MFR STUDIO

studio puitis jalanan
 
IndeksFAQPencarianPendaftaranAnggotaGroupLogin

Share | 
 

 GENERASI MELAYU ISLAM

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Go down 
PengirimMessage
mfr



Jumlah posting : 295
Registration date : 06.05.07

PostSubyek: GENERASI MELAYU ISLAM   Thu Aug 30, 2007 2:26 am

ENTRI KHAS SEMPENA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO KE-57

Angka 57 itu pastinya memberikan makna besar kepada orang Melayu.Itulah angka yang telah mencatatkan tahun kemerdekaan Malaya iaitu tahun 1957.Apabila bercakap soal kemerdekaan tentunya kita tidak dapat mengelak dari menyebut parti UMNO.Tunku Abdul Rahman Perdana Menteri Malaysia yang pertama yang telah melaungkan kalimah MERDEKA pada tanggal 31 Ogos 1957 itu adalah juga Presiden Umno.Kisah perjuangan Tunku dalam mendapatkan kemerdekaan Malaya tanpa pertumpahan darah amat dihargai.

Pada hari ini dunia Islam tidak boleh lari pula dari berbicara mengenai Palestin.Umat islam yang cuba memejamkan mata atau menutup telinga dan buat-buat tidak reti tentang isu Palestin merupakan umat islam yang sudah tenggelam ke lautan dunia dan hanyut meninggalkan iman dan perjuangan Islam yang telah diusahakan oleh Rasulullah s.a.w .10 tahun selepas kemerdekaan Malaya,iaitu pada tahun 1967 Israel secara terang terangan menceroboh wilayah Palestin secara mengkhinzirkan diri mengganas menghalau rakyat Palestin dari bumi mereka sendiri,atas alasan menang Perang Arab-israel.

Hari ini rakyat Palestin terus menderita.Sudah bergenerasi menanggung derita kerana keganasan puak zalim zionis.Semalam berita melaporkan Olmert mengaku bahawa pembunuhan seramai 18 rakyat Palestin adalah suatu kesilapan kerana kerosakan radar.Begitulah nasib rakyat Palestin.Nyawa mereka ditentukan oleh radar senjata puak zionis.Hidup penuh ketakutan.Hidup penuh keterbatasan.Sudah tentu tidak dapat berada dalam suasana yang aman untuk melakukan ibadat kepada Allah s.w.t.

Namun perjuangan mereka berbaloi.Nyawa mereka hilang juga berbaloi kerana mereka cintakan Islam,cintakan Iman,cintakan perjuangan Rasulullah.Mati mereka syahid.Tidak,mereka tidak mati,malah mereka hidup,hidup mulia di sisi rahmat Allah.Celakalah bagi umat islam lain yang tidak menolong saudara mereka yang dizalimi.Celakalah kita jika tiada dalam sanubari kita walau sekelumit jiwa untuk mempersiapkan diri mempertahan dan membantu saudara kita.Begitulah semangat dan jiwa yang dididik oleh Rasulullah s.a.w ke dalam diri para sahabat baginda,kemudian diwarisi oleh para tabiin,dan para ulama silam sehingga membawa kepada generasi baru pada hari ini UNTUK merasakan semangat mencintai saudara kita,saudara seislam,saudara seakidah,saudara yang sama-sama menyembah Allah dan menurut jalan Rasulullah,saudara yang ibarat anggota-anggota tubuh kita sendiri.Apakah kita tidak kisah andai tangan dan kaki kita dipotong oleh gergaji besi karat,dan pada masa yang sama kita ketawa,bersantai,dan berkhayal menerobos diri ke dalam dunia fantasi mengasyikkan nafsu? Nah,jika kita boleh bersikap begitu,maka hulurkan tanganmu,akan aku potongkan sekarang jua! Apa kau tidak kisah?

Perjuangan kita orang melayu bukan sekadar perjuangan bangsa.Ketika para sultan kita pada zaman silam menganut islam,mereka membawa masuk para ulama ke istana untuk belajar ilmu agama.Dari ajaran wahyu itu mereka memahami erti perjuangan hidup ini.Perjuangan yang sama yang Rasulullah serukan kepada manusia.Berjuang untuk menjadi hamba Allah yang diredhai.Bunyinya agak mudah,bahkan jika kita mengenali sifat-sifat Allah,pastinya kita terus lega kerana memikirkan Allah itu Maha Pengampun,Allah itu Maha Penyayang kepada hamba-hambaNya.Maka kita yang jahil pasti tidak bimbang melakukan dosa,kerana yakin jika kita bertaubat Allah pasti mengampuni kita dan menyebarkan kasih sayangNya.

Celakalah kita andai berfikiran begitu! Adakah kamu fikir Allah tidak akan turunkan ujian bagi melihat yang mana hambaNya yang bertaqwa dan mana yang tidak bertaqwa?Tanpa berusaha untuk menonjolkan diri kita sebagai hamba yang bertaqwa kepada Allah,amalan kita pastinya hancur.Apatah lagi jika kita merancang melakukan dosa dan akan bertaubat di kemudian hari,adakah kita tidak malu semasa melakukan dosa itu? Di mana TAQWA? di mana rasa takut kita melakukan dosa dan maksiat? jika kita takutkan kemurkaan Allah,adakah kita boleh bersenang-senang melakukan larangan Allah? Pastinya tidak!

Taubat itu diberikan Allah kepada hamba-hambaNya yang silap,atau lupa,atau lalai,atau jahil,dan bukan kepada hamba-hambaNya yang sudah beriman,sudah tahu,tidak pun lalai,tapi SENGAJA melakukan dosa dan maksiat! Itu adalah sifat tidak bertaqwa!

Hari ini jika kita bertanya kepada generasi melayu-islam,adakah kamu beriman kepada Allah? Mereka menjawab,pastinya kami beriman! kita bertanya,adakah kamu tahu maksiat itu boleh mendatangkan dosa dan murka Allah? mereka menjawab,tentunya kami tahu berdosa,siapa yang tidak tahu berdosa,tapi mestilah tahu situasi kami,kami mendapat rezeki melalui kerja-kerja dosa ini untuk menyara anak bini kami.NAH,SEKARANG KAU SUDAH TONJOLKAN YANG KAU TIDAK BERTAQWA! KAU SUDAH TAHU ITU DOSA DAN MAKSIAT TAPI KAU REDAH JUA KERANA MAHU TERUS MENGISI PERUT KAU! PADAHAL ALLAH KURNIAKAN REZEKI YANG TERLALU BANYAK DI DUNIA INI YANG ADA DI JALAN HALAL!

Hari ini kita mendengar orang Melayu-islam sanggup makan rasuah untuk hidup senang,padahal mereka boleh bekerja keras mencari rezeki halal dan hidup mereka masih boleh senang dan selesa malah DIREDHAI ALLAH!

Hari ini kita mendengar orang Melayu-islam sanggup berzina untuk puaskan nafsu dan gelora cinta,padahal mereka boleh berkahwin dan memenuhi nafsu yang diberikan Allah ke jalan halal,lalu mereka akan lebih bahagia dan suci malah DIREDHAI ALLAH!

Hari ini kita mendengar orang Melayu-islam sanggup ke disko,konsert,pesta-pesta untuk menyanyi, menari dan berjoget kencang untuk menghilangkan rasa bosan,rasa ingin berhibur,padahal mereka boleh ke masjid beribadah pada Allah,melakukan solat dan zikir,membaca Al Quran lalu bosan mereka diisi dengan iman,hati mereka terhibur malah tenang dan bahagia malah DIREDHAI ALLAH!

Hari ini kita mendengar orang Melayu-islam bergaduh sesama sendiri,mereka merendahkan antara satu sama lain,satu pihak memerli pihak lain itu lemah dan lembik,dan pihak yang diejek membalas pihak yang memerli tidak ada usaha tapi cakap saja lebih.Padahal mereka boleh duduk semeja,berbincang atas rasa persaudaraan Islam,matlamat dan impian adalah sama iaitu mendapatkan REDHA ALLAH kepada diri masing-masing.Mengapa tidak bermusyawarah dalam mencari kata putus itu? mengapa tidak berlaku lemah lembut supaya orang tidak melarikan diri dari kita? jika sudah membulatkan tekad dalam musyawarah itu maka bertawakkallah pada Allah,kita sudah berusaha Allah jua akan menentukan adakah kita wajar menang dan berjaya atau pun tidak. Tidakkah kita ingat kita telah menang di medan badar tetapi kalah di medan Uhud dan Hunain?MENGAPA TIDAK BERSATU DAN BERPADU?BERKONGSI KEPAKARAN,BAHU MEMBAHU MELAKUKAN KEBAJIKAN?Bukankah setiap orang mukmin itu bersaudara? Bukankah setiap lelaki dan perempuan itu patut bertolong-tolongan antara satu sama lain?APA KAMU TIDAK BERFIKIR?

Jika rakyat Palestin itu jika diabaikan kita akan dilihat sebagai umat islam yang tidak bertaqwa kerana mengabaikan saudara seislam kita,maka mengapakah di bumi kita sendiri,di rumah kita sendiri,harus kita abaikan saudara kita? harus kita pisahkan diri dari mereka dan berpuak-puaklah kita? Untuk apa? Untuk apa? Untuk apa? adakah kita mencari kemenangan buat diri kita sahaja? padahal kita adalah suatu anggota.Dan itulah yang telah dididik oleh Rasulullah dan patut kita pertahankan.Jangan rosakkan anggota umat islam! Jangan putuskan hubungan persaudaraan yang telah dihubungkan oleh Rasulullah selepas berhijrah ke madinah,Aus dan Khazraj,Muhajirin dan Ansar!TIDAKKAH KALIAN BERFIKIR?

Apabila puak-puak daie telah menghujankan kata-kata yang memutuskan jalan perjuangan maka siapakah yang untung? ketika para ulama menghujankan dalil bagi menunjukkan golongan mereka yang paling tepat tafsiran islamnya dan memutuskan persaudaraan dengan menganggap golongan lain kafir atau munafik yang wajar diperangi malah menghalalkan darah saudara sendiri,siapakah yang untung?Ketika sultan melayu berebut takhta yang ditinggalkan oleh ayah mereka,lalu salah seorang memanggil Inggeris untuk bersekongkol dan menyokong bagi mendapatkan takhta itu,maka siapakah yang untung? Apabila tentera raja saud menentang tentera khalifah islam uthmaniyyah dan berbunuhan sesama sendiri,maka siapakah yang untung?Apabila Umayyah menentang Khalifah Ali dalam Perang Siffin,maka siapakh yang untung? Ketika tentera Iraq dan Iran bertempur dalam Perang Iraq-Iran,maka siapakah yang untung? Ketika penyokong Fatah dan Hamas melepaskan tembakan sesama sendiri,maka siapakah yang untung?Ketika UMNO dan PAS bermain politik,tikam menikam sesama sendiri,maka siapakah yang untung? ATAU KALIAN TIDAK NAMPAK BAHAWA YANG RUGI ITU KITA SENDIRI KERANA MENGHABISKAN BANYAK MASA DAN TENAGA UNTUK BERKELAHI SESAMA KITA PADAHAL MUSUH ISLAM ITU SENTIASA SAJA BERSEDIA UNTUK MENGAMBIL KESEMPATAN ATAS PERPECAHAN DAN KELEMAHAN KITA INI!

Mengapa kita tidak bersama-sama dalam berjuang? Siapakah yang beritahu bahawa perjuangan kita ini berbeza-beza? Siapakah yang ajar supaya kita ini ada fokus dan matlamat berbeza-beza? Kita adalah satu tubuh,maka kita menghadap pada satu fokus secara bersama. Apa kau tidak rasa REDHA ALLAH itu matlamat kita? Kita memohon syurga bukan kerana dahagakan bidadari syurga untuk kita kerjakan. Kita memohon syurga bukan kerana mahu memuaskan nafsu perut kita dengan makan buah buahan di syurga atau minum sungai-sungai yang airnya lazat-lazat belaka. Kita memohon syurga kerana syurga itu tempat orang-orang yang dirahmati Allah. Kita tidak mahu menjadi orang-orang yang celaka dan dimurkai Allah dengan tercampaknya ke neraka! KITA SEBENARNYA MAHU ALLAH REDHA DENGAN KITA! Apa kalian ada matlamat yang lebih hebat dari itu?

jika kekalutan masyarakat Melayu-islam pada hari ini kerana telah hilang fokus perjuangan,maka sewajarnya mulai hari ini kita kembali meletakkan fokus dan tumpuan kepada REDHA ALLAH semula.Jadikan REDHA ALLAH CENTRIC SEBAGAI DASAR AMALAN DAN PERJUANGAN KITA.

Dengan menjadikan Redha Allah sebagai fokus,kita tidak akan bergaduh lagi.Adakah Allah s.w.t mahu kita bergaduh padahal Allah s.w.t mengingatkan kita jangan bercerai berai? Dahulu kita jahil,kita orang Melayu dahulunya beragama Hindu,ada yang percaya pada penunggu,dan ada yang tiada apa-apa agama,dahulu kita sudah berada di jurang api neraka,namun Allah datangkan kita para ulama islam yang menjadi pewaris nabi,menyampaikan risalah dakwah dan ilmu wahyu dan kebenaran kepada kaum kita orang Melayu.Maka dapatlah kita nikmat Islam dan Iman pada hari ini,sama seperti para sahabat baginda Rasulullah s.a.w yang mendapat nikmat islam dan iman atas usaha dakwah rasul.Mengapa tidak kita perkukuhkan akidah yang bukan senang untuk didapati ini.Iman bukan ada di tepian pantai.Bukan juga ada di pasar raya. tidak ada di konsert-konsert atau karnival maksiat.Iman itu datang dari Allah apabila kita berusaha dapatkannya.Jika Allah yang dapat kurniakan iman,maka mengapa kita harus jauh dari Allah? Mengapa rumah Allah menjadi kosong?

Kekalutan masyarakat kita dengan munculnya golongan munafik,murtad,liberal,sekular,puak yang melampaui batas,merupakan sebahagian dari ujian kepada kita.Begitu juga dengan dunia saudara islam kita yang jauh seperti di Palestin,Iraq,Afghanistan,atau di negara-negara Afrika,Amerika,Australia,Uk dan sebagainya merupakan ujian kepada kita. Ujian untuk apa? Ujian untuk melihat ketaqwaan kita kepada Allah.

Jika kita mengaku bertaqwa,maka kita wajib mempersiapkan diri kita dengan segala persediaan.Rancanglah strategi dan plan dalam perjuangan kita,kerana Allah s.w.t lebih suka barisan yang tersusun dari barisan yang berkecamuk.Binalah diri kita menjadi generasi Melayu-islam yang lebih baik pada hari ini.Berdakwahlah.Berjuanglah menuntut ilmu. bekerjalah menambah ekonomi.Berusahalah memimpin dan membangunkan masyarakat.Semuanya itu agar barisan kita tersusun dan kuat,supaya mudahlah nanti kita membantu saudara islam kita yang ditindas dan diseksa.

Siapa yang mampu mengubah kekalutan dan kebejatan masalah masyarakat kita? Allah s.w.t. tidak akan mengubahnya sehingga KITALAH BERUSAHA mengubahkan apa yang ada dalam diri kita,yang ada dalam hati dan iman kita,yang ada dalam perjuangan kita,yang ada dalam hubungan sesama kita,yang ada pada perancangan dan strategi kita,yang ada pada jiwa,fokus dan matlamat kita.

MARILAH MENJANA SEMULA PERJUANGAN ORANG MELAYU-ISLAM DENGAN MELETAKKAN FOKUS DAN PERJUANGAN KITA DI JALAN ALLAH.BERJUANGLAH.BERJUANGLAH DI JALAN ALLAH.INGAT MENGINATLAH SESAMA KITA.KELUARKANLAH IDEA UNTUK MENANGKAN DAN JAYAKAN UMAT KITA.BERSAMALAH KONGSI KEPAKARAN.JIKA SAUDARA KITA LEMAH,MENGAPA KITA YANG KUAT TIDAK MEMBANTU. BEKERJALAH BERSAMA-SAMA KERANA MATLAMAT KITA ADALAH SAMA.

JANA PEWARIS BERIDEALISME ISLAM!
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://contengmfr.blogspot.com/
 
GENERASI MELAYU ISLAM
Topik sebelumnya Topik selanjutnya Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1
 Similar topics
-
» Front Pembela Islam
» puisi sang pujangga
» Renungan sehari-hari
» Hikayat Mendung Badai
» Profil Mereka (teroris)

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
MFR STUDIO :: ARKIB-
Navigasi: