MFR STUDIO

studio puitis jalanan
 
IndeksFAQPencarianPendaftaranAnggotaGroupLogin

Share | 
 

 "KETERUJAAN HAMPAGAS"

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Go down 
PengirimMessage
mfr



Jumlah posting : 295
Registration date : 06.05.07

PostSubyek: "KETERUJAAN HAMPAGAS"   Thu Aug 30, 2007 2:28 am

Tulisan ini tidak dirancang untuk disebarkan,namun 'kependaman' tulisan ini telah capai ke tahap maksima di hati penulis apabila penulis dihujani rambu-rambu 'keterujaan hampagas' yang dahsyat.

Adalah menjadi suatu yang salah apabila penulis menaip tulisan ini dalam keadaan emosi tidak terkawal kerana blog ini bertema "mencari hikmah dalam berdakwah,dan redha Allah dalam berjuang". Oleh itu,seboleh-bolehnya penulis berusaha menulis tulisan ini dengan sifat hati-hati yang terkawal,tersusun,dan terfokus.

Keterujaan Hampagas adalah sifat mengejut yang terjadi pada jiwa seorang manusia sehingga mendorong mereka untuk berkata-kata, bertindak, berperasaan dan berkeyakinan secara melulu dan asyik mengasyik sehingga lupa untuk meneliti, menimbang, berkira-kira, merancang, bermuhasabah, bertawakkal dan meredhai ketentuan Ilahi, apabila dihidangkan dengan suatu isu, suatu ilmu, suatu penemuan, satu tuduhan dan dakwaan, suatu semangat bangat, dan sebagainya.

Golongan pertama yang ingin disentuh di sini ialah golongan remaja masakini yang menganggap diri mereka golongan remaja arus 'perdana' yang mengikut peredaran zaman padahal mereka telah terbabas memasuki zon 'tipah tertipu tertipah' iaitu zon kosong yang lalai dan hanyut dengan ilusi dan fantasi yang tiada arah tujuan melainkan ke arah kebinasaan dan kemusnahan.

Mereka menganut hedonisme dalam keadaan mereka tidak sedar apa itu hedonisme.Mereka mengejar keseronokan. Mereka mengejar kelazatan zaman muda. Mereka mahu berjoget. Mereka mahu menghangguk-hangguk kepala di konsert. Mereka mahu bersetubuh. Mereka mahu jadi binatangan bangsat. Mereka mahu jadi jantan seks yang bangsat. mahu jadi penagih dadah yang keparat. mahu jadi anak liar mencari bebas di angkasa dengan berpeleseran. merempit motor di jalanan. bergesel geselan. berdua-duaan. beramas ramasan. kepala jahil kepala penuh otak yang dungu lagi bahlol membazir zaman muda tanpa jatidiri dan iman. tanpa tahu tujuan hidup. ada yang memanggil mereka dengan pelbagai gelaran dan kumpulan. Namun masih ada masyarakat yang menyedari mereka orang muda jenis ini adalah kutu,adalah perosak, adalah serangga, adalah lipas, adalah manusia-manusia yang keruntuhan akhlak dan bejat masalah sosial.

Ya, masyarakat masih sayang mereka. ada program masih ada yang sayang. Tapi sayang, mereka tidak sayang diri mereka. Maka muncullah kumpulan-kumpulan underground yang mengambil sub budaya seperti anutan anarkisme kononnya memperjuangkan kebebasan jiwa tapi mereka akhirnya terjun ke dalam cara hidup sesat black metal,punk,skinhead, tiada lagi pedoman tiada lagi al quran, tiada lagi sunnah dan cinta rasulullah, mereka berjudi, minum arak, seks bebas, gangsterisme, vandalisme, satanisme, ragut, rogol, bunuh, rompak, dadah, rempit, dan murtad.

Di sebalik kisah mereka yang hitam, rupanya jangan disangka keterujaan hampagas hanya berlegar sekitar golongan remaja yang terpedaya dan tersesat jalan di atas sahaja, beliawan beliawanis abang-abang kakak-kakak makcik pakcik datuk nenek mereka pun rupanya ada yang terjun dalam keterujaan hampagas kelas samar-samar.

Mereka tidak sangat dihina dan dikeji. Kadang-kadang golongan kedua ini diangkat dipuja dan dipuji. Merekalah golongan yang teruja untuk hidup kaya hidup berfoya-foya hidup bergaya hidup mencari duit dan harta berjuta-juta. Mereka muncul dalam bentuk hampagas bernama sekularis, kapitalis, liberalis,modenis, politikus, korporat keparatis dan sebagainya.

Mereka mengamalkan tipu daya dan rasuah. Memasang geng, kelompok, keroni,dan pengaruh. kadang kala tujuan mereka untuk ber ekonomi tapi akhirnya mereka dapati menguasai politik membolehkan mereka menjadi sang juara hartawan yang hidup bangga berkuasa menindas tapi kebusukan sifat dan tujuan arah kehidupan mereka membawa kehinaan menjadi-jadi pada diri mereka.Mereka ini sangat mudah dikalahkan kerana kedudukan mereka terikat dalam situasi perencanaan ekonomi. Dan dunia ekonomi kapitalis yang rapuh pada dunia masa kini sangat mudah terhapus dan gugur berjatuhan. Syaratnya manusia-manusia beriman yang mahu berjihad agar tahu selok belok rencana ekonomi. Golongan ini hanya bangga sekelip mata atas untung yang mereka raih dari mencekik darah umat manusia bernama rakyat dan pengguna, namun, mereka lupa tiada ekonomi buat penjual tanpa pembeli. Mereka golongan yang pantas sahaja untuk dihapuskan jika kena cara.

Golongan ketiga adalah golongan yang mahu berbuat kebaikan tapi tertipu dengan sangkar keterujaan hampagas. Ada budak sekolah yang mahu jadi mat surau, mahu jadi ustaz ekspres, namun teruja dengan niat kebaikan itu sehingga menjuruskan diri mereka dengan perangkap kemusnahan kesatuan umat.

Keterujaan hampagas kebaikan yang memusnahkan kesatuan adalah terujanya anak-anak muda untuk berbicara agama di luar pengetahuan mereka sehingga membawa mereka berdiri menyusun hujah ulangan yang dipetik dari satu saluran terhad yang sempit lagi jemput. Anak muda ini adalah mesin fotokopi adalah radio kaset adalah perakam vcd yang mengulang-ulang maklumat yang mereka dapat hasil dari keterujaan.

Berminatnya mereka dengan hal teruja yang tentu sekali dipanggil sebagai 'melawan arus'. Atas sebab mereka disajikan dengan kisah-kisah para nabi dan rasul yang melawan arus 'maksiat dan jahiliyah', atas sebab mereka disajikan dengan kisah-kisah pahlawan dan pejuang gagah berani yang melawan arus 'kekuasaan ketidakadilan' 'kezaliman' dan sebagainya, maka mereka fikir keterujaan mereka itu satu 'kebangkitan generasi muda yang gagah lagi berani umpama nabi,rasul,pahlawan, pejuang, mujahidin dan sebagainya'. Namun, mereka lupa dalam lipatan sejarah ada 'hantu-hantu masyarakat' yang melawan arus kebenaran seperti munculnya nabi-nabi palsu yang melawan saidina abu bakar, munculnya puak munafik yang melawan arus tidak mahu turut berperang, munculnya kamal attartuk melawan arus mengubah cara hidup umat kepada sekular,munculnya bermacam-macam kelompok yang berkata pihak yang tidak bersetuju dengan mereka adalah kafir, darah umat islam lain halal dibunuh, harta umat islam lain halal dirampas, halal untuk dikeji saudara sendiri, halal untuk mengkafir, halal untuk bertikam-tikam, halal untuk bersengketa, halal untuk bermusuh zaman berzaman, halal untuk diperangi dan memerangi, halal untuk dimusnahkan di atas muka bumi Allah s.w.t.

Ketahuilah, golongan ketiga ini sangat hampir kepada kebahayaan yang amat dahsyat. Mereka hampir dipeluk dan diterkam oleh golongan-golongan dan puak-puak yang merancang untuk menghancurkan kesatuan umat Ahlus sunnah wal jamaah.

Tidak terhad golongan ketiga ini kepada para remaja atau anak muda yang baru mahu kenal dunia perjuangan dunia dakwah dan dunia kedewasaan semata-mata. Namun, golongan ketiga ini melanda juga para bapak-bapak yang agak lanjut usia atas terujanya mahu jadi perwira yang meninggalkan jasa sebelum meninggalkan dunia menjadi mayat tak bernyawa.

Zaman berzaman kelompok ini teruja dengan cerita-cerita akan musuh yang sudah naik kepala. Mereka disajikan dengan kisah kedurjanaan Amerika, Israel, sekutu-sekutu barat yang menindas lagi menghina umat Islam. Sehinggalah kelompok dewasa tua berusia ini sudah tidak lagi boleh menahan keterujaan hampagas. Mereka perlu bom, perlu senjata, perlu militan, perlu radikalisme yang melakukan kerosakan di muka bumi Allah. Merekalah golongan yang menentang kemungkaran dengan kemungkaran, kebinasaan dengan kebinasaan, kekalutan haru biru dengan kekalutan dan haru biru, kekacauan dengan kekacauan jua. Akhirnya umat tersepit antara musuh dan puak mereka. musuh memusnahkan kampung dan saudara mereka. Puak teruja yang hampagas ini juga memusnahkan kampung dan saudara mereka.

Hasrat mereka untuk melemahkan musuh, akhirnya terpalit pada umat Islam sendiri. Umat Islam menjadi semakin lemah atas sebab kemunculan mereka. Umat Islam bertambah tertindas, kesucian agama makin tercalar atas kemunculan mereka. Tidak syak lagi merekalah golongan keempat keterujaan hampagas.

Dan golongan akhir keterujaan hampagas kelima tidak lain tidak bukan ialah orang awam yang mengikut-ikut arus dan musim. Hari ini musim kita berniaga MLM, sampai orang awam ini teruja dan nyaris sahaja mereka tercampak menjadi golongan kedua keterujaan. Hari esok ada orang ceramah politik, orang awam sibuk berkumpul menjerit-jerit terlolong semangat dan bersemarak kutuk mengutuk yang penuh istiiqamah, tapi diri sendiri tak pernah tahu dunia perjuangan dan adabnya, hanya mengikut-ikut semangat orang.hari lusa, ada joget-joget,ada hiburan, ada artis untuk dilazatkan mata menyaksi tubuh montok, ada pak-pak menteri untuk diampu untuk dapat subsidi. hari tulat, ada bola, ada bola melayu, bola orang putih, mana ada lagi semangat cinta negara, kini dah cinta manchester, arsenal, ac milan. hari tonggeng, kita kembali sembahyang raya, kembali nangis-nangis berterawih, kembali berkorban lembu, kembali teresak-esak bertakbir, kembali ingat palestin. Inilah golongan kelima keterujaan hampagas yang teruja sekejap-sekejap tanpa tahu hujung pangkal tujuan dan matlamat jadilah kita tiap-tiap sesuatu itu suatu yang sia-sia belaka.

sesungguhnya hampagas itu ruang kosong vakum tanpa udara,dan keterujaan hampagas itu suatu ruang teruja yang tidak punya makna melainkan meluap-luap menyala di awalnya terpadam lenyap di akhirnya.nauzubillah.


mari bersama ke pangkuan para ulama. dalami ilmu islam ahlus sunnah wal jamaah. sebar dan berdakwah. rancang dan berstrategi secara hikmah. nescaya kamu menjadi kaum yang mulia di sisi Allah s.w.t.ameen.

"ingatan buat diriku"
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://contengmfr.blogspot.com/
 
"KETERUJAAN HAMPAGAS"
Topik sebelumnya Topik selanjutnya Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1
 Similar topics
-
» status"break" tu ap siy???
» Video "AURA KASIH YOUTUBE" Makan Pisang
» "NII Tamat Setelah Kartosuwiryo Tewas"
» Wajib Tahu Sebelum Bilang "Aku Cinta Kamu"
» Ini Satu-satunya Negara di Dunia dengan Kata "Love"

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
MFR STUDIO :: ARKIB-
Navigasi: