskan al ‘Aqidah as-Sunniyyah dan senantiasa penulisan itu terus berlangsung. Kita memohon kepada Allah semoga kita meninggal dunia dengan membawa aqidah Ahlissunah Wal Jamaah yang merupakan aqidah para nabi dan rasul Allah. Amin.


Terakhir diubah oleh tanggal Fri Dec 21, 2007 9:41 pm, total 1 kali diubah
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://contengmfr.blogspot.com/
mfr



Jumlah posting : 295
Registration date : 06.05.07

PostSubyek: Re: Manhaj Asyaa'irah ?   Fri Dec 21, 2007 9:40 pm

PANDANGAN JUMHUR ULAMA TENTANG AQIDAH ASY’ARIYYAH; AQIDAH AHLUSSUNNAH WAL JAMA’AH

As-Subki dalam Thabaqatnya berkata: “Ketahuilah bahwa Abu al-Hasan al-Asy’ari tidak membawa ajaran baru atau madzhab baru, beliau hanya menegaskan kembali madzhab salaf, menghidupkan ajaran-ajaran sahabat Rasulullah. Penisbatan nama kepadanya kerana beliau konsisten dalam berpegang teguh ajaran salaf, hujjah (argumentasi) yang beliau gunakan sebagai landasan kebenaran aqidahnya juga tidak keluar dari apa yang menjadi hujjah para pendahulunya, kerananya para pengikutnya kemudian disebut Asy’ariyyah. Abu al-Hasan al-Asy’ari bukanlah ulama yang pertama kali berbicara tentang Ahlussunnah wal Jama’ah, ulama-ulama sebelumya juga banyak berbicara tentang Ahlussunnah wal Jama’ah. Beliau hanya lebih memperkuat ajaran salaf itu dengan argumen-argumen yang kuat. Bukankah penduduk kota Madinah banyak dinisbatkan kepada Imam Malik, dan pengikutnya disebut al Maliki. Ini bukan berarti Imam Malik membawa ajaran baru yang sama sekali tidak ada pada para ulama sebelumnya, melainkan karena Imam Malik menjelaskan ajaran-ajaran lama dengan penjelasan yang lebih terang, jelas dan sistematis demikian juga yang dilakukan oleh Abu al-Hasan al-Asy’ari”.

Habib Abdullah ibn Alawi al-Haddad menegaskan bahwa “kelompok yang benar adalah kelompok Asy’ariyah yang dinisbatkan kepada Imam Asy’ari. Aqidahnya juga aqidah para sahabat dan tabi’in, aqidah ahlul haqq dalam setiap masa dan tempat, aqidahnya juga menjadi aqidah kaum sufi sejati. Hal ini sebagaimana diceritakan oleh Imam Abul Qasim al-Qusyayri. Dan Alhamdulillah aqidahnya juga menjadi aqidah kami dan saudara-saudara kami dari kalangan habaib yang dikenal dengan keluarga Abu Alawi, juga aqidah para pendahulu kita. Kemudian beliau melantunkan satu bait sya’ir:

وكن أشعريا في اعتقادك إنه هو المنهل الصافي عن الزيغ والكفر “Jadilah pengikut al Asy’ari dalam aqidahmu, karena ajarannya adalah sumber yangbersih dari kesesatan dan kekufuran”.

Ibnu ‘Abidin al Hanafi mengatakan dalam Hasyiyah Radd al Muhtar ‘ala ad-Durr al Mukhtar : “Ahlussunnah Wal Jama’ah adalah al Asya’irah dan al Maturidiyyah”. Dalam kitab ‘Uqud al Almas al Habib Abdullah Alaydrus al Akbar mengatakan : “Aqidahku adalah aqidah Asy’ariyyah Hasyimiyyah Syar’iyyah sebagaimana Aqidah para ulama madzhab syafi’i dan Kaum Ahlussunnah Shufiyyah”. Bahkan jauh sebelum mereka ini Al-Imam al ‘Izz ibn Abd as-Salam mengemukakan bahawa aqidah al Asy’ariyyah disepakati oleh kalangan pengikut madzhab Syafi’i, madzhab Maliki, madzhab Hanafi dan orang-orang utama dari madzhab Hanbali (Fudlala al-Hanabilah). Apa yang dikemukakan oleh al ‘Izz ibn Abd as-Salam ini disetujui oleh para ulama di masanya, seperti Abu ‘Amr Ibn al Hajib (pimpinan ulama Madzhab Maliki di masanya), Jamaluddin al Hushayri pimpinan ulama Madzhab Hanafi di masanya, juga disetujui oleh al Imam at-Taqiyy as-Subki sebagaimana dinukil oleh putranya Tajuddin as-Subki.

GARIS PANDUAN AQIDAH ASY’ARIYYAH

Secara garis besar aqidah asy’ari yang juga merupakan aqidah ahlussunnah wal jama’ah adalah meyakini bahwa Allah ta’ala maha Esa dan tidak ada sekutu bagi-Nya, Allah bukanlah benda yang boleh digambarkan, dan juga bukan benda yang berbentuk dan berukuran. Allah tidak serupa dengan sesuatupun dari makhluk-Nya (laysa kamitslihi syai’). Allah ada dan tidak ada permulaan atau penghabisan bagi kewujudan-Nya, Allah maha kuasa dan tidak ada yang melemahkan-Nya, serta Allah tidak diliputi arah. Allah ada sebelum menciptakan tempat tanpa tempat, Allah wujud setelah menciptakan tempat dan tanpa bertempat. tidak boleh ditanyakan tentangnya bila, dimana dan bagaimana ada-Nya. Allah ada tanpa terikat oleh masa dan tempat. Maha suci Allah dari bentuk (batasan), batas akhir, sisi-sisi, anggota badan yang besar dan anggota badan yang kecil. Allah tidak diliputi satu arah atau enam arah penjuru. Allah tidak seperti makhluk-Nya. Allah maha suci dari duduk, bersentuhan, bersemayam, menyatu dengan makhluk-Nya, berpindah-pindah dan sifat-sifat makhluk lainnya. Allah tidak terjangkau oleh fikiran dan tidak terbayang dalam ingatan, kerana apapun yang terbayang dalam benakmu maka Allah tidak seperti itu. Allah maha hidup, maha mengetahui, maha kuasa, maha mendengar dan maha melihat. Allah berbicara dengan kalam-Nya yang azali sebagaimana sifat-sifat-Nya yang lain juga azali, kerana Allah berbeza dengan semua makhluk-Nya dalam dzat, sifat dan perbuatan-Nya. Barang siapa menyifati Allah dengan sifat makhluknya sungguh dia telah kafir. Allah yang telah menciptakan makhluk dan perbuatan-perbuatan-Nya, Alah juga yang menentukan rezeki dan ajal mereka. Tidak ada yang boleh menolak ketentuan-Nya dan tidak ada yang boleh menghalangi pemberian-Nya. Allah berbuat dalam kerajaan-Nya ini apa yang Allah kehendaki. Allah tidak ditanya perihal perbuatan-Nya melainkan hamba-Nyalah yang akan diminta dipertanggungjawakan atas segala perbuatan-Nya. Apa yang Allah kehendaki pasti terlaksana dan yang tidak Allah kehendaki tidak akan terjadi. Allah bersifat dengan kesempurnaan yang pantas bagi-Nya dan Allah maha suci dari segala bentuk kekurangan. Nabi Muhammad adalah penutup para nabi dan penghulu para rasul. Nabi Muhammad diutuskan oleh Allah ke muka bumi ini untuk semua penduduk bumi, jin maupun manusia. Nabi Muhammad jujur dalam setiap apa yang disampaikannya.

dipetik dari:bankwahabi.blogspot
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://contengmfr.blogspot.com/
mfr



Jumlah posting : 295
Registration date : 06.05.07

PostSubyek: Re: Manhaj Asyaa'irah ?   Fri Dec 21, 2007 9:53 pm

mereka berpegang dengan Manhaj Asya’irah dalam aqidah diantaranya seperti : Imam Abu Hassan Al-Baahili, Abu Ishaq Al-Isfaroyiini, Al-Hafiz Abu Nu’aim Al-Asbahani, Qodhi Abdul Wahab Al-Maliki yang berpegang dengan Mazhab Maliki, Assyeikh Abu Muhammad Al Juwaini serta anaknya Abu Al-Ma’aali kedua-duanya adalah Imam Haramain, Abu Mansur At-Tamimi Al-Baghdadi, Al-Hafiz Ad-Darul Qutni, Al-Hafiz Al-Khatib Al-Baghdadi, Al-Ustaz Abu Al-Qosim Al-Qusyairi serta anaknya Abu Nasr, Asy-Syeikh Abu Ishaq Asy-Syirozi, Nasru Al-Maqdisi, Al-Farowi, Abu Al-Wafa’ bin ‘Aqil Al-Hambali yang berpegang dengan Mazhab Hambali, Qodhi Ad-Damaghoni Al-Hanafi yang berpegang dengan Mazhab Hanafi, Abu-Al-Walid Al-Baaji Al-Maliki yang berpegang dengan Mazhab Maliki, Al-Imam As-Sayid Ahmad Ar-Rifa’ie, Al-Hafiz Abu Qosim Ibnu ‘Asakir, Ibnu As-Sam’ani, Al-Hafiz Assalafi, Al-Qodhi ‘Yad, Imam An-Nawawi, Imam Fakhruddin Ar-Rozi, ‘Izzuddin bin Abdussalam, Abu Amru bin Alhajib Al-Maliki, Imam Ibnu Daqiq Al-‘Iydi, Imam Taqiyuddin As-Subky, Al-Hafiz Al-‘Alai, Al-Hafiz Zainuddin Al-iraqy serta anaknya Al-Hafiz Waliyuddin.

Imam bahasa yang terkenal Al-Hafiz Murtadho Azzabidi, Imam Assyeikh Zakaria Al-Ansori, Assyeikh Bahauddin Arrawasi Assufi, Mufti Mekah Ahmad bin Zaini Dahlan, Mufti Mesir Assyeikh Muhammad ‘illaish Almaliki, Sheik Jamik Alazhar Abdullah As-syarqowi, seorang ulama sanad hadith yang tekenal As-syeikh Abu Al-Mahasin Al-Qowuqji, Sheik Sirojiddin Al-Indunisy dan Alfaqih Al-Muhaddith Al-Usuly Maulana Syeikhul Islam Abu Abdurrahman Abdullah Al-Harary.
(Hj Ahmad Hafiz Bin Hj Mohd Alwi al-Hafiz:Pengurus Pusat Pengajian Islam Baitul Iman Dungun, Terengganu)
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://contengmfr.blogspot.com/
mfr



Jumlah posting : 295
Registration date : 06.05.07

PostSubyek: Re: Manhaj Asyaa'irah ?   Fri Dec 21, 2007 9:55 pm

Hero Senget wrote:


Oleh itu,kita yang berada di Malaysia khususnya bangga bermazhab Syafie kenapa perlu terpengaruh dengan teori “Allah Wujud Tidak Bertempat” ataupun “Allah Wujud Di Mana-Mana”?Apakah mereka yang mencanang-canang slogan berpegang kepada mazhab Syafie dalam fiqh tetapi mengambil Aqidah Asya’irah dalam aqidah membawa maksud aqidah Imam As-Shafie tidak betul?Mengapa tidak mengambil kedua-duanya yakni baik dalam fiqh apetah lagi aqidah Imam Syafie seperti yang dinyatakan di atas?



Telah menulis Hujjah al-Islam Imam al-Ghazali di dalam kitabnya yang cukup terkenal dan mempunyai berkat dan manfaat yang besar, Ihya’ Ulum al-Din:

Quote :
Allah bukan merupakan benda yang dirupakan. Bukan merupakan atom yang terbatas. Allah tidak menyamai benda baik dalam perkiraan mahupun bahagiannya. Allah bukan merupakan jasad dan jasad tidak berada pada-Nya. Allah bukan merupakan aradh dan tidak ditempati aradh. Allah tidak menyerupai sesuatu yang ada dan sesuatu yang ada tidak menyerupai Dia. Tidak ada yang serupa dengan Dia dan Dia tidak serupa dengan sesuatu. Allah tidak terbatas oleh ukuran. Allah tidak terlingkup oleh daerah. Allah tidak terlingkup oleh arah. Allah tidak dikelilingi oleh langit dan bumi.

Allah beristiwa’ atas arasy dengan istiwa’ yang Dia kehendaki. Istiwa’ yang jauh daripada sentuhan, bertempat dan berpindah. Allah tidak dipikul oleh arasy. Bahkan arasy dan semua pemikulnya berada dalam kekuasaan-Nya dan tunduk di bawah perintah-Nya.

Allah di atas arasy dan di atas segala sesuatu sampai dasar bumi. Atas yang tidak menambah Dia dekat dengan arasy dan langit, sebagaimana tidak menambah Dia jauh daripada bumi dan tanah. Dia mengangkat darjat daripada arasy sebagaimana Dia mengangkat darjat daripada tanah. Meskupun demikian, Allah dekat dengan segala sesuatu. Dia lebih dekat kepada hamba daripada lehernya. Allah Maha Melihat segala sesuatu. Dekat-Nya tidak sama dengan dekatnya benda, seperti Zat-Nya tidak sama dengan zat-zat jasad.

Allah tidak bertempat dalam sesuatu, sebagaimana tidak ada sesuatu yang bertempat pada-Nya. Allah tidak terlingkup oleh ruang sebagaimana tidak terlingkup oleh waktu. Allah ada sebelum Dia menciptakan waktu dan ruang. Allah sekarang ini ada pada apa yang ada pada-Nya. Allah lepas daripada mahluk-Nya dengan sifat-Nya. Tidak ada selain Dia pada Zat-Nya dan Zat-Nya tidak ada pada selain Dia.

Allah Maha Suci daripada hal-hal yang baru, iaitu perubahan dan perpindahan. Allah tidak ditempati oleh mahkluk dan tidak terjadi hal baru pada-Nya. Allah sentiaa bersifat kebesaran dan suci daripada sirna. Dalam kesempurnaan-Nya Allah tidak memerlukan tambahan kesempurnaan-Nya. Allah diketahui ada-Nya dengan akal. Allah Zat-Nya boleh dilihat dengan mata sebagai nikmat dan anugerah bagi orang-orang yang berbakti di syurga. Itu sebagai penyempurna nikmat dengan memandang Zat-Nya Yang Mulia.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://contengmfr.blogspot.com/
mfr



Jumlah posting : 295
Registration date : 06.05.07

PostSubyek: Re: Manhaj Asyaa'irah ?   Fri Dec 21, 2007 10:05 pm

Ahli sunah larang ithbat tempat bagi Allah

SOALAN: Sekiranya ada seseorang bukan muslim bertanyakan saya di manakah Allah, apakah jawapan yang sesuai yang saya harus berikan kepada beliau?

JAWAPAN:

Ustaz nukilkan di sini dialog Imam Abu Hanifah dengan seorang ateis (orang yg tidak mengakui atau mempercayai kewujudan Tuhan) bernama Dahri untuk bacaan, sekali gus hujah-hujah logik yang digunakan oleh Imam Abu Hanifah boleh membantu dalam menjelaskan persoalan di manakah Allah?

Pada suatu ketika, kota Baghdad didatangi oleh seorang pendakyah Yahudi bernama Dahri. Kedatangannya mencetuskan kegemparan di kalangan umat Islam.

Dahri cuba merosakkan pegangan umat Islam dengan membahaskan soal-soal yang berhubung kait dengan ketuhanan. Dicabarnya para ulama Baghdad untuk berdebat dengannya. Setiap kali cabarannya disahut, hujah-hujah Dahri tidak pernah dapat dipatahkan sehingga akhirnya tidak ada lagi ulama Baghdad dan ulama-ulama di sekitarnya yang sanggup berhadapan dengannya.

Akhirnya wakil Khalifah menemui Imam Hammad bin Abi Sulaiman Al-Asy’ari, seorang ulama yang tidak kurang hebat ketokohannya serta kredibilitinya.

Khalifah memerintahkan perdebatan antara Imam Hammad dan Dahri disegerakan. Dan ia mesti dibuat di Masjid Jamek di tengah-tengah kota Baghdad. Sehari sebelum itu, Masjid Jamek telah penuh sesak dengan orang ramai.

“Maha suci Allah, maha suci Allah, maha suci Allah, sesungguhnya aku tiada daya usaha melainkan melainkan Allah lah pelindungku Tuhan yang maha tinggi lagi Maha Agung”. Lidah Imam Hammad terus melafazkan kalimat menyucikan segala tohmahan yang tidak layak bagi zat yang Maha Agung. Dia beristighfar terus.

Keesokannya, pagi-pagi lagi muncul Abu Hanifah, murid Imam Hammad yang paling rapat dan yang paling disayanginya. Namanya yang sebenar ialah Nu’man, yang ketika itu usianya masih remaja. Bila ternampak keadaan gurunya yang gundah gulana itu, Abu Hanifah pun bertanya untuk mendapat kepastian. Lalu Imam Hammad menceritakan keadaan yang sebenar.

Membantu guru

Beliau juga memohon izin membantu gurunya berdepan dengan si Dahri. Maka berangkatlah ilmuwan belasan tahun itu bersama gurunya ke Masjid Jamek di mana majlis dialog akan diadakan yang dihadiri oleh orang ramai dan Khalifah. Seperti biasanya, sebelum menyampaikan dakyahnya, Dahri mencabar dan memperlekeh-lekehkan ulama dengan bersuara lantang dari atas pentas.

“Hai Dahri, apalah yang digusarkan. Orang yang mengetahuinya pasti menjawabnya!” Tiba-tiba suara Abu Hanifah memeranjatkan Dahri dan menyentakkan kaum Muslimin yang hadir. Dahri sendiri terkejut. Matanya memandang tajam mata Abu Hanifah yang masih muda.

“Siapa kamu hai anak muda? Berani sungguh menyahut cabaranku...Sedangkan ulama yang hebat-hebat, yang berserban dan berjubah labuh telah ku kalahkan...!” Lantang suara Dahri membidas Abu Hanifah.

“Wahai Dahri,” balas Abu Hanifah, “Sesungguhnya Allah tidak mengurniakan kemuliaan dan kebesaran itu pada serban atau jubah yang labuh. Tetapi Allah mengurniakan kemuliaan kepada orang-orang yang berilmu dan bertakwa”.

Abu Hanifah lalu membacakan firman Allah s.w.t yang bermaksud: Allah telah meninggikan darjat orang beriman dan berimu antara kamu beberapa darjat. (Al-Mujadalah: 11)

Geram rasanya hati Dahri mendengarnya kepetahan lidah pemuda ini berhujah. Maka berlangsunglah majlis dialog.

“Benarkah Allah itu wujud?,” soal Dahri memulakan majlis dialognya.

“Bahkan Allah memang wujud,” tegas Abu Hanifah.

“Kalau Allah maujud (wujud), di manakah tempatnya..?” Suara Dahri semakin meninggi.

“Allah tetap wujud tetapi dia tidak bertempat!” jelas Abu Hanifah.

“Hairan, kau kata Allah itu wujud, tetapi tidak bertempat pula...?” bantah Dahri sambil tersenyum sinis kepada hadirin.

“Ah, itu senang sahaja wahai Dahri. Cuba kau lihat pada dirimu sendiri. Bukankah pada dirimu itu ada nyawa...,” Abu Hanifah berhujah.

“Bahkan, memang aku ada nyawa, dan memang setiap makhluk yang bernafas itu ada nyawa...!,” sahut Dahri.

“Tetapi adakah kau tahu di manakah letaknya nyawa atau rohmu itu...? Dikepalakah, diperutkah atau adakah dihujung tapak kakimu..?” Tersentak Dahri seketika.

Setelah itu Abu Hanifah mengambil segelas susu lalu lalu berkata: “Adakah dalam air susu ini ada terkandung lemak...?”

Pantas Dahri menjawab, “Ya, bahkan!”

Abu Hanifah bertanya lagi, “Kalau begitu di manakah lemak itu berada...? Di bahagian atasnya atau di bawahkah...?” Sekali lagi Dahri tersentak, tidak mampu menjawab pertanyaan Abu Hanifah yang petah itu.

“Untuk mencari di manakah roh dalam jasad dan di manakah kandungan lemak dalam susu ini pun kita tidak upaya, masakan pula kita dapat menjangkau di manakah beradanya Zat Allah s.w.t di alam maya ini? Zat yang mencipta dan mentadbir seluruh alam ini termasuk roh dan akal dangkal kita ini, pun ciptaan-Nya, yang tunduk dan patuh di bawah urusan tadbir kerajaan-Nya Yang Maha Agung...!”

“Hai anak muda! Apakah yang wujud sebelum Allah. Dan apa pula yang muncul selepas Dia nanti...” soal Dahri lagi.

“Wahai Dahri! Tidak ada suatu pun yang wujud sebelum Allah s.w.t dan tidak ada sesuatu jua yang akan muncul selepas-Nya. Allah tetap Qadim dan Azali. Dialah yang Awal dan Dialah yang Akhir,” tegas Abu Hanifah, ringkas tapi padat.

“Pelik sungguh! Mana mungkin begitu....Tuhan wujud tanpa ada permulaannya? Dan mana mungkin Dia pula yang terakhir tanpa ada lagi yang selepas-Nya....?,” Dahri cuba berdalih dengan minda logiknya.

Dengan tersenyum Abu Hanifah menjelaskan, “Ya! Dalilnya ada pada diri kamu sendiri. Cuba kau lihat pada ibu jari mu itu. Jari apakah yang kau nampak berada sebelum jari ini..?” Sambil menuding ibu jarinya ke langit.

Tidak terfikir

Beberapa hadirin turut berbuat demikian. “Dan pada jari manis kau itu, ada lagikah jari yang selepasnya...” Dahri membelek-belek jarinya. Tidak terfikir dia persoalan yang sekecil itu yang diambil oleh Abu Hanifah.”

“Jadi...! Kalaulah pada jari kita yang kecil ini pun, tidak mampu kita fikir, apatah lagi Allah Zat Yang Maha Agung itu, yang tiada suatu pun yang mendahului-Nya dan tiada sesuatu yang kemudian selepas-Nya.”

Sekali lagi Dahri tercenggang. Bungkam. Namun masih tidak berputus asa untuk mematahkan hujah anak muda yang telah memalukannya di khalayak ramai. Khalifah memerhatikan sahaja gelagat Dahri dengan penuh tanda tanya. Dahri berfikir seketika, mencari jalan, mencari idea. Semacam suatu ilham baru telah menyuntik mindanya, iapun tersenyum lalu bertanya.

“Ini soalan yang terakhir buat mu, hai.. budak mentah!,”. Sengaja Dahri mengeraskan suaranya agar rasa malunya itu terperosok, dan seolah-olah memperkecilkan kemampuan Abu Hanifah.

“Allah itu ada, kata mu. Ha! apakah pekerjaan Tuhanmu ketika ini?” Soalan tersebut membuat Abu Hanifah tersenyum riang.

“Ini soalan yang sungguh menarik. Jadi kenalah dijawab dari tempat yang tinggi supaya dapat didengar oleh semua orang,” katanya. Pemuda ideologi Ad-Dahriyyun yang sedari tadi mentalitinya dicabar terus, berjalan turun meninggalkan mimbar masjid Jamek, memberi tempat untuk Abu Hanifah:

“Wahai sekelian manusia. Ketahuilah bahawa kerja Allah ketika ini ialah menggugurkan yang batil sebagaimana Dahri yang berada di atas mimbar, diturunkan Allah ke bawah mimbar. Dan Allah juga telah menaikkan yang hak sebagaimana aku, yang berada di sana, telah dinaikkan ke atas mimbar Masjid Jamek ini... !”

Bagai halilintar, hujah Abu Hanifah menerjah ke dua-dua pipi Dahri. Seiring dengan itu bergemalah pekikan takbir dari orang ramai. Mereka memuji-muji kewibawaan Abu Hanifah yang berjaya menyelamatkan maruah Islam dari lidah Dahri yang sesat lagi menyesatkan itu.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud, Dialah yang awal dan dialah yang akhir, dan yang zahir dan yang batin, dan dialah yang mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (al-Hadid: 3) dalam ayat yang keempat daripada surah yang sama Allah berfirman yang bermaksud, … dan dia tetap bersama kamu di mana sahaja kamu berada.

Maksudnya Allah s.w.t sentiasa mengawasi manusia dengan ilmunya, memerhati, mendengar serta berkuasa ke atas mereka biar di mana sahaja mereka berada. Di dalam fahaman ahli sunnah adalah ditegah mengishbat tempat bagi Allah, dengan menentukan lokasi baginya.

Hanya makhluk sahaja yang memerlukan tempat, namun Allah s.w.t tidak sama dengan makhluk, dan tidak memerlukan apa yang diperlukan oleh makhluk.

utusan nov 2007
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://contengmfr.blogspot.com/
mfr



Jumlah posting : 295
Registration date : 06.05.07

PostSubyek: Re: Manhaj Asyaa'irah ?   Fri Dec 21, 2007 10:11 pm

Sebelum dibincangkan artikel beliau secara ilmiah, wajarlah kita bincangkan mengenai kaedah-kaedah yang berlegar dalam perbahasan ini.


Pertama, ulama' Ahlus Sunnah wal Jamaah (kecuali sebahagian besar daripada Wahhabi, yang barangkali merupakan ahlus sunnah wal jamaah versi kedua atau versi klon) menafikan Allah s.w.t. bertempat kerana sifat bertempat merupakan sifat baharu (hadith) yang mana Allah s.w.t. tidak bersifat dengan sifat yang baharu.


Sifat baharu merupakan sifat makhluk. Jadi, sesiapa yang menetapkan Allah s.w.t. bertempat, secara tidak langsung menetapkan sifat baharu yang merupakan sifat makhluk. Ini juga merupakan salah satu bentuk tasybih (menyamakan sifat Allah s.w.t. dengan makhluk).


Kedua: Apabila seseorang mengatakan bahawa, Allah s.w.t. itu bertempat, siapakah yang menciptakan tempat itu. Kalau Allah s.w.t.-lah yang menciptakan tempat, maka Allah s.w.t. yang bersifat qadim (tidak ada permulaan kewujudanNya) sudah tentu wujud tidak bertempat sebelum "tempat" diciptakan. Setelah Allah s.w.t. menciptakan tempat (seperti arasy dan sebagainya), mustahil Allah s.w.t. mengambil tempat yang mana ianya merupakan satu kefahaman bahawa Alah s.w.t. bergabung (hulul) dengan makhluk. Hulul dan ittihad antara Allah s.w.t. sebagai khaliq dengan makhluk (tempat) adalah mustahil dan ditolak oleh konsep Islam dan akal. Konsep hulul ini juga turut ditolak oleh Ibn Taimiyah ketika menghentam sesetengah sufi yang dikatakan terlibat dengan konsep hulul dan ittihad (wihdatul wujud).


Jadi, amatlah malang bagi mereka yang mendakwa mengikut Ibn Taimiyah, dalam masa yang sama terlibat dengan hulul dan ittihad (wihdatul wujud). Biarpun golongan ini (sebahagian salafi wahhabi) menentang habis-habisan konsep wihdatul wujud dalam bidang tasawuf, namun dalam masa yang sama terlibat dengan fahaman hulul dan ittihad dalam bentuk yang lain, takkala mengatakan bahawa: "Allah wujud bertempat".


Sungguh malang nasib mereka, kerana mengingkari "wihdatul wujud" versi pertama, namun turut berfahaman "wihdatul wujud" versi yang berlainan. Bak kata orang, "pi mai pi mai, tang tu". Na'uzubillahi min zalik.


Ketiga: Fahamilah bahawa, mereka yang cuba menafikan konsep "Allah s.w.t. wujud tidak bertempat" secara tidak langsung cuba menegaskan bahawa Allah s.w.t. itu bertempat. Ini perlulah difahami supaya mereka yang terlibat tidak berdolak-dalih, seperti kebiasaannya.


Menolak Fahaman Tasybih yang Mengatakan "Allah s.w.t. Wujud Bertempat".


Dalil Lafzi Naqli Yang Menegaskan bahawa Allah s.w.t Wujud Tidak Bertempat:


Pertama: Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: "Dialah (Allah) yang Maha Awal"


Dalam yang ayat ini jelas mengatakan bahawa, Allah s.w.t. wujud sebelum tempat diciptakan. Oleh yang demikian, Dia wujud tidak bertempat sebelum diciptakan tempat termasuklah sebelum diciptakan arasy. Oleh yang demikian, setelah Allah s.w.t. menciptakan tempat termasuklah arasy, mustahil Allah s.w.t. akan mengambil tempat yang merupakan makhluk, kerana ini membawa kepada fahaman ittihad (penggabungan antara Allah s.w.t. yang qadim dengan makhluk yang baharu) dan ittihad dan hulul merupakan satu kefahaman yang sesat, hatta menurut Ibn Taimiyah juga.


Kedua: Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah s.w.t.telahpun wujud, dan tiada yang wujud bersamaNya" (Sahih Al-Bukhari).


Hal ini turut menegaskan bahawa, Allah s.w.t. wujud qadim (tiada permulaan) tanpa sesuatupun berserta dengan kewujudanNya. Jadi, jelaslah dalam hadis ini bahawa, Allah s.w.t. wujud tidak bertempat.


Sesiapa yang ingin mendakwa bahawasanya, Allah s.w.t. wujud bertempat, secara tidak langsung akan terjebak dengan fahaman hulul dan ittihad yang dikeji oleh Islam.


Dalil Ma'nawi (Taqdiri) dari Naqli yang Menunjukkan Allah s.w.t. Wujud Tidak Bertempat:


Bentuk Istidlal (mengambil dalil) di sini ialah dengan menghimpunkan beberapa dalil dalam perbahasan yang dibahas.


Dalil Pertama (yang menjadi kegemaran sesetengah golongan Wahhabi):


Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Ar-Rahman, 'ala (di atas) Arasy Dia beristiwa' " (Surah Toha:5).


Dalil Kedua: "Kami (Allah s.w.t.) lebih hampir kepadamu dari urat lehermu" (Surah Al-Waqi'ah)


Dalil Ketiga: "Kemana sahaja kamu menghadapkan wajahmu, maka kamu akan menghala/ mengadap kepada wajah Allah" (Al-Baqarah).


Seseorang yang terburu-buru ingin mendakwa bahawa Allah s.w.t. wujud dengan bertempat, perlulah terlebih dahulu menilai banyak lagi ayat-ayat yang berkaitan dengannya.


Kalaulah Allah s.w.t. wujud bertempat, sepertimana dakwaan orang-orang yang jahil dari kalangan mereka yang mengaku berilmu, jadi kesemua ayat di atas menceritakan secara lafzi, yang boleh membawa kepada tempat-tempat di mana Allah s.w.t. berada, menurut manhaj pemikiran mereka.


Oleh yang demikian, takkala orang-orang yang jahil tersebut beranggapan bahawa, Allah s.w.t. di atas arasy menurut ayat surah Toha tersebut, jadi bagaimanapula dengan ayat yang menyatakan bahawa Allah s.w.t. lebih dekat dengan urat tengkok manusia? Kalaulah Allah s.w.t. berada di arasy, sedangkan manusia berada di muka bumi ini, maka jelaslah ada pertentangan dari sudut kefahaman bahawa Allah s.w.t. itu bertempat di atas arasy menurut ayat surah Toha kerana dalam ayat Al-Waqi'ah, Allah s.w.t berada lebih hampir dengan manusia dari urat tengkok mereka, yang mana mereka berada di bumi.


Jadi, kalaulah ayat-ayat tersebut menetapkan kewujudan Allah s.w.t. di sesuatu tempat, maka ianya akan membawa kepada percanggahan antara ayat-ayat dalam Al-Qur'an dan ini tertolak.


Oleh yang demikian, secara tidak langsung, ini menunjukkan bahawa, ayat-ayat sedemikian ada makna lain selain daripada membawa makna "tempat". Janganlah ingat Bahasa Arab ini miskin dari sebarang bentuk kiasan kerana Bahasa Arab yang merupakan bahasa Al-Qur'an, merupakan bahasa yang paling kaya dengan bentuk kiasan.


Kejahilan Mereka yang Jahil dalam Memahami Nas-nas Al-Qur'an dan As-Sunnah serta Perkataan Ulama' mengenainya.


Kejahilan Pertama golongan yang mendakwa bahawa Allah s.w.t. wujud bertempat ialah: Tidak cukup ilmu Bahasa Arab untuk memahami Al-Qur'an secara tepat.


Dalam Bahasa Arab, ada mengandungi perkataan dalam maksud hakiki dan ada yang dikatakan sebagai majazi (kiasan). Oleh kerana Al-Qur'an juga diturunkan di dalam Bahasa Arab, maka kaedah-kaedah Bahasa Arab turut digunapakai di dalam Bahasa Al-Qur'an bahkan dengan bentuk yang paling sempurna.


Jadi, tidak dapat dinafikan (kecuali oleh orang-orang yang jahil), bahawa Al-Qur'an juga mengandungi perkataan-perkataan yang hakiki (membawa maksud sebenar) dan majazi (berbentuk kiasan). Inilah realiti Al-Qur'an yang diturunkan dalam Bahasa Arab dengan ketinggian sasteranya.


Mereka yang menggunakan dalil-dalil tadi (Surah Toha: 5) dan sebagainya untuk menunjukkan bahawa Allah s.w.t. itu bertempat, sebenarnya salah faham terhadap dalil yang mereka rujuk. Ini disebabkan kerana gagal memahami kaedah Bahasa Arab itu sendiri atau sengaja mengingkari konsep kiasan dalam Al-Qur'an.


Bagi mereka yang menafikan bahawa, Al-Qur'an mengandungi majazi (kiasan), penulis mencabar kepada mereka agar mendatangkan satu ayat Al-Qur'an yang menafikan majaz dalam Al-Qur'an, sedangkan dalam Al-Qur'an sendiri mengandungi pelbagai bentuk kiasan dan perbandingan.


Kejahilan Kedua golongan yang mendakwa Allah s.w.t. itu wujud bertempat ialah kerana kecetekan ilmu mereka dalam memahami konsep Balaghah (kesusasteraan) dalam Bahasa Arab itu sendiri.


Perkataan 'Ala contohnya, dalam Bahasa Arab mengandungi dua maksud yang berbeza. Pertama, dalam bentuk hakiki, iaitu di atas sesuatu. Kedua, di atas dalam bentuk ma'nawi, iaitu ketinggian kedudukan (darjat, kekuasaan dan sebagainya) seperti kita mengatakan, "Yang DiPertuan Agong ialah yang paling atas dalam negara Malaysia". Jadi, atas tidak semestinya membawa kepada maksud tempat seperti yang difahami oleh sebahagian kelempok yang jahil.


Kejahilan Ketiga golongan yang mengatakan bahawa Allah s.w.t. wujud bertempat ialah, kerana mereka menafikan dan menolak konsep ta'wil sifat-sifat mutasyabihat Allah s.w.t..

Penulis sekali lagi mencabar mereka agar dapat mendatangkan satu dalil dari nas-nas Islam yang menolak dan menafikan konsep ta'wil dalam ayat-ayat mutasyabihat seraya penulis pula akan menukilkan dalil mengenai adanya ta'wil bagi ayat-ayat mutasyabihat.

Rujuklah ayat yang sering menjadi perbincangan tentang ayat-ayat mutasyabihat, dalam Surah Ali Imran yang bermaksud: "…Dan tidak mengetahui akan ta'wilnya (ayat-ayat mutasyabihat) kecuali Allah (ulama' salaf wakaf di sini) dan Orang-orang yang mendalam ilmunya…".


Walaupun ada khilaf tentang wakaf ayat tersebut, namun jika kita rujuk balik ayat tersebut, secara jelas Allah s.w.t. menyatakan ayat-ayat mutasyabihat ada ta'wilnya dan "tidak mengetahui akan ta'wilnya (makna majazinya) melainkan Allah s.w.t...


Hal ini jelas menunjukkan bahawa, Allah s.w.t. sendiri mengakui ayat-ayat mutasyabihat ada ta'wilnya, kerana kalau ayat-ayat mutasyabihat tidak ada ta'wil, nescaya Allah s.w.t. tidak berfirman: "tidak mengetahui akan ta'wilnya melainkan Allah s.w.t." Maknanya, ta'wil ada, cuma Allah s.w.t. sahaja mengetahui maknanya. Jika Ta'wil ada, jelaslah ayat-ayat tersebut bersifat majazi, bukan hakiki, kerana adanya ta'wil bererti, sesuatu itu majazi, walaupun tidak diketahui maknanya.


Para ulama' salaf yang memahami perkara ini mengambil sikap tidak memberi ta'wil (makna di sebalik lafaz zahir) kerana berdasarkan ayat tersebut, hanya Allah s.w.t. yang mengetahui ta'wilnya. Namun, mereka tetap mengakui adanya ta'wil, dan ayat tersebut tidak bermaksud dengan zahirnya. Kemudian, mereka mengambil sikap, tidak mahu menta'wilkannya, dan berserah maknanya kepada Allah s.w.t., dan inilah manhaj tafwidh, bukan isbat seperti manhaj Ibn Taimiyah dan para pengikutnya. Namun, perlu diingat bahawa, tafwidh itu juga sejenis ta'wil namun tanpa menyataka ta'wilannya kerana menyerahkan ta'wilanya kepada Allah s.w.t. semata-mata, sedangkan konsep isbat Ibn Taimiyah bercanggah dengan konsep tafwidh kerana menetapkan makna ayat-ayat mutasyabihat walaupun menyerahkan "keadaan" (kaif) makna tersebut kepada Allah s.w.t.. Para salaf menyerahkan terus makna ayat-ayat mutasyabihat dan mengatakan bahawa mereka tidak mengetahui maknanya sedangkan Ibn Taimiyah (dalam manhaj isbatnya) mengatakan bahawa, maknanya diketahui tetapi hanya kaifatnya (keadaan makna tersebut) sahaja yang tidak diketahui. Jelas perbezaan antara salaf yang menyerahkan makna asal perkataan tersebut kepada Allah s.w.t. dengan Ibn Taimiyah yang mengisbatkan makna lughowi (dari sudut bahasa) perkataan tersebut, dan hanya menyerahkan kaifiat (keadaan) perkara tersebut kepada Allah s.w.t..


Adapun kebanyakkan ulama' khalaf, menggunakan manhaj ta'wil untuk mengelak kesamaran orang-orang awam yang dikhuatiri salah faham tentang sifat-sifat tersebut, lantas terjerumus kepada aqidah tajsim. Mereka ta'wil menggunakan kaedah bahasa Arab yang sesuai dalam konteks majazi, dan sesuai dengan kaedah Bahasa Arab. Dalil mereka, juga pada ayat di atas, cuma dengan tambahan: "tidak mengetahui ta'wilnya kecuali Allah (s.w.t.) dan mereka yang mendalam ilmunya". Ini berbalik kepada soal waw dalam ayat tersebut, samada ianya waw isti'naf (waw permulaan ayat) yang merupakan kefahaman kebanyakkan salaf ataupun waw al-athof yang merupakan kefahaman kebanyakkan khalaf (waw yang membawa maksud: "dan").


Di sinilah kesalahan manhaj isbat Ibn Taimiyah yang menjadi teras bagi kesalahan yang lebih besar sehingga membawa kepada sesetengah orang-orang salafi wahhabi mendakwa Allah s.w.t. wujud bertempat, yang merupakan aqidah yang pincang.


Raja Ahmad Mukhlis
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://contengmfr.blogspot.com/
anang



Jumlah posting : 3
Registration date : 16.01.08

PostSubyek: Re: Manhaj Asyaa'irah ?   Wed Jan 23, 2008 10:07 pm

Bismillah walhamdulillah.

Saya kurang faham. Sila pertimbangkan dua petikan artikel yang diturunkan oleh al-akh Hero Senget ini:

Quote :
Diriwayatkan bahawa Imam As-Syafie pernah berkata:-


“Hukum aku kepada mereka yang terlibat dengan ilmu kalam ialah disebatnya mereka itu dengan kayu dan dibaling dengan kasut lalu di bawa berarak ke sekeliling jalan-jalan sambil dilaungkan kepada orang ramai bahawa inilah hukuman bagi mereka yang meninggalkan kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya.”

(Riwayat Baihaqi dalam Manaqib Syafie m/s 462 Jilid 1).

Jelas disini bahawa golongan Asyai’rah atau ahlul kalam semangnya perlu menilai dan bertaubat atas konsep yang mereka perjuangkan kerana ia bertentangan dengan Al-Quran dan Sunnah yang sahih.

Zahir hujah ini nampak kukuh. Namun bukankah Imam Abu Hasan Al-Asy'ari lahir lama setelah kewafatan Imam As-Syafi'i rahimahumaLlah?

Dan dalam petikan yang lain:

Quote :
Berkata Assyihristani: “Setelah ulama’-ulama’ Muktazilah mempelajari kitab-kitab filsafat yang diterjemahkan pada masa Al-Ma’mun,mereka mempertemukan cara (sistem) filsafat dengan sistem ilmu kalam dan dijadikan ilmu yang berdiri sendiri dan dinamakannya ilmu kalam,sejak itu dipakailah al-kalam untuk ilmu yang berdiri sendiri”
(Theology Islam (ilmu kalam),oleh Ahmad Hanafi M.A, m.s 11)

Maka ini bermakna Imam as-Syafi'i yang masih hidup pada zaman pemerintahan Khalifah Al-Ma'mun mengkritik golongan mutakallimin pada zamannya. Namun atas dasar apa petikan yang pertama tersebut menyamakan golongan Asya'irah yang muncul selepas zaman Imam As-Syafi'i dengan Ahli Kalam yang dikritik oleh beliau? Adakah penulis artikel tersebut menganggap kedua-duanya sama sahaja? Dan jika diiyakan, adakah dia yakin bahawa Imam As-Syafi'i akan sependapat dengannya, sehingga ayat tersebut boleh digunakan terhadap golongan Asyai'rah?

Dan perbetulkanlah andai saya tersilap.

Nota: Saya yang masih jahil ini tidak menyebelahi sesiapa tapi saya cukup anti dengan penyampaian yang mengelirukan. Saya harap ianya dibuat atas dasar kesilapan dan bukan bertujuan menyembunyikan kebenaran. Moga Allah mengampuni kesilapan dan memberi petunjuk kepada semua.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
mfr



Jumlah posting : 295
Registration date : 06.05.07

PostSubyek: Re: Manhaj Asyaa'irah ?   Tue Apr 01, 2008 1:00 pm

anang wrote:


Maka ini bermakna Imam as-Syafi'i yang masih hidup pada zaman pemerintahan Khalifah Al-Ma'mun mengkritik golongan mutakallimin pada zamannya. Namun atas dasar apa petikan yang pertama tersebut menyamakan golongan Asya'irah yang muncul selepas zaman Imam As-Syafi'i dengan Ahli Kalam yang dikritik oleh beliau? Adakah penulis artikel tersebut menganggap kedua-duanya sama sahaja? Dan jika diiyakan, adakah dia yakin bahawa Imam As-Syafi'i akan sependapat dengannya, sehingga ayat tersebut boleh digunakan terhadap golongan Asyai'rah?

Dan perbetulkanlah andai saya tersilap.


depa (manhaj salafi saudi )anggap asyairah golongan yang meneruskan idea muktazilah imam ashaari sebelum beliau kembali bertaubat. Maka golongan muktazilah di zaman imam syafie dianggap sama saja dengan golongan asyairah kerana kedua-duanya dianggap ahli kalam (mengutamakan hujah akal) bukan ahli sunnah (mengutamakan hujah quran dan hadis sahih).
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://contengmfr.blogspot.com/
mfr



Jumlah posting : 295
Registration date : 06.05.07

PostSubyek: Re: Manhaj Asyaa'irah ?   Mon Apr 28, 2008 12:38 am

SOALAN: Saya diberitahu bahawa Allah s.w.t. itu berada di atas Arasy atau di langit kerana Nabi dinaikkan ke langit apabila hendak menerima ibadat solat, dan amalan kita juga diangkatkan ke atas. Jadi Tuhan itu berada di atas dan tidakkah pendapat seperti ini, bererti Tuhan itu bertempat seperti kita pula. Adakah benar pendapat seperti itu atau bagaimana?

- Murni dan Majdi.

JAWAPAN: I'tiqad yang sebenar dan selamat menurut ahli sunah itu, tidak boleh kita mengatakan Allah itu bertempat dan terikat dengan masa atau berpihak, beranggota seperti kita. Ini kerana berdalilkan kepada ayat yang muhkam dari al-Quran yang mengatakan Allah itu, tidak menyerupai sesuatu (maksud ayat 11 dari surah Syura dan ayat 4 dari surah al-Ikhlas). Adapun ayat yang mengatakan Allah bersemayam atas Arasy itu, atau naik kepada-Nya perkataan yang baik-baik itu, adalah dari ayat mutasyabihat yang mana ayat tersebut tidak boleh difaham secara zahir yang tidak layak dengan kebesaran-Nya mengikut mazhab ahli sunah kerana firman Allah bermaksud: Allah menurunkan ke atasmu kitab (al-Quran) yang terdapat daripadanya ayat muhkamat yang merupakan ibu (tempat kembali bagi ayat yang mutasyabih) dan ada juga ayat-ayat lain yang berbentuk mutasyabihat. Maka orang yang ada dalam hatinya penyakit zaigh (songsang dari jalan petunjuk kebenaran) akan terus mengikut apa yang kesamaran dari ayat mutasyabihat tadi kerana mencari fitnah (terutama kalangan orang awam) dan mencari takwilan sahaja, (sedangkan tidak ada siapa yang tahu takwilan itu selain Allah) manakala orang yang rasikh dalam ilmunya (para ulama) akan berkata kami beriman dengannya (segala ayat-Nya) semuanya dari Tuhan kami (al-Imran ayat 7). Mereka terus mengembalikan ayat mutasyabih tadi, kepada ayat yang muhkamat itu, (kepada induknya), dengan mentafsirkannya sesuai dengan makna ayat yang muhkam tadi seperti dikatakannya bahawa, Maha Suci dan Maha Tinggi Allah itu, dari apa yang mereka (sifatkan) sekutukan itu (menyerupai makhluk-Nya) (maksud ayat 68 dari surah al-Qasas dan banyak ayat lain lagi).

Jadi segala ayat atau hadis yang pada zahirnya nampak bersamaan Allah dengan makhluk yang baru ini seperti bertempat, beranggota, dan sebagainya semuanya, dikembalikan kepada ayat-ayat muhkamat yang menjadi induknya (ibunya) tadi. Sebab itu ulama khalaf akan mengatakan bahawa Allah itu, Maha Berkuasa bila terdapat ayat kesamaran seperti tangan. Atau rahmat dan ilmu-Nya, bila ada ayat yang menggambarkan Allah itu hampir dengan hamba-Nya. Atau kuasa pemerintahan-Nya bila terdapat ayat yang mengatakan Allah itu Tuhan di langit dan Tuhan di bumi maksud firman-Nya pada ayat 84 surah Zukhruf. Ini semua sesuai dengan firman-Nya bermaksud: bahawa Allah Amat Berkuasa atas segala-galanya (al-Baqarah ayat 259) dan Dia bersama kamu di mana kamu berada (surah al-Hadid ayat 4) dan banyak contoh lain lagi.

Punca perselisihan adalah kerana mereka tidak mahu menerima ada kalam yang majaz atau berbentuk balaghah dalam al-Quran seperti Imam Ibnu Taimiah yang menolak percakapan berbentuk majaz tasybih dan tamsil dan sebagainya, sedangkan al-Quran itu diturunkan kepada manusia yang penuh mengandungi kalam majazi, tasybih dan balaghi. Mazhab khalaf adalah lebih sesuai dengan orang awam lagi mudah difahami supaya manusia benar-benar dapat mengenali Tuhan-Nya dan tidak akan menyekutukan-Nya atau menyerupai-Nya dengan sesuatu yang lain. Ketahuilah bahawa mereka sendiri sudah terperangkap dengan apa yang mereka takuti dan menuduh kita selama ini (syirik kepada Allah). Ingatlah bahawa tidak ada yang salahnya kalau kita tafsirkan mana-mana ayat mutasyabih itu dengan ayat muhkam malah kita diajar supaya bertindak, demikian dalam ayat 7 surah al-Imran tadi. Kalau mereka kata kita cuba mentakwilkan ayat- ayat Allah, kita jawab: tafsir kita akan ayat mutasyabih dengan yang muhkam tadi adalah disuruh dan dibenarkan. malahan itulah cara orang yang beriman kepada-Nya. Mereka tidak akan sesat selama-lamanya selagi berpegang dengan kitab Allah. Kita hairan kenapa di tempat lain mereka bermati-matian mengatakan ada pula dalam al-Quran atau hadis itu kalam majaz, balaghah dan sebagainya. Contohnya bila mengenai talkin orang mati mereka pakaikan perkataan orang mati (mautakum) itu, kepada orang yang sakit tenat dan hampir mati pula. Kaedah apa yang mereka pakai bukankah, itulah majaz namanya. Inilah tanda kecelaruan dan fitnah dari penyakit zaigh yang lahir bila kita bersikap sombong tidak mahu bertanyakan ulama. Nanti takut taqlid kepada mereka pula, kerana mereka mahu ikut Allah dan Rasul-Nya sahaja. Sedangkan Allah mengarah kita supaya bertanya dan mengikut ulama (surah al-Nahl ayat-43) kerana mereka (ulama) mengikut Allah dan Rasul-Nya. Wallahualam.

sumber:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0427&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://contengmfr.blogspot.com/
Sponsored content




PostSubyek: Re: Manhaj Asyaa'irah ?   Today at 8:03 pm

Kembali Ke Atas Go down
 
Manhaj Asyaa'irah ?
Topik sebelumnya Topik selanjutnya Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
MFR STUDIO :: ILMU ISLAM :: SOAL JAWAB-
Navigasi: