MFR STUDIO

studio puitis jalanan
 
IndeksFAQPencarianPendaftaranAnggotaGroupLogin

Share | 
 

 temubual bersama mufti perak

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Go down 
PengirimMessage
mfr



Jumlah posting : 295
Registration date : 06.05.07

PostSubyek: temubual bersama mufti perak   Sun Jun 03, 2007 9:47 pm

TEMUBUAL BERSAMA Y.BHG. SAHIBUS SAMAHAH DATO SERI HAJI HARUSSANI BIN ZAKARIA
(Mula dipamer pada 12/1/2004 8:27:50 AM)

Temubual Buletin Malaysia Bersama Y.Bhg. Sahibus Samahah Dato� Seri Haji Harussani Bin Zakaria, Mufti Perak Darul Ridzuan Bertajuk" 'Islam Klon ' Suatu Pandangan".

BM: Apabila YAB Dato� Seri Abdullah Ahmad Badawi dilantik menjadi Perdana Menteri dengan keterampilan beliau sebagai pemimpin berimej Islam, ada pihak mendakwa ia hanyalah imej tempelan dan saduran sahaja, ringkasnya dipanggil sebagai �Islam Klon�. Pada pandangan Y. Bhg. Dato� Seri, adakah wajar istilah dan label ini digunakan menyerang peribadi seseorang?


Kita tidak boleh bersangka buruk, tidak boleh mencari keburukan orang lain, tidak boleh mengumpat antara satu sama lain. Ini asas dalam membentuk hubungan sesama manusia.


J: Dalam syariat Islam ini harus diketahui bahawa ia menjurus kepada dua: Pertama, Allah memanggil manusia supaya menepati janjinya yang dibuat di hadapan Allah SWT. Kedua, Allah memerintahkan kepada manusia supaya membuat hubungan yang baik sesama manusia. Dalam panggilan kepada janji itu, iaitu memanggil manusia kepada mentauhidkan Allah. Dalam mentauhidkan Allah itu telah diletakkan Rukun Iman. Kemudian untuk menghayati tauhid itu, kita diletakkan dengan Rukun Islam yang lima. Penghayatan hubungan dengan Tuhan. Fasa yang kedua kita disuruh berhubung dengan manusia. Dalam perhubungan dengan manusia ini, kita disuruh mengikat silaturrahim. Kemudian diletakkan rukun hubungan sesama manusia iaitu enam rukun yang telah disebut dalam Surah Al-Hujurat. Enam rukun itu mengikat hubungan manusia sesama manusia. Pertama, jangan kita hina-menghina. Yang kedua, jangan kita memandang rendah atau peril-memerli antara satu sama lain. Yang ketiga, kita jangan sekali-kali membuat gelaran sesama kita kerana gelaran itu adalah sesuatu yang cukup buruk bahkan ia merupakan satu perbuatan yang besar seperti kata Tuhan sebagai zalim iaitu dosa besar. Yang keempat, kita tidak boleh bersangka buruk. Yang kelima, kita tidak boleh mencari keburukan orang lain. Yang keenam, kita tidak boleh mengumpat antara satu sama lain. Ini asas dalam membentuk hubungan sesama manusia. Selepas itu baru datang penghayatan ke atas manusia yang dinamakan sebagai �muamalat� yang menekankan hubungan sesama manusia. Dalam hubungan antara manusia tadi kita katakan yang pertama iaitu kita tidak boleh menghina sesama manusia kerana Tuhan menjadikan manusia ini sama. Tuhan berkata: �Wahai manusia, sesungguhnya Aku menjadikan kamu sekelian daripada lelaki dan perempuan, dan Aku jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di kalangan kamu ialah mereka yang paling bertaqwa�. Siapa yang menentukan taqwa? Taqwa itu adalah suatu sifat yang hanya Allah sahaja tahu kerana orang boleh berpura-pura. Saya boleh berpura-pura sebagai seorang yang warak. Jadi, taqwa itu adalah nilai di sisi Allah SWT. Yang kedua kita jangan perli-memerli kerana orang lain akan memerli kita juga. Ini akan merenggangkan hubungan. Ketiganya, kita jangan gelar-menggelar. Jika kita menggelar orang dengan gelaran yang orang tidak suka, tentu kita juga tidak suka digelar begitu. Apatah lagi dalam keadaan sekarang. Kita sebagai orang Islam yang tinggal di Malaysia rata-ratanya Melayu. Kita sekarang ini berpecah disebabkan oleh politik. Tetapi perpecahan politik kita tidak seperti perpecahan politik orang lain. Pada pandangan saya, perpecahan kita berbentuk ta�asub atau asabiyyah kepartian, sedangkan kita di Malaysia ini, parti politik hanyalah merupakan ideologi atau siasah dalam bentuk pemerintahan. Umpamanya di antara UMNO dan PAS. Perjuangan UMNO untuk menjaga orang Melayu dan Islam. Perjuangan PAS juga untuk orang Islam. Kedua-duanya dalam bentuk perjuangannya untuk orang Islam. Cuma yang berbeza di antara keduanya ialah cara mengikut siasah. Oleh kerana itu kita tidak boleh menghukum orang yang berbeza cara perjuangan itu sama ada islamik atau non-islamik, kafir dan sebagainya. Dari segi niat dan tujuannya sama, cuma yang berbeza ialah cara. Perbezaan cara itu tidak pula perlu ada tuduhan seperti tuduhan terhadap YAB Perdana Menteri sebagai �Islam Klon�. Ini adalah satu perkara yang cukup berat kerana kita tidak boleh menuduh. Kata Rasulullah sesiapa yang mengucapkan La Ilahaillallah, tidak boleh kata dia tidak Islam. Kita tidak boleh kata dia berpura-pura Islam. Apabila dia mengucapkan dua kalimah syahadah, maka dia adalah saudara kita. Dia adalah orang Islam. Apatah lagi kita melihat, dari sudut peribadi sayalah, saya mengenali Perdana Menteri, saya mengenali datuk Perdana Menteri, bahkan saya berkawan dengan bapa Perdana Menteri. Mereka itu semuanya ulama� yang terkenal di sebelah utara. Kita tahu Perdana Menteri belajar agama di sekolah rendah, sekolah pondok, sekolah Arab dan sehingga sampai ke universiti beliau mengambil Pengajian Islam. Jadi, bagi saya, beliau merupakan seorang yang terpelajar dalam agama Islam. Melabelkan beliau dengan label Islam Klon adalah satu dosa besar.

BM: Tetapi bukankah Dato� Seri, perli-memerli dan sindir-menyindir ini merupakan elemen dalam berdakwah?

J: Kita tidak boleh perli-memerli dalam berdakwah. Prinsip dakwah ada tiga sahaja. Firman Allah: �Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang terbaik�. Dalam sebuah hadis Rasulullah bersabda: �Daripada kesempurnaan Islam seseorang ialah ia meninggalkan apa yang tidak bermanfaat bagi dirinya�. Kita melihat lagi beberapa hadis Rasulullah Sallallahu �Alaihi Wasallam umpamanya �sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata denagn kata-kata yang baik atau pun ia diam�. Jadi, soal peril dalam dakwah tidak ada. Manakala dalam soal himah itu Allah menyebut dalam Al-Quran dengan ungkapan �qaulan sadida� iaitu perkataan yang benar, �qaulan layyina� iaitu perkataan yang lemah lembut. Itu telah diatur oleh Allah SWT. Perli-memerli tidak ada, tidak boleh. Salah. Maknanya, kita menggunakan jalan yang salah untuk menuju ke jalan yang betul. Tidak boleh. Syarak tidak menerima cara itu. Berubat dengan bahan yang haram dilarang oleh Rasulullah SAW kecuali jika sudah sampai ke tahap darurat. Tetapi, dalam berdakwah tidak ada darurat. Tidak ada kepentingannya untuk kita menggunakan kata-kata yang kesat atau kita mengumpat atau melabel. Tidak boleh perkara-perkara itu dalam berdakwah. Begitu juga dalam pendidikan. Jika digunakan dalam Pendidikan Islam pun tidak boleh juga. Jika kita mahu mendatangkan contoh, kita tidak boleh mendatangkan contoh orang yang tertentu. Contoh seumpama itu adalah sama dengan mengumpat. Kecuali jika kita sebut seperti yang terdapat dalam Al-Quran. Contohnya apa yang berlaku kepada Firaun dalam Al-Quran kerana itu diceritakan oleh Allah SWT.

BM: Jadi, pada pandangan Dato� Seri� apakah yang menyebabkan timbulnya kecenderungan sesuatu pihak untuk menyatakan orang ini kurang baik, kurang islamik dan sebagainya?

J: Ini yang saya kata tadi masalah ta�asub. Orang Melayu di Malaysia ini politik mereka dalam bentuk asabiyyah. Jika dia sudah masuk satu parti, dia sudah tidak boleh menerima pendapat parti lain. Itulah yang dikatakan ta�asub kepada sesuatu parti. Maka, apabila dia sudah masuk parti itu, jika ada orang tidak masuk partinya maka dia akan menganggap orang itu menolak Islam. Bila orang tidak masuk partinya, seolah-olah orang itu keluar Islam. Sedangkan ia hanya sebagai parti yang mendasarkan perjuangannya dengan dasar Islam. Yang ini juga satu parti. Namanya saja bukan parti Islam. Tetapi perjuangannya juga untuk menegakkan Islam. Justeru, kita tidak boleh menuduh. Tujuannya sama, caranya berbeza. Tetapi kenapa berlaku tuduh-menuduh? Kerana sikap kita adalah sikap ta�asub. Jikalau sikap parti, dia akan berkata orang ini tidak bersetuju dengan parti kita. Itu biasa saja. Tetapi jika ada yang berkata orang itu tidak bersetuju dengan parti kita maka dia non-islamik, maka tidak bolehlah kita tuduh begitu.

BM: Jadi, adakah perlu ada satu fatwa yang diwartakan supaya perkara ini tidak menjadi satu amalan?

J: Saya kata fatwa ini tidaklah kuat seperti nas yang qat�ie (kuat dan telah sabit). Nas yang qat�ie itu sudah jelas. Surah Al-Hujurat dalam Al-Quran itu adalah merupakan rukun kehidupan dan kemasyarakatan itu sudah cukup jelas. Jadi, apakah satu hukuman yang dibuat oleh manusia lebih kuat daripada hukuman yang dibuat oleh Tuhan. Itu tidak perlu satu fatwa. Tetapi perlu kepada satu penjelasan dan penerangan. Umpamanya kita kata penduduk Islam di Malaysia, pengetahuan agama mereka tidak sampai 40 peratus. Oleh itu, tahap pengetahuan keagamaan orang di Malaysia cukup rendah. Maka kita jangan menggunakan benda-benda seperti ini kerana ia hanya akan merosakkan. Ia boleh membawa bencana yang lebih dahsyat seperti sekarang. Bukan sekadar terlibat dalam perpecahan politik, malah perpecahan dalam ibadat. Itu sudah melibatkan soal Tuhan, soal agama. Kita tidak lagi bersemabahyang di tempat yang Tuhan suruh iaitu di masjid. Kita pergi ke tempat lain. Kita tinggalkan masjid, padahal masjidlah tempat yang perlu kita makmurkan. Jadi apakah itu perjuangan yang kita kehendaki. Kita mengimarahkan masjid. Itu yang diperintahkan oleh Tuhan. Kenapa ia ditinggalkan sehingga kita sanggup membuat kerja yang lain sedangkan ini perintah Tuhan. Yang ini hanyalah ta�asub perasaan. Kita meninggalkan perintah kerana melayani perasaan. Tidakkah ia membawa keburukan. Umpamanya orang yang mempunyai akal yang sempurna melihat keadaan ini.

BM: Bagaimana Dato� Seri melihat keadaan ummah khususnya Umat Islam di negara ini terbahagi kepada dua puak, yang satu begini dan yang lagi satu begini.

J: Saya melihat kefahaman orang Melayu khususnya bidang politik ini tidak cukup mendalam. Orang Melayu apabila berpolitik, mereka ta�asub. Saya beri contoh, kalau orang lain berpolitik mereka tidak berpisah dari segigi kemasyarakatan, mereka hanya berpisah daripada parti. Dalam perhimpunan parti, mereka tidak pergi. Tetapi mereka datang dalam perhimpunan sosial yang tidak membincangkan soal parti kerana perbezaan mereka itu hanya dari segi siasah. Tetapi orang Melayu kita berpisah dari segi siasah kepada tiga. Perpisahan dari segi kefahaman membawa kepada perpisahan fizikal. Ini salah kita. Sehingga ada suami bercerai dengan isteri, anak tidak bertegur dengan orang tuanya. Ini salah. Itu bukan siasah. Itu adalah ta�asub perasaan. Ia tidak berlaku kepada orang lain di dunia lain. Ia berlaku di sini di kalangan orang Melayu.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://contengmfr.blogspot.com/
mfr



Jumlah posting : 295
Registration date : 06.05.07

PostSubyek: Re: temubual bersama mufti perak   Sun Jun 03, 2007 9:47 pm

BM: Sebagai seorang yang begitu berpengetahuan dalam bidang agama ini, apakah perasaan Dato� Seri bila melihat bibit-bibit perpecahan itu semakin membuka jurang yang lebar?


Apa yang dipertikaikan oleh PAS itu adalah berkenaan dengan negara yang melaksanakan 100 peratus undang-undang Islam.


J: Saya merasa amat kecewa dengan sikap yang ada pada pemimpin-pemimpin parti ini. Saya kecewa dengan pemimpin Islam ini yang tidak mahu membetulkan keadaan ini. Walaupun saya telah lanjut usia, saya sanggup pergi ke mana-mana untuk membetulkan keadaan supaya kita tidak bertelingkah dan berpecah dalam hubungan sesama manusia walaupun kita berpisah dari segi fahaman politik. Saya nyatakan apa yang Rasulullah katakan: �Perselisihan pendapat (ikhtilaf) umatku itu adalah rahmat�. Saya ingin membuat contoh seperti dalam rumah kita ada suami isteri bersama tiga orang anak. Bila kita hendak berbuka puasa, setiap orang mempunyai selera yang berbeza-beza. Kita duduk sekali, kita rangkumkan, kita akan dapat nikmat. Seorang mahu kopi o, seorang lagi mahu kopi susu, bapa pula mahu air bandung. Maka, jika seorang merasakan kopi susu tidak sedap, air bandung sedap, maka kita akan dapat nikmat. Tetapi jika masing-masing membawa ke bilik masing-masing, maka akan berlaku perpecahan di situ dan ini satu perkara yang tidak baik. Maka pada pandangan saya sekarang, kita hendaklah mengubah sikap iaitu kembali semula kepada Islam dan hukum Islam. Hukum Islam terlalu luas. Pertama dari segi aqidah. Kedua dari segi ibadat. Ketiga dari segi muamalat. Keempat dalam bab munakahat (ilmu rumahtangga). Kelima barulah jinayat (jenayah), yang ini bagi orang jahat. Kenapa kita tidak membentuk yang pertama, kedua, ketiga dan yang keempat kita lupakan,jika diri tidak dibentuk tetapi tiba-tiba kita pergi terus kepada yang kelima, jinayat kita utamakan, sedangkan dalam bentuk yang lain kita tidak utamakan. Jadi apa yang kita dapat? Tetapi kalau kita bentuk dari segi yang pertama seperti iman, ia berkehendakkan kepada ilmu. Maka kita bentuk bangsa kita dengan ilmu. Setelah itu, kita mengenali alam dan wujudnya Tuhan, baru datang ibadah. Ibadah itu pula merupakan kesyukuran. Seperti yang saya kata tadi dalam syariat Islam itu ada dua iaitu menyeru kepada Allah dan kedua menyeru kepada hubungan baik sesama manusia. Rukun Iman yang enam itu membentuk syakhsiah mukmin. Kemudia kita lakukan penghayatan dengan ibadat. Ibadat itu sebenarnya merupakan pangkal bagi budaya. Sebab itulah solat tidak mendatang sebarang faedah jika tiada penghayatan. Sabda Rasulullah: �Berapa ramai yang mengerjakan solat tetapi solatnya tidak mendatangkan apa-apa faedah�. Walaupun dia bersembahyang tetapi dia tidak sembahyang. Tidak memberi apa-apa. Sebab Rukun Islam yang lima itu adalah asas asas pembentukan budaya Islam. Pertama mengucap dua kalimah syahadah, ia mengikat persaudaraan Islam. Bila bersaudara, berkelahi tidak boleh, mencaci tidak boleh, menghina tidak boleh, bermasam muka pun tidak boleh. Kemudia yang kedua solat. Solat disuruh berjemaah supaya kita kenal siapa saudara kita. Di mana saudara kita dalam kehidupan bermasyarakat ini. Allah berfirman: �Sesungguhnya pekerjaan kamu itu bermacam-macam�. Hidup manusia ini bertingkat-tingkat. Bukan semua orang dalam dunia ini kaya, sihat dan kuat. Bila kita kenal, maka kita tahu siapa yang sihat, siapa yang susah. Maka timbul kasih sayang kita untuk memberi bantuan. Maka datangnya yang ketiga iaitu zakat yang bertujuan untuk memberi bantuan. Manusia ini cintakan kebendaan atau materialistik 99 peratus. Tidak boleh nafikan. Sebab itulah kita disuruh berpuasa. Nafsu kita tundukkan kepada Tuhan supaya sifat materialistik kita itu akan hilang. Akal menguasai nafsu, nafsu akan dapat dibentuk. Maka itulah pentingnya puasa. Bila sudah semuanya terikat, datang fardhu haji. Di situ seluruh Umat Islam tersimpul di dalam satu simpulan yang kuat. Jadi hubungan dengan Allah iaitu tauhid yang utama, dihayati dengan iman membentuk syakhsiah, kemudian dihidupkan dengan ibadat yang menjadi pangkal budaya.

BM: Apa pandangan Dato� Seri tentang kenyataan bahawa Malaysia adalah sebuah Negara Islam kerana pihak pembangkang khususnya PAS terang-terang menolak kenyataan bahawa Malaysia adalah sebuah Negara Islam.

J: Kenyataan tentang Negara Islam ini banyak terdapat dalam kitab-kitab. Yang disebut dengan Negara Islam itu ialah Negara yang memberi kebebasan kepada orang Islam untuk melaksanakan kewajipan dalam urusan hariannya seperti sembahyang, berpuasa, berkahwin dan bermuamalat. Maka itu dipanggil Negara Islam. Apa yang dipertikaikan oleh PAS itu adalah berkenaan dengan negara yang melaksanakan 100 peratus undang-undang Islam. Kalau yang itu, kita payahlah hendak cari. Kalau negara itu membenarkan kita tinggal, beribadat dan bermualamalat secara Islam, maka itu adalah Negara Islam, tidak pun diperintahkan kita pindah dari negara ini. Tidak sunat pun kita pindah. Jika negara itu menekan orang Islam, maka kita wajib pindah. Tetapi, negara ini memberi kebebasan. Apa yang tidak bebas sekarang? Sembahyang siapa pun tidak larang, kahwin secara Islam pun tidak dilarang, merayakan perayaan Islam pun tiada siapa yang larang. Tiada siapa melarang kita buat perjanjian hutang piutang, sewa beli, dan membahagi harta secara Islam. Tiada yang melarang. Malah jalan menuju ke arah itu telah dibenarkan. Kita ada perbankan Islam, muamalat secara Islam. Masalahnya sekarang orang Islam tidak faham apa itu muamalat. Kita tidak ambil peduli. Hari ini kita rasa malu jika kita pergi ke kedai atau pasar. Jika kita beli barang daripada orang Melayu, dia tidak kata apa-apa. Tetapi jika kita beli daripada orang Cina, kita terkejut kerana Cina tersebut pandai berakad jual beli secara Islam dengan menyatakan �saya jual�. Maka saya kata �saya beli�. Cina mengajar kita, padahal itu budaya kita. Ada akad itu maknanya ada keikhlasan. Jika tiada akad, walaupun ia sah dari segi syarak, dia beri barang dan kita bayar, itu pun dikira sebagai jual beli. Tetapi kita ada apa yang dikatakan sebagai sighah� (lafaz) dalam jual beli itu. Kemudian, adakah kita mengambil berat tentang perkara halal haram? Kita tidak mengambil berat. Dalam muamalat itu juga termasuk soal-soal akhlak dengan jiran tetangga. Kita harus menziarahi jiran tetangga. Wajib kita mengambil tahu adakah dia makan, minum, sihat atau tidak. Itu muamalat. Dalam perkahwinan, orang Islam di Malaysia ini sungguh bagus. Mereka akan pergi berkursus untuk berkahwin. Tetapi dalam munakahat ini seperti mu�asyarah (pergaulan) suami isteri, tanggungjawab kekeluargaan, pembentukan dan penurunan budaya kepada anak-anak tidak berlaku. Ini penekanan yang Islam utamakan terhadap individu. Kenapa kita tekankan soal potong tangan. Soal pembinaan insan yang wajib atas kita laksanakan, kita tidak buat.

BM: Adakah Dato� Seri maksudkan itu hukum Hudud?

J: Saya tidak maksudkan ke mana-mana. Saya mempersoalkan kenapa kita mementingkan soal yang di luar kita, yang orang lain mesti buat. Kita perlu mementingkan sesuatu kewajipan yang tertanggung ke atas diri kita. Kenapa kita mahu orang buat sesuatu yang tertanggung atas diri mereka. Kita ambil contoh Hudud misalnya. Saya tidak mengatakan melaksanakan Hudud tidak wajib. Hudud itu wajib tetapi kewajipan melaksanakannya itu ke atas pemerintah dalam bentuk fardhu kifayah. Dia tidak melaksanakan, kita tidak bersangkut. Dia tidak laksanakan, dia tanggunglah, dia masuk neraka. Tetapi ada perkara yang tertanggung ke atas kita kalau kita tidak buat, kita masuk neraka. Kenapa kita tidak buat? Kenapa yang kita tekankan kepada dia sedangkan apa yang wajib atas kita, kita tidak buat. Misalnya anak kita tidak bersembahyang, tetapi kita juga tidak bersembahyang. Kenapa kita suruh Kerajaan laksanakan hukum Hudud, pancung kepala anak kita umpamanya. Kita tidak pernah mendidik anak sehingga akhlak anak kita begitu kasar. Terlibat dalam kes menyamun. Hari ini kes gangsterisme begitu teruk. Perangai anak-anak kita tidak pernah jaga, tetapi kenapa kita suruh Kerajaan tangkap mereka itu, bunuh atau potong tangan anak-anak kita. Kenapa kita tidak mengawasi anak-anak kita? Mana lebih berkesan, undang-undang atau pendidikan? Pendidikan lebih berkesan. Undang-undang tidak pernah dapat menyelesaikan masalah. Yang dapat menyelesaikannya ialah pendidikan dan penurunan budaya yang baik.

BM: Jadi apakah seruan Dato� Seri kepada pemimpin agama di aliran pembangkang ini?

J: Saya tidak menujukan kepada satu kumpulan. Saya kata Tuhan sebutkan dalam Al-Quran: �Hendaklah ada segolongan daripada kamu belajar untuk mendalami bidang agama, dan pulang kepada kaumnya untuk mengajar, moga-moga mereka mendapat peringatan dan takut (kepada Allah)�. Jadi, saya mengharapkan agar golongan agama ini adalah golongan yang memikul fardhu kifayah dalam usaha mengembang, mempertahan dan memperelokkan ajaran Islam kerana setiap orang mesti faham umat Nabi Muhammad SAW diberikan keistimewaan oleh Tuhan sepertimana firmanNya dalam Al-Quran: �Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan di kalangan manusia. Daripada kalangan umat Muhammad SAW ini, ada satu lagi golongan yang terpilih �Kami (Allah) telah pilih daripada kalangan hamba-hamba Kami� iaitu hamba-hamba yang beriman. Golongan ini Tuhan angkat lagi darjat mereka, iaitu golongan yang terpilih. Diangkat darjatnya dengan diberikan kepercayaan dengan diwariskan kepada mereka Al-Quran. Apabila diwariskan kepada mereka Al-Quran, maka wajiblah mereka ini menyampaikannya. Oleh kerana tidak semua orang boleh ke arah itu, maka Tuhan menyuruh hendaklah ada di kalangan kita yang mempelajari Al-Quran dan hadis lalu mengajar. Sekumpulan lagi golongan dalam bentuk yang lain seperti dalam bidang kesihatan, pertahanan, pendidikan dan sebagainya. Semua ini adalah fardhu kifayah. Jadi, kalau semuanya baik seperti pembinaan sebuah bangunan, bangunan itu akan teguh. Oleh kerana itu orang Islam perlu memahami apakah sebenarnya nilai hidup. Nilai hidup ini disebut di dalam Al-Quran seperti firman Allah: �Dialah (Allah) yang menjadikan mati dan hidup ini untuk menguji kamu siapakah di kalangan kamu yang paling baik amalannya�. Allah menjadikan hidup dan mati ini sebagai tahap-tahap ujian untuk menguji kamu siapa yang paling baik prestasinya. Jadi hidup dan mati ini perkara ujian. Ulama� mengkaji apakah nilai hidup itu. Maka didapati nilai hidup itu ada tiga. Pertama, adanya hidup kita di dunia ini adalah sebagai dalil wujudnya Tuhan kerana kewujudan kita di dunia ini berbeza dengan kehidupan makhluk lain. Kita dibekalkan dengan akal. Akal kita hidup bersama kita dan perlu dihidupkan agar ianya benar-benar hidup. Apabila akal dihidupkan, maka bahan akal ialah apa yang dilihat, didengar dan dirasa. Bila pemikiran sampai ke arah itu, ia akan mengkaji dan membuat kesimpulan bahawa wujudnya Tuhan. Dia melihat kejadian dirinya yang begitu unik dan kompleks, di situ dia akan melihat kelemahannya dan kebergantungannya kepada Tuhan. Kemudian datang nilai yang kedua iaitu firman Allah: �Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadat kepadaku�. Dalam bentuk yang bagaimana? Lalu Tuhan tunjukkan melalui firmanNya: �Wahai orang yang beriman, besarkan dan agungkan urusan Tuhanmu, lakukan segala kewajipan ke atas kamu dan lakukan kebaikan sesama manusia�. Itu ibadat. Kemudian, nilai hidup yang ketiga ialah kita pemegang amanah Allah untuk meneruskan syariat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. Kerana itulah Nabi juga mewariskan sunnahnya kepada kita. Jadi, kalau tiga nilai ini difahami oleh setiap orang, kita akan hidup bahagia, baik dan selamat. Tetapi sekarang kita tidak tahu nilai hidup. Apa yang saya harapkan bukan sahaja kepada pihak pembangkang dan pemerintah, bahkan kepada semua ulama�, dalam usaha menegakkan syariat Allah supaya membentuk dan menghayati akan syariat yang diturunkan kerana syariat itu cukup cantik, siapa pun tidak akan membangkang. Tetapi jika kita hanya membuat satu slogan sedangkan hidup kita tidak mencerminkan apa yang kita laung-laungkan, perkara ini hanya akan menjadi satu mimik atau gimik dalam hidup kita.

BM: Terima kasih Dato� Seri.

J: Sama-sama.




Buletin Malaysia Portal Berita Selenggaraan Bahagian Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri
Aras G & LG, Blok Barat, Bangunan Perdana Putra 62502 PUTRAJAYA
Tel : 03-88882162/2163 Faks: 03-88883159
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://contengmfr.blogspot.com/
mfr



Jumlah posting : 295
Registration date : 06.05.07

PostSubyek: Re: temubual bersama mufti perak   Tue Aug 14, 2007 9:35 am



Umat islam di Malaysia semakin parah -Mufti Perak

Permasalahan umat Islam di negara ini semakin meruncing dan menghadapi pelbagai tekanan dari segenap penjuru. Golongan bukan Islam semakin berani mencampuri urusan umat Islam. Malahan yang bergelar Islam yang rapuh pengetahuan agamanya, turut mengancam Islam.

Walaupun kesibukan dengan temu janji tugasan, Mufti Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria berkesempatan membicarakan isu ini. Ikuti temubual wartawan Harakah Nyza Ayob dan Azamin Amin di pejabatnya, di Kompleks Islam Darul Ridzwan, Ipoh baru-baru ini.

Pada pandangan Dato' bagaimanakah situasi dan keadaan umat Islam di Malaysia pada masa ini?

Pada pandangan saya, Islam di Malaysia sedang mnghadapi ancaman yang cukup berat. Ancaman utama yang dihadapi ialah pemindahan budaya dari Barat, sekularisma,budaya hedonisme, Islam liberal, pluralisma serta ancaman dari golongan yang membangkitkan soal khilafiah.
Sekularisma pada asalnya untuk mencengkam ekonomi dari Barat. Tapi bagi umum ia merupakan konsep untuk memisahkan manusia dengan agama. Ia telah menular dengan hebat dan telah menjadi ritual.
Sedangkan Islam tidak dapat dipisahkan dari keseluruhan hidup dan segala kegiatan hidup berkaitan dengan agama, yang dikatakan Islam sebagai ad-din.
Dalam Islam, ibadat itu merupakan asas kepada budaya. Budaya Islam terbentuk atas lima asas. Pertama dengan mengucap dua kalimah syahadah iaitu membina persaudaraan. Yang kedua sembahyang untuk merapatkan hubungan sesama manusia. Puasa untuk melahirkan kasih sayang dan belas ihsan. Zakat untuk membina sifat semangat pengorbanan dalam diri. Haji pula untuk penyatuan ummah.Maksud demokrasi Islam untuk memperkasakan usul yang lima iaitu agamanya, akalnya, keturunannya, jiwanya, hartanya dan maruahnya.

Islam meletakkan semua aspek kehidupan berlandaskan nilai agama. Bagaimana ia dapat diperkasakan dalam masyarakat?

Memperkasakan perkara ini mempunyai perkaitan hidup dengan manusia. Contohnya kita berinteraksi dengan manusia dalam hubungan biasa, pergaulan harian atau sosio ekonomi. Jika budaya tidak langsung diikat dengan akidah dan sistem syarak, maka budaya itu membawa kehancuran.

Bagaimanakah pula fahaman sekularisma yang telah sekian lama menular dalam masyarakat kita?

Sekularisma sudah menular dalam masyarakat Islam sehingga orang Islam sudah tidak menghiraukan soal halal haram. Contohnya berdasarkan kajian yang dibuat yang paling ramai ambil nombor ekor adalah orang Melayu. Begitu juga dengan minum arak. Perbelanjaan arak hampir 1 bilion dan semakin menular terhadap orang-orang Islam.
Kita lihat perselisihan yang paling ketara ialah sesama orang Melayu. Ia sampai ke institusi agama seperti masjid. Keadaan ini cukup merbahaya.
Kita lihat sekarang ini masyarakat kita terlalu taksub dengan hiburan
Saya berpandangan, apakah kita hendak menjadi pelakon yang menari di atas pentas untuk menghiburkan orang lain, sedangkan orang itu serius dalam hidupnya. Selama 48 tahun kita sudah merdeka, yang kita kejar tidak tercapai. dari segi ekonomi kita hanya memiliki 17 peratus sedangkan manusia makin laju.
Lebih ramai di kalangan kita terlampau seronok. Kita dilalaikan sehingga tidak sedarkan diri. Golongan belia kita diserang budaya hedonisma yang melahirkan golongan seperti 'black metal', 'skin head'. Ini merosakkan orang Islam.
Jika dilihat dahulu menggunakan nama Sure Heboh dan terdiri dari ramai belia. Tapi apabila ditukar pada Jom Heboh, lebih ramai golongan dewasa mengikutinya. Ditambah pula dengan program lain seperti Pesta Hurray.
Kita tidak belajar dengan apa yang terjadi pada tahun 1967 yang mana orang Arab disibukkan dengan bola. Israel masuk ke tanah Arab menjajah sehingga Senai jatuh ke tangan Israel. Begitu juga dengan Palestin. Ini berlaku kerana dilalaikan dengan bola. Cukup dengan tayangan bola dan tidak perlu tunggu bom hendak diletupkan. Negara tergadai, bangsa dihina, agama runtuh. Perkara ini harus menjadi pengajaran kepada kita.

Sejauhmanakah fahaman liberalisme ini menular dalam masyarakat kita?

Islam liberal ini cuba memesongkan manusia. Liberalisme ini merupakan fahaman yang diciptakan Yahudi sejak 2000 tahun dahulu. Ia berkembang dan Barat yang terpengaruh dengan liberalisme ini maka agama sudah jauh ditinggalkan. Jalan paling senang ialah mendekati dan meracuni fikiran bijak pandai Islam dengan cara logik mereka. Kita lihat hari ini suara-suara dari golongan ini cukup kuat dan ada yang menafikan azab kubur.
Dari segi intelektual kita diserang oleh fahaman liberalisme. Semua ini memesongkan akidah membuatkan semua orang tidak percaya pada agama. Mengikut liberalisme agama ini harus ditafsirkan dengan fikiran.
Fahaman ini dipanggil hemunatik. Sekarang ini suara lantang kedengaran dari golongan liberalisme supaya Quran itu juga ditapis. Yang mana tidak relevan bagi mereka dibuang. Sedangkan Quran itu kitab Allah.
Allah mencipta manusia dan kita lihat ilmu Allah itu cukup sempurna. DIA mencipta manusia dan tahu kebangkitan manusia. DIA menciptakan segala keperluan yang diperlukan manusia. Hukum Quran ini telah menetapkan peraturan.
Apakah Allah itu tidak sempurna hinggakan memasukkan perkara yang tidak relevan dimasukkan dalam Quran. Sedangkan Nabi memberi jaminan Quran dan hukum-hukum Islam sesuai pada setiap waktu sehingga kiamat. Kewajipan kita ialah menyesuaikan apa jua kemajuan dengan syarak.

Bagaimanakah pula dengan fahaman pluralisma yang menjadi amalan dalam masyarakat kita?

Pluralisma dengan fahaman agama tujuannya baik tapi jalannya berlainan. Fahaman ini makin kuat dan diterapkan pada orang Islam. Kerana itu ada yang menjadikan perayaan agama sebagai acara nasional. Sedangkan perkara ini sudah jelas dalam Quran, Allah mengatakan agama itu Islam. Dan siapa yang mencari selain dari Islam tidak akan diterima dan akan kecewa di akhirat nanti.
Begitu juga usaha-usaha ini menular pada golongan bijak pandai dan kepimpinan Melayu. Mereka sudah berusaha menubuhkan IRC dan sekarang ini IFC sehingga diperluaskan melalui 'road show'. Jadi, umat Islam diserang di pelbagai peringkat.
Bagaimanakah pula pertelingkahan sesama Islam berkaitan ilmu agama?
Golongan yang sudah berumur dan pencen pula diserang dengan fahaman khilafiah . Mereka ini orang yang mempunyai ilmu Islam tetapi mendabik dada mengatakan orang dulu semuanya silap. Hinggakan imam-imam mujtahid juga dikatakan silap. Sedangkan Rasulullah dalam hadisnya mengatakan sesiapa yang berijtihad akan memperolehi dua pahala.
Mereka ini menghukumkan perkara ini bidaah, perkara itu bidaah dan semua amalan bidaah itu masuk neraka. Sehinggakan orang ramai menjadi keliru. Ada masjid dan surau menjadi kosong dan tidak lagi didatangi pengunjung kerana perbalahan.

Sehingga kini, bagaimanakah penyelesaian pada permasalahan yang melanda masyarakat Islam kita?

Berdasarkan statistik hingga awal Januari 75,000 yang majoritinya Melayu mengidap penyakit Aids. Kita masih bertengkar dan sibuk dengan soal perkahwinan seperti yang timbul, kahwin misyar.Jadi masa kita banyak dihabiskan untuk perbahasan masalah yang telah ditetapkan Allah.
Orang-orang Islam Melayu khususnya di negara ini diserang dalam lima penjuru yang cukup bahaya. Jadi apa yang tinggal di negara kita sekarang ini? Saya bersungguh-sungguh untuk menyampaikan perkara ini kepada pihak-pihak tertentu supaya mempunyai kesedaran.
Alhamdulillah saya pernah mencabar di mana letaknya NGO-NGO Islam, mana persatuan-persatuan ulama, persatuan guru agama, persatuan masjid, khairat kebajikan Islam. Di mana mereka ini? Kenapa mereka tidak tampil untuk mempertahankan Islam?
Baru-baru ini Dato' melancarkan penubuhan Jaringan Muafakat 18 buah NGO Islam Perak.

Apa pandangan Dato' tentang usaha yang dijalankan oleh NGO ini?

Sambutan yang dibuat oleh NGO Islam baru-baru ini merupakan satu langkah yang baik. Saya mengharapkan gerakan ini tidak hanya berkembang pada golongan bawahan tetapi berkembang pada golongan intelektual dan kepimpinan supaya dapat penerapan dengan sempurna.
Jika kita melihat sambutan pada malam pertama program itu kira-kira 6000 orang yang hadir, secara mentalitinya kita masih melihat masing-masing sering salah menyalah. Ada yang menyalahkan parti politik, ada yang menyalahkan kerajaan. Jika ini masih berlaku kita tidak dapat jalan penyelesaian.
Pada saya mesti berfikiran terbuka, melihat bahaya yang menimpa umat Islam dan harus bersatu. Kita tidak lagi tuduh menuduh sesama kita sebaliknya mencari jalan bagaimana mentarbiyah umat Islam ini supaya mereka sedar dan kembali pada agamanya. Ini untuk membina insan.
Rukun iman itu untuk membina insan. Kalau rukun iman dilaksanakan, mereka menjadi seoarng mukmin. Apabila individu yang beriman itu membentuk dirinya sebagai mukmin, maka akan lahirlah masyarakat mukmin. Kalau orang Islam melaksanakan rukun Islam iaitu ibadat zahir yang membentuk budaya, mereka bukan sahaja Islam tetapi muslim. Islam itu semuanya baik dan kita lahirkan manusia yang muhsin. Tiga tahap ini harus dicapai untuk kejayaan orang Islam.
Selagi kita tidak dapat membina dalam diri kita sifat mukmin dan tidak dapat membentuk muslim, dan kita membentuk diri kita sebagai yang sukar melakukan kebaikan, selama itu kita tidak akan berjaya. Perkara ini yang penting untuk kita lakukan.

Dalam kenyataan baru -baru ini Dato' ada mengatakan ada menerima sebuah surat daripada sebuah badan Kristian dari Amerika Syarikat yang mendakwa kira-kira 40,000 orang Islam telah memeluk Kristian. Boleh Dato' terangkan lebih lanjut mengenai perkara ini?

Dalam surat itu dinyatakan pihak berkuasa Islam zalim dan tidak adil kerana telah ada 40,000 orang Islam telah memeluk Kristian tetapi tidak berani beribadat dan keluar ke gereja kerana ancaman yang dibuat oleh pemimpin Islam dan orang Islam.
Surat itu diterima dari satu badan Kristian di New York. Angka yang diberikan itu sama ada sebahagian atau sebenarnya melebihi dari dinyatakan. Pada pandangan saya, perkara ini telah lama dibangkitkan dari masa ke semasa tetapi tidak mendapat sambutan.

Maksud Dato', ada yang memeluk Kristian tapi berselindung dengan imej Islam?

Ya. Contohnya terjadi baru-baru ini. Seorang wartawan telah menelefon saya, meminta pandangan apa yang harus dilakukan berkaitan masalah yang dihadapinya. Beliau sewaktu itu berada di kampung.
Katanya seorang gadis dalam lingkungan 20-an telah lari dari rumah dan ke rumah wartawan tersebut untuk meminta perlindungan. Datang seorang polis membawa ayah gadis tersebut. Kata gadis tersebut, bapanya hendak memaksanya ke gereja untuk masuk Kristian. Bapanya seorang Melayu.
Jadi, jika sampai begini keadaannya, ini cukup parah. Perkara ini berlaku di pedalaman. Kenapa perkara ini berlaku? Mungkin kerana kewangan. Saya mendapat tahu jika seseorang itu dapat membawa seorang masuk Kristian, dia akan dibayar oleh pihak gereja.


Terakhir diubah oleh tanggal Tue Aug 14, 2007 9:37 am, total 1 kali diubah
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://contengmfr.blogspot.com/
mfr



Jumlah posting : 295
Registration date : 06.05.07

PostSubyek: Re: temubual bersama mufti perak   Tue Aug 14, 2007 9:36 am

Kita lihat majlis agama sekarang ini seolah-olah sudah hilang semangat dalam memainkan peranannya. Di mana peranan majlis agama ini dalam menjalankan penguatkuasaannya?

Majlis Agama menjalankan penguatkuasaannya untuk undang-undang. Kita lihat campur tangan di kalangan orang kita sendiri. Seperti yang berlaku di Wilayah Persekutuan. Jabatan Agama bertindak menangkap mereka yang melakukan kesalahan di bawah enakmen.
Tapi kita lihat pemimpin dan peguam Melayu mengecam penguatkuasa bahkan nak dibebaskan orang yang melakukan kesalahan.
Hadis Nabi berbunyi; 'Bagaimana nanti satu ketika apabila sudah berlaku, bagaimana keadaan kamu. Orang ramai melihat yang mungkar itu baik, yang baik itu mungkar'.
Yang menangkap itu baik tapi yang melakukan perbuatan itu mungkar. Masyarakat membela yang mungkar. Keadaan ini yang berlaku sekarang.

Dato' dilihat lebih lantang dan tegas dalam isu yang melibatkan Islam berbanding mufti lain.

Bukan. Mufti-mufti lain apabila diajukan masalah ini meminta mereka berkenaan bercakap dengan saya. Jadi, jika saya tidak bercakap, siapa yang akan bercakap. Bukan kerana saya lantang. Selain itu memang tugas saya untuk menyampaikan yang benar.
Ini tugas saya sebagai mufti. Saya dilantik oleh sultan dengan amanah untuk saya mengatakan yang benar. Jadi saya takut pada Tuhan dan takut kepada raja. Sebab itu saya bercakap terus terang apa yang saya lihat tidak betul.

Kenapakah mufti lain tidak berani menegur?

Bukan tidak berani. Mereka menyerahkan kepada saya. Maknanya mereka juga berani. Saya yang menjadi jurucakap. Tetapi saya tidak mewakili sesiapa. Mudah-mudahan apa yang saya nyatakan mendatangkan kesan yang baik pada masyarakat.
Campur tangan bukan Islam pada hal- hal orang Islam.
Oleh kerana kita sudah lemah, kita bergaduh sesama kita, orang lain mengambil kesempatan. Sedangkan dari segi perlembagaan pun mereka tidak boleh campur tangan. Dari segi undang-undang menjadi kesalahan. Tetapi kerana kita sendiri sudah tidak tahu undang-undang dan sudah tidak prihatin pada agama, kita biarkan mereka.
Mereka ini pernahkah membela Islam? Sedangkan kita sudah tahu musuh Islam sampai bila tidak akan membela Islam. Macamana baiknya Islam mereka tidak pernah mengatakan baik.
Kalau kita bercakap pasal hudud, kita hanya bercakap sahaja. Tidakkah kita terfikir mereka ini menyekat perkembangan agama? - mks.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://contengmfr.blogspot.com/
admin
Admin


Jumlah posting : 56
Registration date : 06.05.07

PostSubyek: Re: temubual bersama mufti perak   Thu Dec 03, 2009 1:41 am

Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://mfrstudio.board-realtors.com
Sponsored content




PostSubyek: Re: temubual bersama mufti perak   Today at 1:46 pm

Kembali Ke Atas Go down
 
temubual bersama mufti perak
Topik sebelumnya Topik selanjutnya Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1
 Similar topics
-
» Penjaga Hutan yang Hidup Bersama Singa
» Tips Mengatasi Kejenuhan dengan Pasangan
» Justin Bieber - Selena Gomez
» OPEN TRIP Jakarta Walking Tours SETIAP HARI MINGGU PAGI
» Jasa Sewa /Rental Mobil Di Jogja Dengan Harga Murah Terpercaya Bersama Jogja Empat Roda

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
MFR STUDIO :: SOSIAL :: DAKWAH-
Navigasi: